1. Pertandingan Fotografi Sains
Pertandingan fotografi ini adalah seperti pertandingan fotografi yang lain. Janji gambar nampak cantik di mata cikgu, maka cikgu dah boleh isytiharkan siapa pemenangnya. Bagi pertandingan ini, subjek dan temanya mesti lah ada kena mengena dengan Sains. Sebagai contohnya, tumbuhan berbunga atau tumbuhan tidak berbunga.
Penggunaan kamera bergantung kepada cikgu sendiri, sama ada nak sediakan banyak-banyak kamera, atau pun benarkan pelajar menggunakan kamera sendiri. Pertandingan ini sebenarnya saya dah kongsikan secara detail dalam entri yang terdahulu.
2. Pameran Sains
Ini adalah aktiviti yang agak biasa dijalankan di mana-mana sekolah. Bezanya mungkin bergantung kepada apa benda yang nak dipamerkan. Jika ada bahan pameran yang menarik dan boleh membuatkan pelajar rasa teruja nak melihat dan membelek bahan pameran anda, maka dipersilakan. Jika bahan pameran adalah biasa-biasa sahaja, maka saya rasa aktiviti ini agak membosankan.
3. Pertandingan Telur Kebal
Pertandingan Telur Kebal ini adalah pertandingan mencipta bahan sokongan bagi telur, supaya tak pecah jika dijatuhkan daripada tempat yang tinggi. Kalau tak pecah, maka kebal lah telur itu. Pelajar boleh menggunakan kaedah masing-masing sekreatif mungkin, tetapi masih berpandukan kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan.
Semakin ketat peraturan yang cikgu tetapkan, maka semakin kreatif lah hasil daripada pelajar nanti. Aktiviti ini agak menarik dan cukup menghiburkan. Jangan terkejut dengan kreativiti anak murid cikgu dalam menghasilkan produk mereka!
4. Kuiz Sains (bertulis)
Ini juga adalah aktiviti turun temurun dan menjadi kebiasaan kepada hampir semua sekolah. Namun, rakan guru boleh mengkreatifkan kuiz ini dalam bentuk yang lebih terkini. Sebagai contoh, dengan menggunakan Makmal Komputer bagi menjawab soalan yang sudah diselaraskan. Minta bantuan daripada rakan guru yang mahir dalam menetapkan penggunaan ICT, inshaAllah aktiviti kuiz ini juga boleh jadi aktiviti yang menarik.
5. POPKUIZ Sains
Aktiviti kuiz yang berbentuk seperti POPKUIZ ini juga dapat menarik minat pelajar untuk mengikuti aktiviti Bulan Sains dan Matematik dengan jayanya. Adakan kumpulan daripada setiap kelas yang terdiri daripada 2 / 3 orang dalam satu kumpulan.
Beberapa pusingan boleh diadakan bergantung kepada kreativiti cikgu. Mungkin pusingan pertama memberi peluang kepada setiap kumpulan untuk memilih soalan, diikuti pusingan kedua yang memberi peluang kepada kumpulan yang paling pantas menjawab soalan.
6. Pertandingan Amali
Pertandingan amali adalah pertandingan yang mengkhususkan kepada kemahiran menjalankan eksperimen dengan baik. Pemilihan eksperimen adalah bergantung kepada guru. Lebih susah eksperimen yang dijalankan, lebih mencabar pertandingan tersebut kepada pelajar.
Pemarkahan boleh dinilai pada hasil akhir eksperimen, kemahiran menjalankan eksperimen dan perkara-perkara yang berkaitan dengan nilai semasa menjalankan eksperimen.
7. Drama Sains
Aktiviti ini juga merupakan aktiviti yang menarik. Ada kelainannya. Setiap kumpulan diberikan masa 10 minit bagi mempersembahkan drama yang berunsurkan Sains. Kreativiti adalah bergantung kepada pelajar sama ada mahu menggunakan konsep sketsa, puisi dan lagu, atau apa-apa seni persembahan lain.
Pemarkahan diberi pada kandungan Sains yang dinyatakan dalam drama, kreativiti dan penggunaan bahan yang sesuai. Jika ada faktor lain yang boleh dinilai, seperti mutu lakonan dan persembahan, maka mungkin rakan guru boleh berikan markah bonus.
