About Me

Jejak Higgs Boson di CERN - Hari 10/14 (Perimeter Institute)

Aktiviti hari nih rasanya yang paling abam suka sepanjang 10 hari kat sini. Iaitu aktiviti dengan pakar daripada Perimeter Institute yang based kat Kanada

Kedua-dua pakar nih juga merupakan Guru, sebelum dipinjamkan ke institut tersebut untuk me latih lebih ramai guru pakar seperti mereka, especially bagi subjek Fizik. Jadi kedua-dua mereka sangat mahir pada content, dan juga pedagogi dah tentunya.

Jejak Higgs Boson di CERN - Hari 10/14 (Perimeter Institute)






Sebab tu banyak contoh yang diberi kan sangat real, sesuai dan memang kita boleh adapt untuk bilik darjah. Lagi penting sebab semuanya adalah kos rendah dan bahan mudah cari.

Yang abam perhatikan, aktiviti yang dijalankan nih walaupun nampak macam advance, tetapi tetap berpaksi kepada asas dan konsep dalam Sains. Penekanan kat konsep tuh diutamakan, sebelum lebih banyak eksplorasi dijalankan.

Mereka juga gunakan pendekatan POEA, iaitu:
Predict (buat hipotesis)
Observe (buat ujikaji)
Explain (cari penerangan)
Apply (adaptasi) 


Tak sabar nak balik share dengan anak murid! 😍 @ CERN






Catat Ulasan

0 Ulasan