About Me

Perkongsian PAK21 bersama Guru Matematik KAGUMM

Kali ini saya berpeluang untuk berkongsi ilmu bersama kumpulan guru Matematik yang menamakan diri mereka sebagai Kumpulan Aspirasi Guru Matematik Malaysia, KAGUMM. Lepas dah jumpa, saya pula yang kagum dengan mereka.

Perkongsian PAK21 bersama Guru Matematik Kumpulan Aspirasi Guru Matematik Malaysia, KAGUMM
Perkongsian PAK21 bersama Guru Matematik Kumpulan Aspirasi Guru Matematik Malaysia, KAGUMM

Kenapa tak nya? Bayangkan sekumpulan guru yang mempunyai minat yang sama, niat yang sama nak perbaiki kualuti pdpc, keluarkan duit sendiri sampai banyak-banyak untuk stay di hotel bagi perkongsian ilmu? Hebat kan? Siap ada yang datang daripada Sabah dan Sarawak. Memang salute ar!

Perkongsian ini juga membawa saya bertemu dengan beberapa orang kuat yang menjadi tulang belakang KAGUMM ini, iaitu Puan Isnayani Guru Besar dan juga Cikgu Shiela. Kedua mereka sangat komited dalam membentuk kumpulan dan menyediakan aktivti dan pengisian yang sesuai dengan keperluan mereka.



Perkongsian PAK21 bersama Guru Matematik Kumpulan Aspirasi Guru Matematik Malaysia, KAGUMM



Sesi bengkel juga menjadi mudah kerana kesemuanya mempunyai kemahiran yang tertentu. Sebelum ini saya selalu menerima feedback bahawa matapelajaran Matematik sukar untuk diPAK21kan. Tetapi kumpulan guru ini telah berjaya mengubah minda saya. Tahniah!


Perkongsian PAK21 bersama Guru Matematik Kumpulan Aspirasi Guru Matematik Malaysia, KAGUMM



Perkongsian PAK21 bersama Guru Matematik Kumpulan Aspirasi Guru Matematik Malaysia, KAGUMM



Perkongsian PAK21 bersama Guru Matematik Kumpulan Aspirasi Guru Matematik Malaysia, KAGUMM


Secara keseluruhannya saya merasakan perkongsian di sini membawa erti yang bermakna kepada saya melihatkan kesungguhan dan keazaman guru-guru ini dalam bersepakat mencari ilmu. 

InshaAllah suatu hari nanti yang menjadi impian saya untuk menghimpunkan guru-guru Sains bagi tujuan yang sama juga. Siapa tahu kan? Amin!




Catat Ulasan

0 Ulasan