About Me

Liga Remaja Kreatif 2013 : 10 Video Terbaik Zon Sarawak

Alhamdulillah.. Sedikit kelegaan bila pada hari Khamis yang lalu, sekolah telah mendapat surat jemputan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia ke Majlis Penyampaian Hadiah Liga Remaja Kreatif 2013. 2 daripada 6 video penyertaan sekolah saya, telah berjaya mendapat tempat antara 10 video terbaik bagi Zon Sarawak. 

Liga Remaja Kreatif 2013 : 10 Video Terbaik Zon Sarawak

Keputusan penuh hanya akan diketahui ketika majlis tersebut yang berlangsung pada 26hb September (minggu depan), bertempat di Hotel Hilton, Kuching. Berdebar-debar jugak rasanya, memandangkan kedudukan video masih belum diketahui. 7 tempat untuk hadiah Saguhati dan 3 lagi tempat untuk hadiah utama sedia untuk direbut. Jom kita layan video teaser bagi 2 video yang terpilih tersebut...






Saya hanya mendoakan yang terbaik buat penyertaan anak-anak murid saya. Saya sedar penyertaan pada tahun ini sangat dahsyat dan hebat! Saingan daripada peserta-peserta lain adalah cukup luar biasa. Jadi, terpilih ke peringkat Negeri Sarawak pun bagi saya sudah memadai. Semoga perkara yang terbaik menanti mereka kelak... Amin!

Baca pengalaman mereka di SINI
Senarai Hadiah hebat di SINI 

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. tahniah ! kalau dorang menang..cikgu gak yang tumpang bangga kan? ;)

    BalasPadam
  2. InshaAllah.. doakan diorang sama ye Cikgu Norazimah.. ;)

    BalasPadam