About Me

Contoh Surat Rayuan Pertukaran EGTukar

Keputusan pertukaran guru dah pun boleh mula disemak sejak dari semalam. Macam biasa, ada berita baik yang menggembirakan, dan pasti ada juga berita buruk yang mendukacitakan. Buat yang berjaya, tahniah saya ucapkan. Buat yang kurang berjaya, inshaAllah mungkin ada lagi usaha yang kita boleh lakukan.

Saya kongsikan contoh surat rayuan pertukaran yang selalu digunakan oleh rakan-rakan saya, termasuk saya sendiri. Ada antara nya berjaya dengan kaedah ini, namun ada juga yang masih mendapat keputusan yang sama. Walau apa pun, usaha tetap usaha. Ye dak?.


Contoh surat rayuan pertukaran EGTukar adalah seperti contoh di bawah. Rakan guru yang nak download versi softcopy boleh download di link yang disediakan di bawah.


Contoh Surat Rayuan Pertukaran EGTukar


DOWNLOAD


Contoh surat rayuan ini boleh diubahsuai mengikut keperluan dan alasan anda. Nyatakan juga alasan anda yang tersendiri, beserta salinan dokumen yang boleh menyokong lagi permohonan rayuan pertukaran anda. Salinan surat ini kemudian diberikan kepada PPD, JPN dan KPM sebagai usaha anda. Jika dapat sokongan Pengetua/Guru Besar adalah lebih baik!

Sebelum rakan guru gunakan contoh surat di atas sebagai usaha terakhir untuk rayuan pertukaran, WAJIB baca dulu syarat dan terma perkhidmatan di bawah


Syarat dan Terma Perkhidmatan
1) Ini bukan sampel yang betul-betul datang dari KPM atau badan yang diakui. Sebaliknya daripada usaha rakan-rakan lalu yang dah berjaya dan juga gagal semasa rayuan mereka.

2) Yang pernah menggunakan contoh surat ini, ada yang berjaya, ada juga yang tidak. Masih bergantung kepada ketetapan oleh badan yang bertanggungjawab dan rezeki daripada Ilahi.

3) Contoh surat ini hanyalah sebagai panduan bagi mereka yang langsung tidak mempunyai sebarang idea, apa yang perlu dibuat. Bagi yang dah ada idea, sila gunakan contoh surat anda masing-masing.

4) Saya juga tidak akan bertanggungjawab atas sebarang makluman/  komentar/ kesan/ tindakan/ permasalahan yang wujud jika anda menggunakan bahan di blog saya ini.


Semoga rakan-rakan guru dipermudahkan segala urusan pertukaran olehNya. InshaAllah jika dah sampai rezeki yang ditetapkan, maka ada lah rezeki kita. Banyakkan berusaha, Banyakkan berdoa.. Amin!










Catat Ulasan

22 Ulasan

  1. bila mula posting utk guru2 yang bertukar tu?kalau KKM 17 November.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau cikgu cikgi nih biasanya pertukaran pada awal Januari dan pada Jun

      Padam
  2. agak2 bila kita kena hantar surat rayuan ni...

    BalasPadam
  3. Salam...selain surat ni,apa lagi perlu dihantar ye

    BalasPadam
  4. Salam.. selalunya selain daripada surat, dokumen2 yang berkaitan juga disertakan.. sebagai bukti

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum...terima kasih sebab share surat rayuan ni..saya pinjam dulu ye..thanks..:)

    -Lisa-

    BalasPadam
  6. Salam... Mengapakah borang pemohonan guru cemerlang dan guru tingkatan 6 perlu post dan tidak boleh isi secara online? Siar- siar sahaja kita menunggu jika borang pemohonan langsung tidak diproses kerana tidak sampai ke unit tertentu. Bagaimana kita dapat mengenal pasti borang pemohonan telah diterima atau tidak? Terima Kasih...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam.. untuk nak tahu sama ada permohonan diterima atau tidak, cikgu boleh hubungi terus Unit Pangkat di PPD/JPN/KPM di negeri berkhidmat dan negeri yang dipohon..

      Padam
  7. Assalammualaikum boleh ke guna format surat ini untuk bukan guru seperti saya..
    saya staf sekolah

    BalasPadam
  8. Asslmkm Cikgu Hailmi......Tkasih byk sudi letak cth surat rayuan tukar ..amat bermanfaat sgt....Insylh ganjaran di sisi Allah kerana membantu sahabat2/rakan2 seperjuangan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam.. semoga bermanfaat kepada rakan guru yang lain juga.

      Padam
  9. salam ..surat ni kita kena bawa ke ppd yang kita pohon ke?bleh terangkan cara2nya tak cikgu hailmi...tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam.. cuba hantar ke ppd asal dan ppd yg dipohon jugak.. jpn asal dan jpn yang dipohon

      Padam
  10. Terima kasih sudi share.. Saya nak try merayulah... Dah 11 kali mohon. Asyik tak dapat je.

    BalasPadam
  11. salam cgu hilmi, tumpang tanya, alamat perlu ubah ke bila nak hantar ke ppd asal dan ppd yg dipohon?

    BalasPadam
  12. Assalam nk tanya.. surat tu hanta by hand bley ke..dan pd spe ye nk serahkan

    BalasPadam
  13. salam cikgu..
    terima kasih atas perkongsian.. semoga terus bermanfaat dan menjadi jariah utk cikgu..

    BalasPadam
  14. Best in addition to Most affordable Jabodetabek Individual Instruction, the employees along with trainers appear to your property, fixed your review schedule which enable it to opt for almost any subject connected with research ... go to https://privat-inggris.netlify.app/kursus-bahasa-inggris-kemayoran.html for more information

    BalasPadam
  15. Perhaps you will see a cheaper fee versus table above, be certain again concerning the qualifications of the teacher / Kindergarten teacher recommended to you ... for detail https://ipa-exed.blogspot.com/2022/07/les-privat-ipa-di-tanjung-priok.html

    BalasPadam
  16. Do you want to set about a transformative language learning experience? Take a look at Executive-Education.id's language of choice course. From cultural immersion to expert guidance, our program offers an alternative method of language acquisition. Explore the beauty of a new language, broaden your horizons, and achieve a edge against your competitors in today's interconnected world. Go to https://kursus-spanyol.github.io/kursus-bahasa-spanyol-cengkareng.html for registration.

    BalasPadam