.

.

Sabtu, 25 Ogos 2018

Tukar Bateri Huawei P9 di Aman Central

Selepas dah beberapa bulan berdepan dengan masalah bateri handset Huawei P9 saya, maka saya ambil keputusan untuk pegi tukar baterinya di Huawei Centre, Aman Central Kedah. Memang dah sangat kritikal sampai cas punya lama, last sekali guna tak sampai tiga jam bateri dah out. Memang kritikal sangat.

Itu belum lagi simptom lain bateri nak out, macam handset cepat panas, apps kerap hang dan perlu sentiasa kena cucuk saja dengan charger. Penat weyh. Tapi padan la, sebab dah guna pun sampai dah lebih dua tahun.

Camni rupanya bateri fon Huawei P9

Kedai Huawei nih ada kat Tingkat 3, Aman Central Kedah. Servis pun laju jugak la, dalam sejam lebih sikit dah boleh siap tukar. Harga dalam RM120, termasuk servis tukar bateri. Taktau ler mahal ke tak, sebab tak survey pun tenpat lain.

Tapi sayang sket je sebab warranty hanya dalam sebulan saja. Macam pendek sangat kan? So sebulan ni saya akan perhati betul-betul bateri tu. Kalau ada masalah boleh pegi tukar lagi. Sehingga separuh hari dah guna bateri baru ni, ok jer lah. Petanda baik bateri dah tip top!

Dipesan juga bateri tu jangan dibuang, dikemek, dipatahkan atau apa-apa sesuka hati sebab kandungan bahan dalam dia. Selaku guru Sains of course lah boleh faham sangat dengan pesanan tu.

Pembuangan sisa elektronik, e-waste

Mungkin lepas nih kena cari tempat pelupusan e-waste yang terdapat kat area Kedah Perlis nih. Boleh pegi buang sana saja. Lebih sistematik lah. So far, I have no idea kat mana pusat camtu.

Dan ada juga rakan yang suggest kenapa tak tukar fon baru jer. Its a NO! Sebab semua nya masih dalam keadaan ok. Apatah lagi handset Huawei P9 nih banyak jasa kot dalam merakam video dan gambar-gambar cantik sepanjang dua tahun nih.

Antara gambar pertama yang dirakamkan dengan menggunakan Huawei P9. Cantik kan?

Boleh check my instagram dan juga youtube channel untuk gambar dan video yang dirakam guna fon nih. Macam DSLR! Serius puas hati!




1 ulasan:

  1. Boleh pegi buang sana saja. Lebih sistematik lah. So far, I have no idea kat mana pusat camtu.

    BalasPadam