About Me

Skandal Terbaru : Kes Penipuan Gaji Guru

Sekarang ini heboh diperkatakan tentang kes terbaru penipuan gaji guru. Saya mendapat maklumat daripada rakan sekerja di Langkawi yang mengatakan guru-guru di sekolah berdekatan dengannya telah tidak menerima gaji pada bulan ini. Bukan setakat guru tersebut, malah semua guru dan staf sokongan sekolah tersebut juga tidak menerima gaji untuk bulan tersebut. Pelik! Bila disiasat maka terbongkarlah rahsia.

Skandal Terbaru : Kes Penipuan Gaji Guru

Kerani kewangan sekolah tersebut mendakwa pernah menerima emel yang datang daripada individu yang mengatakan bahawa beliau adalah pegawai bertanggungjawab yang mengurus urusan maklumat gaji guru. Emel yang diterima adalah seakan-akan seperti emel dari Jabatan yang diperakui berkenaan. Emel kemaskini tersebut juga disertakan dengan borang kemaskini yang akan membantu memudahkan proses kemaskini tersebut. Tanpa sebarang syak dan wasangka, maka emel tersebut dibalas dan hasilnya, seperti yang anda sedia maklum!

Kesannya, guru-guru sekolah tersebut terpaksa menutup akaun gaji mereka sebelum ini dan menggunakan akaun bank baru bagi tujuan gaji. Perlu juga diingat, proses kemasukan gaji ke akaun baru akan mengambil masa selama lebih kurang 2 bulan. Sudah tentu sedikit sebanyak boleh memberi kesan kepada rakan guru dengan tanggungan yang banyak.

Di bawah ini disertakan gambar emel dan juga borang yang telah digunakan untuk tujuan menipu tersebut.

Skandal Terbaru : Kes Penipuan Gaji Guru

Skandal Terbaru : Kes Penipuan Gaji Guru

Kementerian Pendidikan Malaysia juga melalui facebooknya telah memberi amaran;

Kementerian Pendidikan Malaysia Tidak Mengeluarkan Sebarang Arahan Kepada Sekolah-Sekolah Untuk Memberi Senarai Nama Guru-Guru Dan Kakitangan Sekolah Bagi Tujuan Pengemaskinian Maklumat Pangkalan Data Jabatan Akauntan Negara Malaysia. Oleh Yang Demikian Diharap Semua Sekolah Tidak Mengambil Sebarang Tindakan Menyalurkan Maklumat Tersebut Kepada Individu Tidak Bertanggungjawab Yang Meminta Maklumat Menerusi Emel Sekolah Masing-Masing.
Walau Bagaimanapun, Bagi Sekolah Yang Telah Mengemukakan Maklumat Tersebut, Adalah Dipohon Untuk Membuat Laporan Polis Segera Bagi Membolehkan Siasatan Lanjut Dibuat.


Diminta kepada semua rakan guru, untuk berhati-hati dan berkongsikan maklumat penipuan ini dengan pihak sekolah dan juga kerani sekolah terutamanya, bagi mengelakkan kejadian yang tak diingini berlaku. Minta semua guru dan staf sekolah memeriksa kandungan emel yang mereka terima bagi mengelakkan perkara buruk seperti ini berlaku. Dan jangan lupa juga, mesti KLIK DENGAN BIJAK!

Catat Ulasan

16 Ulasan

  1. Penipu memang cekap sekarang ini...kena berhati-hati dan jangan mudah percaya adalah jalan selamat

    BalasPadam
  2. apa la yang dia dapat dari menipu tu

    BalasPadam
  3. bahaya betul tu... semua boleh tergadai.. tapi kena peka..tak ada urusan rasmi menggunakan email yahoo @ gmail..

    BalasPadam
  4. Kesian betul siapa yang dah terkena tu. Kalau tengok email yang diberi memang boleh timbulkan keraguan jugak.

    BalasPadam
  5. betul3.. email tuh pun dah lain macam.. harap dapat saling pesan antara satu sama lain, supaya tak ramai yang jadi mangsa lagi

    BalasPadam
  6. sekolah tu je ko kena?sekolah lain takdak dengar khabar kan?

