![]() |
Perkongsian PAK21 bersama Guru Matematik Kumpulan Aspirasi Guru Matematik Malaysia, KAGUMM |
Kenapa tak nya? Bayangkan sekumpulan guru yang mempunyai minat yang sama, niat yang sama nak perbaiki kualuti pdpc, keluarkan duit sendiri sampai banyak-banyak untuk stay di hotel bagi perkongsian ilmu? Hebat kan? Siap ada yang datang daripada Sabah dan Sarawak. Memang salute ar!
Perkongsian ini juga membawa saya bertemu dengan beberapa orang kuat yang menjadi tulang belakang KAGUMM ini, iaitu Puan Isnayani Guru Besar dan juga Cikgu Shiela. Kedua mereka sangat komited dalam membentuk kumpulan dan menyediakan aktivti dan pengisian yang sesuai dengan keperluan mereka.
Sesi bengkel juga menjadi mudah kerana kesemuanya mempunyai kemahiran yang tertentu. Sebelum ini saya selalu menerima feedback bahawa matapelajaran Matematik sukar untuk diPAK21kan. Tetapi kumpulan guru ini telah berjaya mengubah minda saya. Tahniah!
Secara keseluruhannya saya merasakan perkongsian di sini membawa erti yang bermakna kepada saya melihatkan kesungguhan dan keazaman guru-guru ini dalam bersepakat mencari ilmu.
InshaAllah suatu hari nanti yang menjadi impian saya untuk menghimpunkan guru-guru Sains bagi tujuan yang sama juga. Siapa tahu kan? Amin!
1 Ulasan
It's always inspiring to see how innovative approaches like PAK21 are being applied in real classrooms, especially in subjects like mathematics where engagement can be a challenge. The idea of sharing best practices among educators and building a strong teaching community is truly valuable. I think technology also plays a big role in enhancing modern learning, particularly when it helps students explore concepts more interactively. I recently came across a helpful tool for students and teachers alike — math solving ai by Smodin — which supports learning and problem-solving in a more intuitive way.
BalasPadam