About Me

Rumah Ronald McDonald Kini di Hospital USM Kelantan!

Yes! Kini rumah Ronald McDonald sudah berada di Kelantan. Tepatnya di Hospital USM yang terletak di Kubang Kerian. Inisiatif Rumah Ronald McDonald (RRM) di Hospital Universiti Sains Malaysia ini merupakan hasil sumbangan pelbagai pihak, yang bertujuan memenuhi keperluan keluarga pesakit pediatrik di samping meringankan beban kewangan ketika anak mereka menjalani rawatan di Hospital USM pada kos penginapan yang amat berpatutan, iaitu hanya RM5 untuk satu malam. Wow!

 
Rumah Ronald McDonald Kini di Hospital USM Kelantan!
Rumah Ronald McDonald Kini di Hospital USM Kelantan!


Perasmian Rumah Ronald McDonald di Hospital USM ini baru saja dirasmikan oleh YB Dato' Mohd Amar Abdullah, Timbalan Menteri Besar Kelantan pada 6 Ogos yang lalu. Dan yang bestnya, ini adalah rumah kedua seumpamanya di Malaysia, selepas yang pertama di Hospital Canselor Tuanku Mukhriz Universiti Kebangsaan Malaysia. Tapi kalau kat seluruh dunia, dah banyak lah. Dah pun mencecah sehingga 370 buah.

Dengan kos pembinaan mencecah sehingga RM4 juta, mesti ramai yang tertanya-tanya kenapa Kelantan? Bukan di negeri lain? Meh nak jawab.

Ini kerana keperluan di Hospital USM adalah amat tinggi, di mana ia menerima sehingga lebih 20,000 pesakit pediatrik setiap tahun. Selain daripada dapat membantu meringankan beban majoriti besar mereka yang berpendapatan rendah dari kawasan luar bandar, pembinaan Rumah Ronald McDonald Hospital USM ini juga bertepatan dengan pengiktirafan USM sebagai Universiti APEX yang boleh memacu kedudukannya sebagai hospital rujukan utama dan hub kesihatan komuniti di Pantai Timur. 

 
Yang Berhormat Dato’ Mohd Amar Bin Abdullah, Timbalan Menteri Besar Kelantan
Yang Berhormat Dato’ Mohd Amar Bin Abdullah, Timbalan Menteri Besar Kelantan



'Keeping Families Close' - Azmir Jaafar, Presiden RMHC Malaysia
'Keeping Families Close' - Azmir Jaafar, Presiden RMHC Malaysia


Dan paling saya suka bila Presiden RMHC Malaysia, Azmir Jaafar dalam ucapan beliau berkata, kemudahan ini juga adalah menepati janji RMHC iaitu 'Keeping Families Close' atau memastikan famili sentiasa dekat bersama pesakit. Huhuhu.. terharunya. Betul itu lah yang kita nak bila ada ahli keluarga yang sakit. 

Dengan kemudahan penginapan pada kadar yang macam ni, hanya RM5 untuk satu malam, memang lah sangat membantu meringankan beban. Mudah-mudahan dengan adanya sokongan ahli keluarga secara fizikal dan emosi, ini dapat membantu menggalakkan lagi pemulihan kesihatan dalam kalangan pesakit pediatrik. Kesan-kesan positif pemulihan juga pasti akan dapat dilihat.



Fakta Ringkas Rumah Ronald McDonald, Hospital USM, Kelantan
- 18 bilik tidur (muat untuk 18 keluarga dalam satu masa)
- 72 katil
- Kemudahan Bilik Sensori Ronald McDonald: Lengkap dengan peralatan multi deria khas untuk bantu perkembangan kanak-kanak istimewa
- Kemudahan lain: Ruang makan, ruang istirahat, dapur, bilik dobi, bilik permainan


Bilik Sensori Ronald McDonald yang terdapat di dalam Rumah Ronald McDonald di Hospital USM
Bilik Sensori Ronald McDonald yang terdapat di dalam Rumah Ronald McDonald di Hospital USM

Oh, selain daripada kemudahan Rumah Ronald McDonald Hospital USM, ada juga program lain oleh RMHC, iaitu termasuklah Gift of Smile, yang merupakan program bantuan kewangan penuh untuk kanak-kanak yang dilahirkan dengan sumbing bibir dan lelangit bagi menjalani pembedahan pembetulan. 


Bagi yang berminat untuk menyumbang wang tunai atau menjadi sukarelawan untuk RMHC Malaysia, bolehlah hubungi cawangan Rumah Ronald McDonald di Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (HCTM-UKM), Kuala Lumpur di talian 03-9173 5994 atau ibu pejabat RMHC Malaysia di talian 03-7843 3388. Selamat menyumbang!








Catat Ulasan

1 Ulasan