About Me

Kaedah Kawalan Kehamilan

Kaedah kawalan kehamilan atau juga dikenali sebagai pencegahan kehamilan adalah bertujuan bagi membolehkan pasangan yang telah berkahwin untuk merancang sama ada mahu mempunyai anak atau pun tidak. Pencegahan kehamilan ini juga membolehkan pasangan tersebut memilih bilangan anak dan waktu yang sesuai untuk mempunyai anak.


Kaedah Kawalan Kehamilan


Terdapat pelbagai jenis kaedah kawalan kehamilan yang boleh digunakan. Tetapi ini juga bergantung kepada kepercayaan agama, latar belakang sosial dan juga pilihan pasangan tersebut. Kaedah yang dicadangkan juga mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing.

Terdapat 6 kaedah kawalan kehamilan yang boleh digunakan.

1) Kaedah Semula jadi
Kaedah beritma atau kaedah masa selamat
Fungsi : mengelakkan persetubuhan berlaku semasa fasa subur dalam kitar haid


2) Kaedah Penghalang
Kondom
Fungsi : Getah nipis yang menghalang sperma daripada memasuki faraj

Kaedah Kawalan Kehamilan Kondom


Diafragma
Fungsi : Bulatan berbentuk spring yang dipasang pada pintu masuk uterus. Sperma dihalang daripada memasuki serviks.

Kaedah Kawalan Kehamilan diafragma



3) Kaedah Mekanikal
Alat Kontraseptif dalam Rahim (IUCD)
Fungsi : Menghalang penempelan embrio pada dinding uterus


Kaedah Kawalan Kehamilan IUCD


4) Kaedah Hormon
Pil Cegah Kehamilan
Fungsi : Mengandungi hormon seks perempuan yang menghalang berlakunya pengovulan


Kaedah Kawalan Kehamilan Pil cegah kehamilan


5) Kaedah Kimia
Spermisid
Fungsi : Bahan kimia dalam bentuk jel, pil, buih, krim yang membunuh sperma


Kaedah Kawalan Kehamilan spermisid


6) Kaedah Pembedahan
Vasektomi
Fungsi : pembedahan kecil pada duktus sperma yang dipotong dan diikat. Sperma dari testis tidak dapat sampai ke zakar

Kaedah Kawalan Kehamilan vasektomi


Ligasi 
Fungsi : Pembedahan kecil pada tiub falopio yang dipotong dan diikat. Sperma tidak dapat disenyawakan dengan ovum.

Kaedah Kawalan Kehamilan ligasi


Perlu diketahui juga kaedah pencegahan kehamilan ini ada yang bersifat sementara dan ada juga yang bersifat kekal.

Kaedah pencegahan kehamilan sementara ialah kaedah yang membenarkan pasangan yang telah berkahwin untuk memiliki anak sebaik sahaja mereka berhenti menggunakan kaedah-kaedah tersebut.

Kaedah pencegahan kehamilan kekal ialah kaedah yang TIDAK membenarkan pasangan yang telah berkahwin untuk memiliki anak sebaik sahaja mereka menggunakan kaedah ini.

Catat Ulasan

15 Ulasan

  1. Kaedah yang no.1 tu kena berhati-hati, silap kira boleh 'termengandung' hahaha (pengalaman sendiri) :p ape pun 'ter' ke tak 'ter', semua pun rezeki, jangan ditolak :)

    BalasPadam
  2. hak3.. boleh 'ter' jugak ek.. ;)

    BalasPadam
  3. Satu perkongsian yg berguna. Cuma sy keliru bagi menjarakkan kehamilan, waktu selamat utk hubungan suami istri itu pd peringkat yg mana satu. Ini kerana tidak dijelaskan waktu selamat itu pada peringkat yg mana satu. Boleh tlg jelaskan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih.. waktu selamat adalah dimaksudkan dengan tidak mengadakan hubungan semasa fasa subur.. kerana pada masa tersebut, kemungkinan untuk berlaku proses pengovulan atau ovulasi adalah lebih tinggi..

      Padam
  4. pueri rania suka sangat bab nii best gilaaa ! yuhuu

    BalasPadam
  5. saya dayana sangat suka bab iniii . love it

    BalasPadam
  6. Boleh tak buat dalam format karangan

    BalasPadam
  7. sy dh baca berulang kali masoh x fhm "cara-cara pencegahan kehamilan vasektomi dan ligasi"

    BalasPadam
  8. Executive-Education.id is a specialist private tutoring institution in Jabodetabek as well as surroundings that brings students together with the best teachers ... visit https://privat-matematika.vercel.app/les-privat-matematika-sawah-besar.html for more details

    BalasPadam
  9. Very best along with Lowest priced Jabodetabek Private Instructions, your employees plus teachers arrive home, arranged your individual analyze agenda and might pick out almost any discipline regarding study ... click https://kursus-ekonomi.netlify.app/les-privat-ekonomi-penjaringan.html for further

    BalasPadam
  10. You could will discover a cheaper fee compared to table above, make certain again about the qualifications in the teacher / Kindergarten teacher recommended for your requirements ... click for more information https://kimia-exed.blogspot.com/2022/04/les-privat-kimia-di-pasar-minggu_26.html

    BalasPadam
  11. Join our esteemed foreign language course at Executive-Education.id and attempt a linguistic adventure on the lifetime. Immerse yourself within the richness of one's target language, guided by expert instructors who view the nuances and intricacies of effective language acquisition. Whether you're a newbie or a high level learner, our tailored curriculum will empower one to navigate diverse cultures with finesse and flair. Click https://kursus-turki.github.io/kursus-bahasa-turki-gambir.html for further.

    BalasPadam