    BalasPadam
  7. Tapi mcm mana boleh berlaku ye? Pelik.. Dgn hanya ada num IC, num gaji dan num akaun bank, duit gaji boleh hilanggg???? Takkan semudah itu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya. Bagi saya, inilah isu sebenarnya. Kerani tu memang salah, tapi takkanlah pihgak bank tak bertanggungjawab..?

      Cuba bayangkan, kalau dengan hanya tahu IC, nombor gai dan no akaun bank boleh keluarkan duit dari bank, maka BANK LAH YANG PATUT DISIASAT TERLEBIH DAHULU.

      Cuba fikirkan, kemana duit tu pergi? Mesti online transaction ke bank. Sipenjahat tu pun, kalau dia nak keluarkan duit pun kena juga buka akaun.

      Takkan tak boleh kesan? Harap Bukit Aman, cawangan jenayah kolar putih dapat bertindak.

      BANK YANG BERKENAAN PATUT DIGANTUNG LESENNYA DAN DIKENAKAN TINDAKAN TATATERTIB, DENDA DAN GANTI RUGI OLEH BANK NEGARA.

      Padam
    2. Banyak kes penipuan online menunjukkan ada ketirisan dalam sistem keselamatan bank-bank kita.

      TAPI SEPERTI BIASA, BANK TAK MENGAKU SALAH.

      Ada satu kisah benar, tentang sepupu saya sendiri (perempuan). Beliau tunggu bas di stesyen bas Kuantan. Sedang tunggu tu, kenallah soramg perempuan, berbual2. Lepas tu pompuan tu nak ke toilet, minta dia tolong jagakan beg. Tak lama lepas tu, dia nak ke toilet, minta pompuan tu jagakan beg. Boleh agak le cerita selepas tu. Solosai beg dan kandungannya.

      Cerita tak habis kat situ. Seminggu lepas tu, waktu nak keluarkan duit, tengok baki tak mencukupi. Beliau buat aduan pada bank. Tahu apa bank cakap? "Bukti menunjukkan awak dah keluarkan duit ikut kaunter".

      Dia tak puas hati. Tapi akhirnya bank bersetuju utk tengok CCTV. Skeipnya boleh di agak. POMPUAN TU BOLEH PINJAM IC SEPUPU SAYA DAN KELUARKAN DUIT DI BANK DEPAN KERANI BANK.

      PIHAK BANK CEPAT2 KATA NAK BAYAR GANTI RUGI DAN MINTA KES INI DITUTUP AJE.

      SENANG AJE KAN? Orang ada IC kita, ada buku bank kita, boleh joli duit kita dan bank dengan tersengih aje kata kita yang keluarkan duit tu.

      Padam
  8. kesilapan tu kerani, kenapa tak siasat tanya dulu GB / Pengetua./ PPd
    tu lah lurus bendul....
    kalau saya pun saya siasatdulu kesahihan di 2-3-4-5-6-7 buah sekolah lain.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Btul sgt2..memang salah kerani..suka belagak pandai kt skolah..diorg pnya silap,ckgu lak jd mangsa..tak tanya dulu,trus pcy..npk emel pn tau dah bohong..bnda2 sulit cmtu jgn pandai2 main bagi je..

      Padam
  9. itu lah..benda tak jadi, memang ler tak da kita nak syak apa-apa..
    semoga semua boleh ambil peringatan lepas nih.. ;)

    BalasPadam
  10. kena lebih berhati-hati la lepas nih nampaknya..

    BalasPadam
  11. tak jelas sebenarnya yg kena tu..kat N9 yg kluar paper..tak detail ceritanya...takut masuk akaun lain..takkan mudah tu ore nak amik duit...takdak pun tubik pengumuman tentang masalah tu..tuan ampunya pun tak royat gapo pun

    BalasPadam
  12. Itu lah pasal.. banyak sangat versi.. macam2 cerita.. apa2 pun, semoga jadi pengajaran buat semua.. ;)

    BalasPadam
  13. Nampaknya ujian bagi semua yang terlibat. Bagi semua individu guru dan stafyang tlibat dalam kes ini, tentu ada hikmat berbeza2 bagi tiap seorangnya. Muhasabah diri dan ambillah pengajaran yakni hikmah yang seterusnya menjadikan kita manusia yang lebih baik di masa hadapan. Mudah2an Allah membalas kehilangan ini dengan sesuatu yang lebih baik.

    BalasPadam