About Me

4 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Dalam Kurikulum Sains

Strategi Pdp dalam kurikulum sains mengutamakan pembelajaran berfikrah. Pembelajaran berfikrah adalah satu proses pemerolehan dan penguasaan kemahiran dan ilmu pengetahuan yang dapat mengembangkan minda seseorang murid ke tahap yang optimum.

Pembelajaran berfikrah dapat mencetuskan pelbagai pendekatan pembelajaran seperti inkuiri, konstruktivisme, pembelajaran kontekstual dan pembelajaran masteri. Aktviti yang dirancangkan dalam pembelajaran berfikrah mesti yang dapat mencetuskan pemikiran kritis dan kreatif murid dan bukan berbentuk rutin. Murid perlu sedar secara eksplisit kemahiran berifikir dan strategi berfikir yang digunakan dalam pembelajaran.



4 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Dalam Kurikulum Sains
4 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Dalam Kurikulum Sains

Soalan atau masalah yang beraras tinggi ditanyakan kepada murid dan murid diminta menyelesaikan masalah menggunakan daya kreatif dan kritis mereka. Murid dilibatkan secara aktif dalam PdP yang mengintegrasikan pemerolehan pengetahuan, penguasaan kemahiran dan penerapan nilai murni dan sikap saintifik.



Pendekatan Inkuiri
Inkuiri merupakan pendekatan yang mementingkan pembelajaran melalui pengalaman. Inkuiri secara am bermaksud mencari maklumat, menyoal dan menyiasat sesuatu fenomen yang berlaku di sekeliling. Penemuan merupakan sifat utama inkuiri. 

Pembelajaran secara penemuan berlaku apabila konsep dan prinsip utama dikaji dan ditemui oleh murid sendiri. Murid melalui aktiviti seperti eksperimen akan menyiasat sesuatu fenomena dan mencapai kesimpulan sendiri. Guru kemudian membimbing murid untuk memahami konsep sains melalui hasil inkuiri tersebut. 



Inkuiri merupakan pendekatan yang mementingkan pembelajaran melalui pengalaman
Inkuiri merupakan pendekatan yang mementingkan pembelajaran melalui pengalaman

Kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik dikembangkan semasa proses inkuiri ini. Namun demikian perlu diingat bahawa pendekatan inkuiri tidak sesuai digunakn dalam semua situasi PdP. Beberapa konsep dan prinsip lebih sesuai didedahkan secara langsung oleh guru atau melalui inkuiri termbimbing.



Konstruktivisme
Konstruktivisme adalah satu fahaman yang mencadangkan murid belajar sesuatu apabila mereka membina pemahaman mereka sendiri. Antara unsur terpenting dalam konstruktivisme ialah :

- guru mengambil kira pengetahuan sedia ada murid
- pembelajaran adalah hasil usaha murid itu sendiri
- pembelajaran berlaku bila murid menghubungkan idea asal dengan idea baharu bagi menstrukturkan semula idea mereka
- murid berpeluang bekerjasama, berkongsi idea dan pengalaman serta membuat refleksi



Pembelajaran Kontekstual
Pembelajaran Kontekstual adalah pembelajaran yang dikaitkan dengan kehidupan murid. Dalam konteks ini murid tidak belajar teori sahaja tetapi dapat menghargai kerelevanan pembelajaran sains dengan kehidupan mereka. Pendekatan kontekstual digunakan di mana murid belajar secara menyiasat seperti dalam pendekatan inkuiri penemuan



Pembelajaran Kontekstual adalah pembelajaran yang dikaitkan dengan kehidupan murid
Pembelajaran Kontekstual adalah pembelajaran yang dikaitkan dengan kehidupan murid

Pembelajaran Masteri
Pembelajaran masteri merupakan satu pendekatan yang memastikan semua murid menguasai objektif pembelajaran yang ditetapkan. Pendekatan ini berpegang kepada prinsip bahawa setiap murid mampu belajar jika diberi peluang. Peluang perlu diberi kepada murid untuk belajar mengikut kadarnya, tindakan pengayaan dan pemulihan perlu dijadikan sebahagian daripada proses PdP.





Catat Ulasan

1 Ulasan