.

.

Jumaat, 30 Mac 2018

Bengkel Pembelajaran Abad Ke-21 di SMK Langgar

Jika sebelum ini saya pernah ke SMK Langgar bagi perkongsian Pembelajaran Abad ke-21, kali ini pula ke sana bagi tujuan bengkel PAK21. Atas jemputan mantan pengetua saya, Haji Abdul Razak yang kini merupakan Pengetua SMK Langgar, bersama dua lagi rakan sepasukan saya iaitu Ustaz Asrulnizam dan juga Puan Noor Laila. 


Bengkel Pembelajaran Abad Ke-21 di SMK Langgar


Untuk kali ini saya kongsikan apa impak yang saya perolehi selepas hampir 2 tahun menjalankan Pembelajaran Abad ke-21 dengan anak didik saya. Manakala bagi Ustaz Asrulnizam dan juga Puan Laila, mereka berkongsikan amalan terbaik bagi matapelajaran mereka. 


Bengkel Pembelajaran Abad Ke-21 di SMK Langgar

Bengkel Pembelajaran Abad Ke-21 di SMK Langgar

Bengkel Pembelajaran Abad Ke-21 di SMK Langgar


Seterusnya kami bergabung bagi satu aktiviti bengkel hands on yang mengkehendaki guru untuk merancang satu pdpc yang menggunakan pendekatan Pembelajaran Abad ke-21, menggunakan strategi yang sesuai. Menarik juga melihat idea kreatif guru-guru SMK Langgar.


Bengkel Pembelajaran Abad Ke-21 di SMK Langgar


Sesi dua jam tersebut berlangsung dengan baik sekali. Semoga guru-guru SMK Langgar beroleh perkongsian yang bermakna pada hari ini. Amatlah besar harapan kami supaya perkongsian ini diteruskan dengan amalan dalam bilik darjah. Selamat maju jaya!




0 Kata-kata Bijak Pandai:

Catat Ulasan