.

.

Sabtu, 14 April 2018

Perkongsian PAK21 di Kolej Professional MARA Ayer Molek, Melaka

Mula-mula dapat call daripada Kolej Profesional MARA Ayer Molek Melaka untuk buat perkongsian PAK21, memang saya rasa terkejut. Sebab ingatkan perkara PAK21 nih hanya berlegar dalam komuniti sekolah saja. Tak terlintas pun, institusi peringkat tertier juga rupanya menekankan hal Pembelajaran Abad ke-21. Maka saya ambil peluang untuk cari pengalaman baharu.


Perkongsian PAK21 di Kolej Professional MARA Ayer Molek, Melaka
Perkongsian PAK21 di Kolej Professional MARA Ayer Molek, Melaka



Berkebetulan saya memang ada program di luar kawasan beberapa hari sebelum itu, maka mudahlah jugak pergerakan saya untuk ke sana. Tapi salah bajet pulak. Program di Terengganu, lepas selesai terpaksa terus berkejaran ke Melaka. Huhuhu. Jarak dia macam dah balik ke Kedah semula. Huhuhu.. nasib ler.

Sampai di Melaka malam, dan terus menginap di hotel yang disediakan. Esok pagi terus bangun dan bergerak ke Kolej Profesional MARA yang letak tak jauh daripada hotel saya menginap. Mujurlah urusetia hubungi saya lebih awal. Maka tahu lah saya bahawa saya telah tersalah tempat ceramah. 


Perkongsian PAK21 di Kolej Professional MARA Ayer Molek, Melaka


Tempat sebenar program adalah di Kolej Profesional MARA Ayer Molek yang terletak lebih kurang 20 minit daripada Kolej Profesional MARA Melaka yang tengah-tengah bandar tu. Adeih, terpaksalah saya merempit pulak ke sana! Hahahaha

Sampai saja terus membuat perkongsian dengan para pensyarah Kolej Profesional MARA. Saya difahamkan ramai juga rakan guru dari sekolah berdekatan yang terlibat. Malah ada guru sejauh daripada Batu Pahat, Johor turut serta. Sayang sket sebab program berlangsung pada hari Jumaat. Saya rasa kalau pada hari Sabtu, inshaAllah lebih ramai lagi. Tapi, itu pun dah cecah 120 orang peserta!





Perkongsian PAK21 di Kolej Professional MARA Ayer Molek, Melaka


Perkongsian PAK21 di Kolej Professional MARA Ayer Molek, Melaka



Sesi kedua disambung dengan sesi bengkel hands on. Seperti biasa peserta akan berada dalam kumpulan mengikut matapelajaran dan merancang satu pdpc yang menggunakan pendekatan Pembelajaran Abad ke-21. Jelas terserlah kreativiti rakan guru. Lebih banyak mata pelajaran lebih banyak perkongsian yang kita boleh dapat.




Perkongsian PAK21 di Kolej Professional MARA Ayer Molek, Melaka

Perkongsian PAK21 di Kolej Professional MARA Ayer Molek, Melaka


Sesi berakhir pada jam hampir 1 petang. Memandangkan hari Jumaat, maka majlis penutup berlangsung dengan cepat dan efektif. Sesi bergambar juga berlangsung dengan pantas. 

Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada pihak pengurusan Kolej Profesional MARA Ayer Molek Melaka atas kesudian menjemput saya bagi perkongsian bilik darjah. Mana yang dapat digunapakai boleh lah disesuaikan dengan pendekatan para pensyarah dalam kelas. Semoga perkongsian ini juga memberi manfaat kepada semua. Terima kasih!



0 Kata-kata Bijak Pandai:

Catat Ulasan