About Me

Kepelbagaian Organisma

Malaysia merupakan salah satu daripada 12 buah negara mega biodiversiti di dunia? Keadaan di Malaysia yang beriklim khatulistiwa menjadikannya habitat yang sangat sesuai bago pelbagai jenis mikroorganisma.

kepelbagaian haiwan dan tumbuhan di malaysia
kepelbagaian haiwan dan tumbuhan di malaysia


Biodiversiti
-Kepelbagaian organisma, sama ada mikroorganisma, haiwan atau tumbuhan disebut sebagai biodiversiti. Biodiversiti wujud akibat kepelbagaian habitat dan cuaca. Organisma yang berbeza mempunyai ciri-ciri yang berbeza untuk menyesuaikan diri dan bermandiri di habitat masing-masing.


pelbagai organisma yang tinggal di habitat berbeza
pelbagai organisma yang tinggal di habitat berbeza

KEPENTINGAN - Khazanah yang tidak ternilai dan warisan alam semula jadi yang harus dikekalkan.

kepentingan biodiversiti
kepentingan biodiversiti


Pengurusan Biodiversiti Secara Berkesan
   Memang tidak dapat dinafikan bahawa kita memerlukan bahan mentah seperti kayu balak untuk tujuan pembangunan. Namun demikian, aktiviti penyahhutanan perlu dikawal untuk memelihara biodiversiti kita daripada kepupusan.

Biodiversiti boleh dipelihara dengan:
- mengharamkan pembunuhan atau pemerdagangan haiwan atau tumbuhan yang endemik dan  terancam melalui Akta Perlindungan Haiwan Liar 1972
- melindungi habitat dengan mewujudkan taman negara, taman laut, hutan simpan dan santuari hidupan liar.
- dipulihara melalui program pembiakan seperti tapak semaian anak-anak benih membantu penghutanan semula dan pusat penetasan penyu.

Catat Komen

0 Ulasan