About Me

Ajar Sistem Solar Guna Pendekatan IBSE Modelling

Selepas melalui bengkel Tenaga Pengajar Utama IBSE di Kelantan pada Ogos yang lalu, saya berpeluang untuk menggunakan salah satu aktiviti tersebut bersama anak murid saya. Iaitu bagi tajuk Sistem Solar, di mana murid akan menghasilkan model planet dengan semirip mungkin berdasarkan kepada proses inkuiri mereka. 


Ajar Sistem Solar Guna Pendekatan IBSE Modelling
Ajar Sistem Solar Guna Pendekatan IBSE Modelling

Saya kongsikan sket bagaimana langkah saya jalankan dengan murid saya, 2 Arif. 


1. Bahagi Kumpulan
Saya suka murid saya berada dalam kumpulan yang berbeza pada setiap kali buat aktiviti. Tujuan dia supaya mereka berkolaboratif dengan individu yang berbeza. Selesa untuk bekerja dengan sesiapa saja, bukan dalam kelompok biasa mereka sahaja. Real world pun macam tu kan?


Ajar Sistem Solar Guna Pendekatan IBSE Modelling

Ajar Sistem Solar Guna Pendekatan IBSE Modelling



2. Ekplorasi Maklumat
Murid bergerak mencari maklumat menerusi buku teks dan buku rujukan. Misinya adalah mendapatkan maklumat sebanyak mungkin berkaitan planet yang akan mereka hasilkan sebentar lagi. Kalau cikgu ada laptop, boleh benarkan juga murid guna untuk cari maklumat melalui Internet. 


Ajar Sistem Solar Guna Pendekatan IBSE Modelling

Ajar Sistem Solar Guna Pendekatan IBSE Modelling

Ajar Sistem Solar Guna Pendekatan IBSE Modelling




3.  Jalankan Aktiviti
Untuk fasa ini, murid bahagikan kepada dua kumpulan kecil. Satu untuk siapkan poster pembentangan (dalam saiz A4 supaya mudah nak laminate nanti) dan satu lagi kumpulan menggunakan bahan kitar semula untuk hasilkan model planet berdasarkan pencarian maklumat tadi.


Ajar Sistem Solar Guna Pendekatan IBSE Modelling

Ajar Sistem Solar Guna Pendekatan IBSE Modelling


Ajar Sistem Solar Guna Pendekatan IBSE Modelling



4. Pembentangan
Biasanya saya akan beri kesempatan kepada murid untuk membentangkan hasil mereka. Masa ni lah sebenarnya nak uji kefahaman murid.  


Ajar Sistem Solar Guna Pendekatan IBSE Modelling

Ajar Sistem Solar Guna Pendekatan IBSE Modelling

Ajar Sistem Solar Guna Pendekatan IBSE Modelling


Sebab pendekatan projek based learning dan IBSE nih adalah agak asing dalam kalangan guru, maka saya jemput jugak beberapa orang guru lain bagi sesi PLC kami. Alhamdulillah para guru sekolah saya dapat juga melihat bagaimana pelaksanaan pendekatan ini dalam bilik darjah. 

Ajar Sistem Solar Guna Pendekatan IBSE Modelling

Ajar Sistem Solar Guna Pendekatan IBSE Modelling


Bagi yang nak fahamkan lagi pasal aktiviti ini, maka boleh lah anda tonton video di bawah. Kot lah lagi senang nak faham kan..






Secara keseluruhannya, saya rasa pembelajaran nih sangat baik untuk murid. Tak adalah diorang boring saja nak dengar saya bercerita pasal planet semua. Sebaliknya mereka sendiri yang cari maklumat dan hasilkan planet tu sendiri. Boleh juga tanya diorang kenapa dan kenapa.

Semoga perkongsian ini membantu guru-guru dapatkan idea untuk pengajaran Sains yang menarik dalam kelas.





Catat Ulasan

0 Ulasan