.

.

Sabtu, 16 September 2017

Apa Itu Elemen Merentas Kurikulum?

Elemen Merentas Kurikulum (EMK) ialah unsur nilai tambah yang diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) selain yang ditetapkan dalam standard kandungan.  Elemen-elemen ini diterapkan bertujuan mengukuhkan kemahiran dan ketrampilan modal insan yang dihasratkan serta dapat menangani cabaran semasa dan masa hadapan. 


Apa Itu Elemen Merentas Kurikulum (EMK) ?
Apa Itu Elemen Merentas Kurikulum (EMK) ?


Elemen-elemen di dalam EMK adalah seperti berikut:


1. Bahasa
- penggunaan bahasa pengantar yang betul perlu dititikberatkan dalam semua mata pelajaran.
- semasa Pdp bagi setiap mata pelajaran, aspek sebut, struktur ayat, tatabahasa, istilah dan laras bahasa perlu diberi penekanan bagi membantu murid menyusun idea dan berkomunikasi secara berkesan


2. Kelestarian Alam Sekitar
- kesedaran mencintai dan menyayangi alam sekitar dalam jiwa murid perlu dipupuk melalui PdP semua mata pelajaran.
- pengetahuan dan kesedaran terhadap kepentingan alam sekitar dalam membentuk etika murid untuk menghargai alam


3. Nilai Murni
- nilai murni diberi penekanan dalam semua mata pelajaran supaya murid akan kepentingan dan mengamalkannya
- nilai murni merangkumi aspek kerohanian, kemanusiaan dan kewarganegaraan yang menjadi amalan dalam kehidupan harian


4. Sains dan Teknologi
- menambahkan minat terhadap sains dan teknologi dapat meningkatkan literasi sains serta teknologi dalam kalangan murid
- penggunaan teknologi dalam pengajaran dapat membantu serta menyumbang kepada pembelajaran yang lebih cekap dan berkesan
- pengintegrasian Sains dan Teknologi dalam PdP merangkumi empat perkara iaitu :
(i) Pengetahuan sains dan teknologi (fakta, prinsip, konsep yang berkaitan dengan sains dan teknologi)
(ii) Kemahiran saintifik (proses pemikiran dan kemahiran manipulatif tertentu)
(iii) Sikap saintifik (seperti ketepatan, kejujuran, keselamatan)
(iv) Penggunaan teknologi dalam aktiviti PdP


5. Patriotisme
- semangat patriotik dapat dipupuk melalui semua mata pelajaran, aktiviti kokurikulum dan khidmat masyarakat
- semangat patriotik dapat melahirkan murid yang mempunyai semangat cintakan negara dan berbangga sebagai rakyat Malaysia


6. Kreativiti dan Inovasi
- kreativiti adalah kebolehan menggunakan imaginasi untuk mengumpul, mencerna dan menjana idea atau mencipta sesuatu yang baharu atau asli melalui ilham atau gabungan idea yang ada
- inovasi merupakan pengaplikasian kreativiti melalui ubah suaian, membaiki dan mempraktikkan idea
- kreativiti dan inovasi saling bergandingan dan perlu untuk memastikan pembangunan modal insan yang mampu menghadapi cabaran Abad 21
- elemen kreativiti dan inovasi perlu diintegrasikan dalam PdP


7. Keusahawanan
- penerapan elemen keusahawanan bertujuan membentuk ciir-ciri dan amalan keusahawanan sehingga menjadi satu budaya dalam kalangan murid
- ciri keusahawanan boleh diterapkan dalam PdP melalui aktiviti yang mampu memupuk sikap seperti rajin, jujur, amanah dan bertanggungjawab serta membangunkan minda kreatif dan inovatif untuk memacu idea ke pasaran


8. Teknologi Maklumat dan Komunikasi
- penerapan elemen TMK dalam PdP memastikan murid dapat mengaplikasi dan mengukuhkan pengetahuan dan kemahiran asas TMK yang dipelajari
- pengaplikasian TMK bukan sahaja mendorong murid menjadi kreatif malah menjadikan PdP lebih menarik dan menyeronokkan serta meningkatkan kualiti pembelajaran
- TMK diintegrasikan mengikut kesesuaian topik yang hendak diajar dan sebagai pengupaya bagi meningkatkan lagi kefahaman murid terhadap kandungan mata pelajaran


9. Kelestarian Global
- elemen Kelestarian Global bermatlamat melahirkan murid berdaya dikur leastari yang bersikap responsif terhadap persekitaran dalam kehidupan harian dengan mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diperolehi melalui elemen Penggunaan dan Pengeluaran Lestari, Kewarganegaraan Global dan Perpaduan
- elemen kelestarian global penting dalam menyediakan murid bagi menghadapi cabaran dan isu semasa di peringkat tempatan, negara dan global
- elemen ini diajar secara langsung dan secara sisipan dalam mata pelajaran yang berkaitan


10. Kewangan
- Penerapan elemen pendidikan kewangan bertujuan membentuk generasi masa hadapan yang berkeupayaan membuat keputusan kewangan yang bijak, mengamalkan pengurusan kewangan yang beretika serta berkemahiran menguruskan hal ehwal kewangan secara bertanggungjawab

- elemen pendidikan kewangan boleh diterapkan dalam PdP secara langsung ataupun secara sisipan. Penerapan secara langsung adalah melalui tajuk-tajuk seperti Wang yang mengandungi elemen kewangan secara eksplisit seperti pengiraaan faedah mudah dan faedah kompoun. Penerapan secara sisipan pula diintegrasikan melalui tajuk-tajuk lain merentas kurikulum. Pendedahan kepada pengurusan kewangan dalam kehidupan sebenar adalah penting bagi menyediakan murid dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dapat diaplikasikan secara berkesan dan bermakna





0 Kata-kata Bijak Pandai:

Catat Ulasan