Sekarang ini heboh diperkatakan tentang kes terbaru penipuan gaji guru. Saya mendapat maklumat daripada rakan sekerja di Langkawi yang mengatakan guru-guru di sekolah berdekatan dengannya telah tidak menerima gaji pada bulan ini. Bukan setakat guru tersebut, malah semua guru dan staf sokongan sekolah tersebut juga tidak menerima gaji untuk bulan tersebut. Pelik! Bila disiasat maka terbongkarlah rahsia.

Skandal Terbaru : Kes Penipuan Gaji Guru

Kerani kewangan sekolah tersebut mendakwa pernah menerima emel yang datang daripada individu yang mengatakan bahawa beliau adalah pegawai bertanggungjawab yang mengurus urusan maklumat gaji guru. Emel yang diterima adalah seakan-akan seperti emel dari Jabatan yang diperakui berkenaan. Emel kemaskini tersebut juga disertakan dengan borang kemaskini yang akan membantu memudahkan proses kemaskini tersebut. Tanpa sebarang syak dan wasangka, maka emel tersebut dibalas dan hasilnya, seperti yang anda sedia maklum!

Kesannya, guru-guru sekolah tersebut terpaksa menutup akaun gaji mereka sebelum ini dan menggunakan akaun bank baru bagi tujuan gaji. Perlu juga diingat, proses kemasukan gaji ke akaun baru akan mengambil masa selama lebih kurang 2 bulan. Sudah tentu sedikit sebanyak boleh memberi kesan kepada rakan guru dengan tanggungan yang banyak.

Di bawah ini disertakan gambar emel dan juga borang yang telah digunakan untuk tujuan menipu tersebut.

Skandal Terbaru : Kes Penipuan Gaji Guru

Skandal Terbaru : Kes Penipuan Gaji Guru

Kementerian Pendidikan Malaysia juga melalui facebooknya telah memberi amaran;

Kementerian Pendidikan Malaysia Tidak Mengeluarkan Sebarang Arahan Kepada Sekolah-Sekolah Untuk Memberi Senarai Nama Guru-Guru Dan Kakitangan Sekolah Bagi Tujuan Pengemaskinian Maklumat Pangkalan Data Jabatan Akauntan Negara Malaysia. Oleh Yang Demikian Diharap Semua Sekolah Tidak Mengambil Sebarang Tindakan Menyalurkan Maklumat Tersebut Kepada Individu Tidak Bertanggungjawab Yang Meminta Maklumat Menerusi Emel Sekolah Masing-Masing.
Walau Bagaimanapun, Bagi Sekolah Yang Telah Mengemukakan Maklumat Tersebut, Adalah Dipohon Untuk Membuat Laporan Polis Segera Bagi Membolehkan Siasatan Lanjut Dibuat.


Diminta kepada semua rakan guru, untuk berhati-hati dan berkongsikan maklumat penipuan ini dengan pihak sekolah dan juga kerani sekolah terutamanya, bagi mengelakkan kejadian yang tak diingini berlaku. Minta semua guru dan staf sekolah memeriksa kandungan emel yang mereka terima bagi mengelakkan perkara buruk seperti ini berlaku. Dan jangan lupa juga, mesti KLIK DENGAN BIJAK!