.

.

Isnin, 19 Februari 2018

Perkongsian PAK21 bersama Guru Sekolah Rendah Islam Daerah Gombak

Peluang saat akhir yang tiba apabila mendapat jemputan daripada Sekolah Rendah Islam Saidina Abu Bakar As Sidiq, Gombak ketika saya berkunjung ke Kuala Lumpur bagi menguruskan soal Visa ke Amerika Syarikat. Berkebetulan dengan masa lapang, dan juga miscommunication dengan sebuah sekolah sebelum ini, ternyata peluang dimanfaatkan dengan sebaiknya oleh pihak sekolah ini untuk perkongsian amalan Pembelajaran Abad ke-21.


Perkongsian PAK21 bersama Guru Sekolah Rendah Islam Daerah Gombak
Perkongsian PAK21 bersama Guru Sekolah Rendah Islam Daerah Gombak

Walaupun masa yang ada singkat sahaja, tetapi tahniah kepada pihak pengurusan Sekolah Rendah Islam Saidina Abu Bakar As Sidiq, Taman Sri Gombak yang cekap menguruskan segala promosi dan kemudahan lain. Seramai hampir 40 orang guru dari kawasan sekitar yang turut serta. Malah yang dari luar Gombak pun ada. Terima kasih banyak cikgu!

Kerana perkongsian dalam kumpulan kecil, maka sesi perkongsian berlangsung dengan sangat santai dan bersifat dua hala. Apa-apa yang kurang difahami oleh peserta, boleh saja terus ajukan kepada saya untuk penjelasan lebih lanjut. Maka penerangan jadi lebih sampai dan menjawab permasalahan yang membelenggu mereka selama ini mengenai pelaksanaan Pembelajaran Abad ke-21.


Perkongsian PAK21 bersama Guru Sekolah Rendah Islam Daerah Gombak


Sesi kedua untuk hands on pula memerlukan peserta untuk mem'PAK21'kan pengajaran harian mereka. Mengetahui secara spesifiknya apa yang perlu dan patut ada dalam perancangan bagi membantu kelancaran pdpc nanti. Peserta juga kini tahu dengan lebih tepat di mana letak kedudukan 4K 1N dalam pengajaran harian.






















Secara keseluruhannya saya rasakan sesi di SRI Saidina Abu Bakar As Sidiq ini sangat membuahkan hasil. Peserta dapat melihat dengan lebih jelas apa sebenarnya Pembelajaran Abad ke-21 dan peranannya kepada guru dan murid pada masa kini. Apa yang sedang dan bakal kita tempuhi selepas ini.


Maklumbalas daripada peserta selepas tamat bengkel PAK21 bersama Cikgu Hailmi
Maklumbalas daripada peserta selepas tamat bengkel PAK21


Semoga juga perkongsian amalan terbaik Pembelajaran Abad ke-21 bersama guru-guru di sini memberikan perspektif baharu kepada semua. Untuk itu, saya ucapkan Selamat Maju Jaya!


1 ulasan:

  1. Aktiviti seperti ini amat bagus. Perlu digalakkan utk dijalankan dengan kerap.

    BalasPadam