8. Pertandingan Video
Jika sekolah anda mempunyai budaya 'video' yang bagus, maka saya sarankan diadakan pertandingan mencipta video berunsurkan Sains. Jika tak ada pun, masih rakan guru boleh teruskan aktiviti ini dengan seringkas mungkin.
Pelajar menghasilkan video pendek, dalam jangka masa 2 - 5 minit yang menerangkan mengenai apa-apa yang berkaitan dengan Sains. Video boleh dirakam terus dengan menggunakan apa jua jenis kamera (termasuk kamera telefon), dan boleh juga dalam bentuk yang sudah di-edit.
9. Membina model
Pertandingan ini juga dapat membina kreativiti pelajar anda. Guru-guru boleh tetapkan syarat dan juga peraturan yang perlu dipatuhi pelajar. Sebagai contohnya, wajib menggunakan bahan terpakai.
Tujuan model dibina juga boleh dipelbagaikan dengan menetapkan tema perhiasan rumah, tema projek alam sekitar, tema barang pelbagai-guna dan macam-macam lagi.
10. Pertandingan Memasang Model
Pertandingan ini saya dapat idea semasa menjalankan pdp dalam kelas. Pelajar sangat teruja mahu siapkan memasang model dengan masa yang paling pendek. Maka saya anjurkan pertandingan memasang model paling cepat.
Model yang cikgu boleh gunakan adalah model manusia dan juga model litar elektrik (selari dan bersiri). Hati-hati juga. Takut ada yang terlebih excited nak pasang model, sampai habis rosak model yang ada.
11. Explorace Sains / Saintis Muda
Pertandingan ini dicedok daripada pertandingan Explorace yang popular suatu ketika dahulu. Konsepnya lebih kurang sama, iaitu ditetapkan beberapa stesyen, dengan setiap stesyen mempunyai tugasan tertentu yang perlu diselesaikan. Kumpulan yang paling awal menamatkan cabaran, akan dikira sebagai pemenang.
Bagi setiap stesyen, banyak aktiviti atau tugasan yang boleh ditetapkan. Kalau cikgu mahu lebih menarik, jalankan aktiviti ini di luar daripada kelas dan juga makmal. Tentu meriah melihat kumpulan pelajar terkejar-kejar ke sana ke sini bagi mendapatkan jawapan!
12. G-Math
Ini adalah pertandingan yang mirip kepada permainan sahibba. Bezanya permainan ini memerlukan kemahiran asas mengira + - / x dalam menghasilkan sesuatu persamaan matematik itu.
Bagi yang belum pernah mencuba, mungkin agak sukar. Namun jika sudah mula bermain, G-Math ini pasti menyeronokkan.
13. Pertandingan Sudoku
Tak sahlah kalau permainan ini tak dimasukkan dalam senarai aktiviti bulan Sains dan Matematik. Permainan Sudoku ini agak menarik dan mencabar kemampuan pelajar untuk berfikir dengan pantas dan tepat.
Mungkin rakan guru boleh kreatif kan lagi permainan ini dengan mengadakan perlumbaan siapa yang dapat selesaikan masalah Sudoku ini dengan lebih pantas! Adakan dalam beberapa pusingan, dengan setiap pusingan menyaksikan sebilangan pelajar akan tersingkir. Tentu lebih menarik!
14. Pertandingan Teka Berat / Teka Bilangan
Ini juga pertandingan yang agak menarik. Guru boleh meletakkan apa-apa barang dalam balang besar / akuarium dan kemudiannya menyuruh pelajar untuk meneka bilangan atau pun berat barang tersebut. Guru-guru boleh gunakan guli, biji kacang hijau, biji getah dan apa-apa yang difikirkan sesuai.
Sediakan borang kecil yang mencatatkan maklumat peneka dan terus sediakan kotak pertandingan. Letakkan juga balang besar / akuarium tersebut di tempat laluan yang strategik. Tentu banyak sambutan. Sekurang-kurangnya pelajar juga dapat menggunakan kemahiran menganggar dengan logik dan bijak.
