.

.

Jumaat, 4 Mei 2018

Naib Johan Kawad Kaki KRS 2018 Daerah Kubang Pasu

Artikel ini adalah sebagai penghargaan kepada usaha keras dan gigih anak didik yang telah membantu mengharumkan nama sekolah sebagai Naib Johan bagi Pertandingan Kawad Kaki KRS 2018 Peringkat Daerah Kubang Pasu. SMK Jerlun, Tetap Unggul!


Naib Johan Kawad Kaki KRS 2018 Daerah Kubang Pasu
Naib Johan Kawad Kaki KRS 2018 Daerah Kubang Pasu

Dilatih oleh Cikgu Sholehah, dan dibantu oleh saya serta beberapa orang lagi guru KRS, pasukan KRS Putera SMK Jerlun kali ini telah membuat kejutan di pertandingan peringkat daerah tersebut.

Kejayaan ini juga haruslah saya kreditkan kepada mantan Pengetua Haji Razak yang telah berusaha meningkatkan disiplin murid melalui inisiatif kawad kaki. 


Naib Johan Kawad Kaki KRS 2018 Daerah Kubang Pasu

Naib Johan Kawad Kaki KRS 2018 Daerah Kubang Pasu
Nih sebenarnya kena denda sebab tak dengar cakap guru

Naib Johan Kawad Kaki KRS 2018 Daerah Kubang Pasu


Pada tahun 2016, bagi mendisiplinkan murid dan juga memberikan watak yang berkualiti kepada murid, maka sekolah telah menganjurkan pertandingan kawad kaki peringkat sekolah dengan membabitkan kesemua penyertaan 400 orang murid SMK Jerlun. 

Rentetan tersebut, beberapa murid dikenalpasti berbakat dan juga menunjukkan minat dalam bidang kawad kaki. Aktivti dirancakkan lagi dengan beberapa persembahan oleh pasukan kawad kaki bagi Hari Anugerah Cemerlang dan juga program-program besar sekolah. Sekaligus meningkatkan keyakinan murid untuk terus hebat bergaya kawad. 


Tidak ada yang mustahil, jika diiringi dengan usaha yang gigih

Tahun 2017 menjadi titik tolak apabila pasukan KRS PUtera SMK Jerlun kali pertama menyertai pertandingan kawad kaki KRS peringkat daerah. Sekalipun hanya berjaya meraih tempat ke-empat namun pengalaman tersebut memberi impak dalam diri mereka.

Maka justeru itu, penyertaan tahun 2018 memberi peluang kepada para pelajar ini untuk memberikan komitmen yang terbaik. Dan, akhirnya berjaya mengharumkan nama sekolah dengan memperoleh Naib Johan! Suatu kejayaan yang cukup tidak disangka.





Semoga juga kejayaan pasukan kawad kaki KRS PUtera ini mampu menyuntik semangat kepada murid SMK Jerlun dalam memperolehi kejayaan-kejayaan dalam bidang lain juga selepas ini. 

SMK Jerlun, Tetap Unggul!





0 Kata-kata Bijak Pandai:

Catat Ulasan