About Me

Pengat Durian di Geneva

Nih lah kejutan yang abam cakap tadi. Terharu sangat tau dok jauh-jauh kat sini, tetiba dapat undangan daripada komuniti Malaysia yang stay kat Geneva. Serious tak sangka. Tapi syukur sebab Allah rezeki kan jumpa dengan orang baik-baik nih.

Terima kasih Kak Ros dan En Azmi yang buat kenduri Ulang Tahun dan sudi jemput saya sekali. Diorang punya baik tu sampai datang ambik dan hantar saya semula ke CERN. Terima kasih lah sangat. Btw Kak Ros tu cikgu jugak tau! 

Pengat Durian di Geneva





Komuniti #Malaysia kat Geneva nih tak ramai sebenarnya. Kebanyakkannya yang kerja di kedutaan perwakilan Malaysia bagi WTO (World Trade Organisation) dan UN (United Nation a.k.a PBB). Student sambung belajar sini takdek kot. 

Duta Malaysia bagi WTO, Dr Rashidi sekeluarga dan UN, Tuan Syed pun ada join sekali tau semalam!

Dan yang paling best sekali semalam, sebab ada pengat durian. Giler kau, pengat #durian kat Geneva kot. So abam tidur happy giler semalam! 😁😁😁 @ Geneva, Switzerland







Catat Ulasan

0 Ulasan