15. Pertandingan Sudut Matapelajaran
Setiap kelas di sekolah diminta untuk menghias sudut matapelajaran 'Sains'. Bahan yang dilekatkan perlulah bahan yang berkualiti dan dengan persembahan yang menarik dan ceria.
Bagi memudahkan penilaian dari kelas ke kelas, rakan guru boleh menetapkan tema bagi sudut Sains tersebut. Contohnya, tema angkasa, tema hidupan air, keseimbangan ekosistem dan lain-lain perkara yang berkaitan dengan Sains.
16. Pertandingan Artikel Sains
Pertandingan menyediakan artikel Sains dengan maklumat yang menarik. Pelajar dibenarkan untuk menggunakan sebarang bahan untuk mendapatkan artikel Sains yang menarik.
Jika ditetapkan penggunaan saiz A4 serta bahan yang digunakan, mungkin juga artikel Sains yang dihasilkan oleh pelajar dalam pertandingan tersebut dapat di-laminate dan dijadikan bahan hias sekitar sekolah. Bahan info Sains yang menarik!
17. Buku Skrap
Penghasilan buku skrap Sains juga merupakan aktiviti yang menyeronokkan. Tema yang ditentukan kepada pelajar boleh datang dalam bentuk yang pelbagai. Sebagai contohnya senarai tumbuhan yang terdapat dalam kawasan sekolah. Bagi menambahkan lagi cabaran, guru boleh tetapkan juga nama saintifik bagi setiap tumbuhan yang dimasukkan dalam buku skrap.
Selain daripada cadangan tema di atas, guru juga boleh tetapkan tema lain seperti senarai tumbuhan berbunga dan tidak berbunga, monokotiledon dan dikotiledon serta serangga yang wujud dalam kawasan sekolah.
18. Pelancaran Roket Air
Roket air juga merupakan aktiviti Bulan Sains yang boleh memberi kelainan kepada pelajar. Pertandingan sebegini sudah tentu merangsang kreativiti pelajar dalam menghasilkan roket air dengan inovasi yang tersendiri.
19. Lawatan ke Agensi / Pusat Sains
Bagi sekolah yang berada berdekatan dengan mana-mana agensi atau pusat Sains, maka anda bolehlah membuat lawatan sambil belajar ke pusat tersebut. Rancang aktiviti dengan baik, inshaAllah ini akan jadi pengalaman yang berharga buat pelajar.
Mana tahu dengan lawatan tersebut menyebabkan pelajar akan lebih berminat untuk mendalami Sains. Selain daripada agensi / Pusat Sains, antara tempat lain yang anda boleh adakan lawatan sambil belajar adalah institusi seperti universiti, Pusat Kimia, kilang industri, pusat rawatan air, pusat pelupusan sampah, empangan hidroelektrik dan apa-apa yang berkaitan dengan Sains.
20. Ceramah / Bengkel
Ini lagi satu aktiviti yang agak membosankan untuk diadakan di Bulan Sains dan Matematik. Namun aktiviti zaman berzaman ini kalau nak diadakan jugak, boleh disegarkan dengan ceramah atau bengkel oleh individu yang lebih berpengaruh (artis, tokoh). Pokok pangkalnya mestilah ceramah atau bengkel yang berkaitan dengan Sains.
Selain daripada individu, pihak sekolah juga boleh memohon pihak universiti atau mana-mana institusi yang berkaitan dengan Sains untuk datang memberi ceramah di sekolah. Semoga terhibur.. ;)
21. Mencerap Bintang
Bagi sekolah yang mempunyai peralatan yang mencukupi, pihak sekolah boleh juga mengadakan sesi mencerap bintang di langit. Saya rasa aktiviti ini menarik dan sangat bersesuaian dengan bulan Sains dan Matematik.
Walaubagaimanapun beberapa perkara perlu diambil kira. Terutamanya yang berkaitan dengan perjalanan pelajar pada malam hari serta kesediaan guru untuk meluangkan masa malam di sekolah bersama pelajar, sambil melihat bintang yang berkerlipan.
