About Me

Deria Rasa Yang Kelima : Rasa Umami?

Sejak dahulu lagi, dalam buku teks Sains kita mengatakan hanya ada 4 rasa asas yang boleh dikesan oleh lidah, iaitu manis, masin, masam dan pahit. Setiap kawasan lidah, mempunyai kepekaan tersendiri terhadap rasa asas yang tertentu, contohnya rasa manis pada lidah yang paling hujung dan rasa pahit pada lidah yang paling dalam.

Deria Rasa Yang Kelima : Rasa Umami? 

Namun, pada tahun 1908, seorang Profesor dari Universiti Imperial Tokyo, Profesor Kikunae Ikeda telah mencadangkan satu lagi rasa asas yang baru iaitu UMAMI.

UMAMI?. 

Profesor Kikunae Ikeda ini telah menjalankan kajian ke atas rasa yang dihasilkan oleh kesedapan kuah kombu rumpai laut, iaitu sejenis makanan tradisi Jepun. Beliau telah mendapati bahawa rasa sedap itu datangnya daripada bahan glutamat (sejenis asid amino dan ribonukleotida yang mengandungi inosinat dan guanilat yang terhasil semula jadi dalam makanan, termasuk daging, ikan, sayur dan produk tenusu)
yang ada pada makanan tersebut.
 
Rasa nya yang tersendiri dan bercampur-campur dengan rasa lain, maka rasa umami ini kurang dapat dikesan oleh kebanyakkan manusia sekalipun mereka pernah merasanya! Oleh sebab rasa sedap itu adalah berbeza daripada rasa manis, masam, pahit dan masin, maka Profesor Ikeda pun menamakan rasa baru itu sebagai rasa umami.

Dalam Bahasa Jepun sendiri, perkataan UMAMI membawa maksud "rasa enak yang menyenangkan".!


Seterusnya, pengikut Profesor Ikeda, iaitu Profesor Shintaro Kodama telah memanjangkan lagi kajian tersebut kepada bahan lain. Ini juga diikuti oleh Akira Kuninaka yang juga menyedari wujudnya rasa umami pada banyak makanan lain, terutamanya bahan yang kaya dengan glutamat. 

Peta dunia yang menunjukkan negara dan jenis makanan yang mengandungi rasa umami

Hakikatnya, banyak makanan yang kita makan pada setiap hari adalah makanan yang kaya dengan rasa umami. Terutamanya makanan seperti daging, sayur-sayuran, kerang-kerangan, cendawan, serta makanan yang diperam. Makanan Malaysia yang ada rasa umami adalah seperti belacan dan tempe.
 
 Tentunya rasa umami pertama yang semua manusia rasa adalah susu ibu! 


p/s:  TQ kepada Anonymous yang memberi komen membina pada artikel Memahami Deria Rasa!! ;)

Catat Ulasan

14 Ulasan

  1. nice entry dpt jugak sedikit pengetahun di petang hari

    BalasPadam
  2. ada juga rupanya rasa umami tu..

    BalasPadam
  3. owh...sokong..budu teramat la umami...cmpur limau n lada...kehkehkeh..cicah ikan rebus..kehkeh

    BalasPadam
  4. hak3... budu pun budu lah.. janji rock!

    BalasPadam
  5. Jadi mna kedudukan receptor umami ni?

    BalasPadam
    Balasan
    1. di keseluruhan prmukaan lidah..kalau Muhammad ada buat bacaan tambahan, sebenarnya seluruh permukaan lidah boleh mengesan rasa yang berbeza, tidak tertakluk hanya pada kawasan tertentu seperti yang dipelajari di buku teks sahaja.. ;)

      Padam
  6. betul tu cikgu.bagi pandangan saya guru-guru sains perlukan perjelaskan kpd pelajar tentang kedudukan kws peka terhadap rasa. byk buku dan blog menekankan kws tertentu boleh mengesan rasa tertentu.sebenarnya dah byk kajian dilakukan tentang kws peka rasa ni.untuk lahirkan generasi berfikiran KBAT rujukan perlu dipelbagaikan bukan hanya bergantung pada buku teks sahaja. terima kasih cikgu sy suka blog cikgu

    BalasPadam
  7. Baru pertama kali tahu ada deria rasa umami

    BalasPadam
  8. trading online is a way to buy and sell financial assets through the internet. People can trade stocks, currencies, and other assets using online trading platforms. Beginners can learn about market trends, charts, trading plans, and risk management before they start. Online trading is easy to access, but it also has risks. It is important to learn the basics and understand the possible losses before using real money.

    BalasPadam
  9. Tech on Dicas Cellular is a useful topic for people who want to learn more about mobile phones and cellular services. It can include simple tips about phone settings, mobile data, calls, network problems, apps, and other useful features. Users can learn how to fix common cellular issues and get better use from their phones. The information is written in easy language, so it is helpful for beginners and everyday smartphone users.

    BalasPadam
  10. sign into uc o securely access your online benefits account and manage important claim information. After signing in, users can check payment details, review their journal, read messages and updates, complete outstanding tasks, and report changes in their circumstances. The online service provides a convenient way to stay informed about claim requirements and manage essential account activities from a computer, tablet, or smartphone. Keeping login credentials private and using a secure connection can help protect personal information and maintain safe access to the account.

    BalasPadam
  11. تركيب مكيفات سبليتة يحتاج إلى فني متخصص لضمان تثبيت الوحدات الداخلية والخارجية بشكل صحيح وتحقيق أفضل كفاءة للتبريد. تبدأ الخدمة بمعاينة المكان واختيار المواقع المناسبة للوحدتين، ثم تركيب الحوامل وتمديد المواسير النحاسية وعزلها جيدًا، مع إجراء التوصيلات الكهربائية وفحص خطوط التبريد. بعد إتمام التركيب، يتم تشغيل المكيف واختبار مستوى التبريد والتأكد من سلامة جميع التوصيلات وعدم وجود أي تسريبات. ويساعد التركيب الاحترافي لمكيفات السبليت على تحسين أداء الجهاز وتقليل المشكلات الناتجة عن سوء التركيب والحفاظ على كفاءة التكييف.

    BalasPadam