About Me

Tolak Tepi Kisah Sendu, Sistem Yang Tiptop atau Guru Yang Super Kualiti?

Semasa sesi forum untuk Hari Guru 2019 di SPICE Pulau Pinang bulan lalu, saya sangat bersetuju dengan pernyataan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Datuk Dr Amin Senin masa membincangkan naratif baharu pendidikan Malaysia.
Sebagus mana pun kualiti sesuatu sistem pendidikan tu, takkan ke mana juga jika tanpa di sokong oleh guru-guru yang berkualiti.
Setuju sangat!
Sistem bagus, Guru tak bagus, out jugak jadinya.

Tolak Tepi Kisah Sendu, Sistem Yang Tiptop atau Guru Yang Super Kualiti?

Sebab tu usaha memperkasakan kualiti guru-guru kita adalah sangat tepat masanya. Dan kumpulan guru nih termasuk juga lah bakal guru, sedang jadi guru, guru di sekolah dan juga guru yang bukan di sekolah (PPD, JPN, KPM).
Dah bukan masa nak asyik bercerita kisah-kisah sendu pengorbanan guru, sebaliknya kisah-kisah hebat kejayaan dan sumbangan guru dalam memanusiakan generasi akan datang.
Kisah leleh syahdu nih kita simpan tepi dulu, tanpa nafi. Sebabnya akhir sekali, kita nak pendidikan yang ada daya yang camana?

Catat Ulasan

0 Ulasan