Inilah antara beberapa cadangan aktiviti menarik yang boleh dianjurkan sepanjang Bulan Sains dan Matematik. Hampir kebanyakan daripada aktiviti di atas ada dan pernah dianjurkan di sekolah saya. Ada yang mendapat sambutan hangat dan ada yang mendapat sambutan suam-suam kuku. Semuanya bergantung kepada kreativiti cikgu dalam melaksanakan pertandingan dan aktiviti tersebut.
Jika sekiranya cikgu-cikgu mempunyai cadangan aktiviti lain, boleh lah kongsikan juga di ruangan komen supaya boleh diambil manfaat oleh rakan guru yang lain. Selamat mencuba!
41 Ulasan
byk aktiviti ni. kalau nk buat semua, kena tukar dr minggu sains kpd bulan sains
BalasPadamhak3.. boleh pilih2 cikgu zamrud.. tak menang tangan kalau nak buat semua.. ;)
Padamsaya pun sama
PadamCadangan dan idea yg bernas Cg.Boleh dijadikan panduan oleh cg2 diluar sana :)
BalasPadamTQ Farisya Anastasyia.. Mudah2an boleh jadi perkongsian berguna.. ;)
Padamterima kasih cikgu. idea yg bernas. tapi byk aktiviti sains. matematik saya pon da pening nak fikir aktvt apa lg yg menarik.
BalasPadamTerima kasih cgu. Mmg saya tcari2 aktiviti miggu sc. Every year murid ttunggu minggu sc. So thn ni blh cuba beb aktiviti yg cgu cdgkan.
BalasPadamTerima kasih atas cadangan..sayasedang memikirkan aktiviti yang sesuai untuk dilakukan sewaktu perjumpaan kelab sains.. idea2 ni sangat membantu.. :)
BalasPadamIdea yg bagus..boleh tiru nih
BalasPadamsemoga bermanfaat yer cikgu2.. kalau cikgu ada aktiviti lain yang menarik, boleh juga kongsikan di sini.. tq!
BalasPadamtq for info..
BalasPadamsemoga beroleh manfaat yer.. ;)
Padamaskm...tq cg 4 info...ada juga diantaranya mmg kami telah jlnkan...kami di sk rendah mengambil tempoh masa selama sebulan...di sini sy juga ingin share aktiviti tmbhan yg kami pernah lakukn ialah lawatan kelas ke pameran di bilik sains yg dikendalikn oleh murid..sbg menambah minat murid..di sini kami meminjam bhn2 awet di IPT..selain itu, tdpt SMK yg berhampiran mnjlnkn aktivit memberi peluang murid2 sk rendh membuat pembedahan tikus...(dikenakan byran yg berpatutan)...
BalasPadamWah.. cadangan yang baik.. ada kerjasama dalam persekitaran pendidikan.. InshaAllah akan cuba diusahakan.. Terima kasih cikgu atas perkongsian.. ;)
PadamTerima kasih di atas perkongsian...ada beberapa idea yang saya ambil dan laksanakan.....
BalasPadamLagi satu aktiviti Matematik adalah KenKen. Ada sikit-sikit macam Sudoku n G-math. Tricky tapi menarik. :)
BalasPadamhttp://www.kenkenpuzzle.com/#
Terima kasih untuk cadangan.. inshaAllah akan cuba dirisik nanti
PadamSyabas Cikgu, perkongsian yang sangat bermanfaat dan membantu....kebanyakannya ad unsur KBAT yang sememangnya kita warga pendidik disyorkan untuk diaplikasikan kpd murid-murid....terima kasih cikgu atas perkongsiannya.
BalasPadamSalam cg halimi..sy nak tanya
BalasPadammana nak beli G math tu
Macam mana perlaksanaan minggu sains dan tatematik di sekolah cikgu? Adakah aktiviti dijalankan pada waktu rehat sahaja? Atau dijalankan pada waktu pdp? Atau bagaimana?
BalasPadamsalam... ckgu hailmi... saya tertarik dengan aktiviti roket air... tapi launcher tak ada.... boleh ckgu kongsikan bagaimana nak bina launcher tersebut.... terima kasih cikgu...
