About Me

PBL bagi Sains Tingkatan 2

PBL atau pun merujuk kepada Pembelajaran Berasaskan Projek, atau Pembelajaran Berasaskan Masalah merupakan antara satu kelainan kepada KSSM Sains baharu. Bagi pelajar tingkatan 2 yang mengambil matapelajaran Sains, murid digalakkan melakukan pembelajaran berasaskan projek sekurang-kurangnya dua kali setahun.


Definisi PBL
Pembelajaran berasaskan projek menjurus kepada penghasilan produk bagi menyelesaikan masalah kehidupan sebenar. Murid juga digalakkan melakukan pembelajaran berasaskan projek sekurang-kurangnya dua kali setahun.
Rujuk DSKP Sains KSSM Tingkatan 2, m/s 33




PBL Obesiti


Bab 3 : Nutrisi
3.2 Kepentingan gizi seimbang
3.2.3 Membuat kajian dan mewajarkan kepentingan gizi seimbang, senaman dan gaya hidup yang sihat dalam mengekalkan kesihatan badan

Pembelajaran Berasaskan Projek
Obesiti dalam kalangan murid sekolah semakin meningkat di Malaysia. Ini sangat berkaitan dengan cara pemakanan yang tidak betul dan gaya hidup.
Jalankan satu kajian ke atas masalah obesiti dalam kalangan murid di sekolah masing-masing. 
Hubungkaitkan dengan pemakanan makanan diproses dan juga makanan rapu. 
Cadangkan cara untuk menyelesaikan masalah ini di peringkat sekolah.

Baca perkongsian pengalaman saya menjalankan PBL Kajian Obesiti bersama pelajar  di sekolah KLIK SINI



PBL Penyakit Berjangkit


Bab 4 : Kesihatan Manusia
4.1 Penyakit Berjangkit dan Penyakit Tidak Berjangkit

Pembelajaran Berasaskan Projek
Membuat kajian kes penyakit penduduk Malaysia berdasarkan statistik Kementerian Kesihatan untuk membincangkan perkara berikut:

- Penyakit paling banyak dihidap di Malaysia
- Jenis-jenis penyakit yang boleh berjangkit, penyebab dan cara menanganinya
- Meramalkan perkembangan penyakit berdasarkan graf statistik Kementerian Kesihatan
- Cadangan langkah untuk menyelesaikan masalah ini




PBL Audit Penggunaan Air


Bab 5 : Air dan Larutan
5.3 Pembersihan dan Pembekalan air

Pembelajaran Berasaskan Projek
Menjalankan aktiviti audit air untuk mengetahui jumlah penggunaan air di rumah atau di sekolah.

Cadangkan langkah penjimatan atau melakukan inovasi kaedah mudah menjimatkan air dan kecekapan penggunaan air.




PBL Model Rumah Hijau


Bab 9 : Haba
9.4 Hubungkait jenis permukaan objek dengan penyerapan dan pembebasan haba

Pembelajaran Berasaskan Projek
Konsep Bangunan Hijau memerlukan beberapa kriteria seperti kecekapan menggunakan tenaga, kecekapan menggunakan air, tapak pembinaan yang lestari, bahan binaan, inovasi dan sebagainya.

Reka bentuk satu rumah kediaman Hijau di mana penggunaan tenaga dapat dikurangkan bagi menyejukkan rumah, atau sebaliknya. Murid boleh membuat reka bentuk atau inovasi dalam konteks tempatan atau global.




PBL Bumi Berhenti Berputar


Bab 12 : Sistem Suria
12.1 Sistem Suria

Pembelajaran Berasaskan Masalah
Berdasarkan pemahaman mengenai Sistem Suria, segala putaran, daya bertindak dan pergerakan boleh diramalkan berdasarkan data yang dikumpul. 

Bincangkan contoh situasi hipotetikal berikut:
- Apa akan berlaku sekiranya putaran Bumi berhenti berputar? Berputar secara perlahan?
- Mengapa terdapat planet yang mempunyai 2 bulan atau lebih?
- Sekiranya anda berada di bulan, terangkan pemerhatian anda tentang bentuk Bumi?
- Adakah Bumi kelihatan mempunyai fasa sekiranya anda berada di Bulan?




Catat Ulasan

19 Ulasan

  1. Terima kasih atas perkongsian. Minta izin sbg rujukan.

    BalasPadam
  2. Terbaik!

    Entri terbaru sstribe - sstribestore.com/penawarmujarabdengkur.html

    BalasPadam
  3. ade lagi tak contoh model mcm ni? sebb sy pon f2 nk buat projek ni . dngn keterangan sekali

    BalasPadam
  4. Kenape ade planet yg mempunyai 2 bulan atau lebih

    BalasPadam
    Balasan
    1. DEFINISINYA SEMAKIN JAUH PLANET DENGAN BULAN MAKA SEMAKIN BANYAK SETELIT SEMULA JADI (BULAN).

      Padam
  5. Adakah bumi kelihatan mempunyai fasa sekiranya berada di bulan?

    BalasPadam
  6. Please🙇‍♀️ jwbkan

    BalasPadam
  7. cikgu ada tak nota bab 13, sains kssm f2?

    BalasPadam
  8. teruskan memberi ilmu kepada semua

    BalasPadam
  9. good....saya suka cikgu....Maaf kalau boleh cikgu buat dalam inggeris 😊😊😊😊👍👍👍👍👍

    BalasPadam
  10. did atas ini nama saya shanthosh ya.....

    BalasPadam
  11. Best and also Most economical Jabodetabek Individual Instructions, each of our personnel and also trainers appear to your home, set your own personal research schedule which enables it to opt for almost any field connected with review ... go to https://kursus-akuntansi.netlify.app/kursus-akuntansi-ciracas.html for more information

    BalasPadam
  12. Jabodetabek private tutoring services with teachers arriving at the house. A lot more than countless active tutors decide to teach various skills and lessons for kids to adults ... go to https://privat-matematika.vercel.app/les-privat-matematika-jagakarsa.html for more details

    BalasPadam
  13. This site offers private lessons for PAUD, TK, SD, SMP, SMA, and Alumni. With an integrated and accelerated method, it really is hoped so it are able to foster a generation of people with good morals... click for more information https://lesprivat-exed.blogspot.com/2022/05/les-privat-kramat-jati-1-terbaik.html

    BalasPadam
  14. Is it time to set about a transformative language learning experience? Check out Executive-Education.id's language you are studying course. From cultural immersion to expert guidance, our program offers an all-natural method to language acquisition. Explore the advantage of a fresh language, broaden your horizons, and achieve a competitive edge in today's interconnected world. Go to https://kursus-spanyol.github.io/kursus-bahasa-spanyol-pancoran.html for latest information.

    BalasPadam