.

.

Selasa, 14 November 2017

Pengalaman Sertai Hour of Code 2017

Pada 13 November yang lalu, Unit ICT SMK Jerlun telah menjalankan program Coding global, Hour of Code. Inisiatif ini dijalankan selepas KPM mula mengeluarkan iklan di laman web dan juga perkongsian rakan guru ICT di facebook. Penyelaras ICT, Cg Suharni Hussin merangka pelaksanaan seperti dicadangkan, dan saya pula membantu menguruskan pelajar. 


Pengalaman Sertai Hour of Code 2017
Pengalaman Sertai Hour of Code 2017

Walaupun, agak skeptikal pada awalnya, tetapi di akhir program seramai 145 orang murid SMK Jerlun, yang terdiri daripada 6 buah kelas telah berjaya menjayakan program ini.


Apa Itu Hour of Code?
Hour of Code merupakan kempen kesedaran yang bertujuan memberikan pendedahan awal dan meningkatkan kesedaran murid terhadap Coding, pengaturcaraan dan sains komputer. Kempen ini adalah selari dengan pelaksanaan KSSR Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) Semakan dan KSSM baru bagi mata pelajaran Asas Sains Komputer (ASK) dan Sains Komputer (SK) yang menerapkan elemen Pemikiran Komputasional dan Komputer Sains.


Pengalaman Sertai Hour of Code 2017
Pendedahan awal kepada dunia Coding
 
Kempen ini juga ialah salah satu komponen strategik di bawah pelaksanaan #mydigitalmaker . Hour of Code juga merupakan inisiatif 1 jam, yang telah dijayakan oleh lebih daripada 461 juta murid di seluruh dunia. 



Tutorial Untuk Hour of Code

Langkah 1. Kaedahnya mudah saja.  Pastikan pelajar mempunyai peralatan yang lengkap. Boleh saja gunakan tablet, laptop, komputer desktop atau pun telefon pintar mereka. Kemudian, buka link https://hourofcode.com/us 



Pengalaman Sertai Hour of Code 2017
Laman web rasmi Hour of Code


Langkah 2. Pilih tab Activities untuk memilih aktiviti Coding yang bersesuaian dengan anak murid kita. Boleh ikut umur, tahap belajar atau pun jenis tema yang mereka minat. Untuk pelajar SMK Jerlun, kami tetapkan kepada Minecraft.


Pengalaman Sertai Hour of Code 2017
Pelbagai aktiviti Coding yang sesuai dengan murid

Langkah 3. Ada dua aktiviti Coding yang ditawarkan. Kami pilih Minecraft Designer untuk pelajar berjinak dengan coding. 




Pengalaman Sertai Hour of Code 2017
Pilihan untuk Coding Minecraft


Kumpulan pertama murid bertindak sebagai fasilitator kepada kumpulan seterusnya. Maka masa untuk kumpulan kedua adalah lebih cepat berbanding sebelumnya. Disebabkan adanya pembantu pelajar, pengurusan dan kawalan murid jadi lebih baik dan membolehkan lebih ramai murid yang turut serta.


Pengalaman Sertai Hour of Code 2017
 











Pengalaman Sertai Hour of Code 2017


Ternyata perkara Coding bukanlah sesuatu yang sukar sangat buat pelajar zaman sekarang. Mengambil kira latar belakang murid di sini, tak sangka jugak saya apabila ada antara mereka, yang berjaya menyiapkan tugasan tak sampai 1 jam.

Kami juga terkejut apabila pada akhirnya, seramai 145 orang murid SMK Jerlun yang berjaya menyiapkan tugasan, walaupun pada awalnya jangkaan hanya mahu 1 kelas sahaja. Jumlah 145 tersebut adalah 1 per 3 daripada jumlah keseluruhan murid SMK Jerlun yang kami ada.  



Pengalaman Sertai Hour of Code 2017
Sijil Hour of Code


Selain daripada mendapat pendedahan mengenai ilmu Coding, murid juga mendapat sijil percuma daripada code.org yang menyatakan mereka telah berjaya menyiapkan tugasan tersebut.

Terima kasih untuk peluang yang sebegini. Semoga pendedahan seperti ini mampu memberi sudut pandang baru kepada murid-murid di Malaysia!



2 ulasan:

  1. nice sharing. insyaallah akan turut serta. ;)

    BalasPadam
  2. nak join hari tu.. tp sekolah busy no.. x sempat.. apapun, gud to know.. harap ada lagi lepas ni.. makna kata boleh buat waktu lain2x kan...

    BalasPadam