BalasPadamSebagai tambahan aktiviti lain yg boleh dianjurkan adalah pembinaan jet kertas . Buat pertandingan untuk jarak paling jauh atau yg lama terapung. Memang tak disangka hasil pelajar. Mereka bole google utk design terbaikk.
BalasPadamSebagai tambahan aktiviti lain yg boleh dianjurkan adalah pembinaan jet kertas . Buat pertandingan untuk jarak paling jauh atau yg lama terapung. Memang tak disangka hasil pelajar. Mereka bole google utk design terbaikk.
BalasPadamAssalamualaikum
BalasPadamterima kasih share xtvt2..ada yg da pernah sek saya buat..ada juga yg belum..teruja nk buat bln 4 nnt
saya nk share juga lah xtvt lain yg da pernah buat...utk pameran sains..saya jemput inst biotek melaka utk buat demo isolate DNA Strawberry,pd masa yg sama pelajar juga ada buka kaunter utk buat simple medical checkup spt blood pressure test,heartbeat,ukur BMI dan blood group test.dpt bg 1st experience pd pelajar jd doktor hihi(siap pakai labcoat n stetoskop)
Sek juga pernah panggil jabtan kesihatan utk bengkel CPR
Nway..hrp dpt idea lg dr ckgu2 lain..tq in advance ye
Idea yg menarik
BalasPadamTerima kasih idea2 menarik
BalasPadamAssalamualaikum... saya cikgu dari Sabak Bernam. Tahniah dan terima kasih atas perkongsian aktiviti-aktiviti sains yang sangat menarik dan bermanfaat. Semoga sekolah cikgu terus maju.
BalasPadamsaya ambil ilmu yang haq semata-mata dalam blog ini.selain dari itu tiada.Perkongsian ilmu yang sangat menarik.
BalasPadamTeka silangkata math pun boleh juga
BalasPadamAs salam cikgu...
BalasPadamSy sdang mcari idea tuk anjurkn kem pd murid2 DLP...tujuan lbh mjurus kpd mngktkn thp pguasaan bi dlm sn dan math...any idea teacher?
terima kasih cikgu hailmi..idea menarik merangsang minat murid dlm sains dan matematik...
BalasPadamTwrima kasih cikgu atas idea2 bernas di atas. Memandangkan teknologi optikal semakin canggih, saya cadangkan buat aktiviti menontong video sains 360° atau stereoscopy 3D menggunakan kaca mata VR atau lebih canggih jika ada kaca mata AR. VR hanya membenarkan kita lihat skrin telefon dalam 3D manakala AR membenarkan ilusi 3D bergabung dengan penglihatan kita seolah2 ia betul2 wujud di depan kita.
BalasPadamI will surely subscribe to your feed, and I hope you will write again soon. ฟิล์มใสกันรอย
BalasPadamOutstanding story there.
BalasPadamเว็บเกมยิงปลา
We provide expert Cyber Security Services by nurturing individuals to accessto on-going simulated campaigns that validate your skills.
BalasPadamVery best as well as Most inexpensive Jabodetabek Non-public Lessons, all of our staff members and instructors appear to your residence, collection your very own analysis program and might pick out every arena connected with research ... go to https://kursus-ekonomi.netlify.app/les-privat-ekonomi-tanah-abang.html for further
BalasPadamJabodetabek private tutoring services with teachers coming over to the house. Greater than countless active tutors will be ready teach various skills and lessons for kids to adults ... click https://privat-matematika.vercel.app/ for more information
BalasPadamYou could will find a cheaper fee compared to table above, ensure again around the qualifications from the teacher / Kindergarten teacher recommended to your account ... click for more detail https://fisika-exed.blogspot.com/2022/04/les-privat-fisika-di-kebayoran-lama.html
BalasPadamYou could will find a cheaper fee compared to table above
BalasPadamThe design of a cowhide leather motorcycle jacket is also tailored to the needs of riders. It often includes features like a front zipper and snap closure, multiple pockets for storage, and adjustable cuffs and waistband for a snug fit. Some jackets may also include ventilation features to help keep riders cool in warm weather.
BalasPadamit was really a good post Glad you shared it.
BalasPadamFashion Jackets
Mens Bomber Jackets