.

.

Sabtu, 20 Mei 2017

Perkongsian PAK21 di Pendang

Alhamdulillah kali ini pula berpeluang untuk membuat perkongsian bersama guru di Pendang, Kedah. Kolaborasi sekolah SMK Tanah Merah dan juga SMK Pendang bagi Latihan Dalam Perkhidmatan untuk guru-guru berkaitan dengan Pembelajaran Abad ke-21. 


Perkongsian PAK21 di Pendang


Perkongsian berlangsung di SMK Pendang dengan dihadiri lebih kurang 120 orang guru dari kedua buah sekolah. Memang ramai dengan guru-guru senior yang sememang nya dah sangat berpengalaman dengan selok belok pendidikan. 

Penerimaan abang-abang dan kakak senior nih dalam menerima buah fikir daripada adik muda ini menyebabkan saya jadi lebih bersemangat bagi berkongsi sedikit ilmu daripada bahagian saya. 


Perkongsian PAK21 di Pendang


Perkongsian PAK21 di Pendang


Program berlangsung dengan baik. Boleh dikatakan kesemua guru yang hadir memang telah sedia membuka minda dalam menambahbaik peranan masing-masing dalam menjayakan misi pendidikan. 

Semoga perkongsian selama 4 jam ini berjaya menjadi titik tolak kepada usaha guru mempertingkatkan kualiti pedagogi bagi melahirkan anak murid yang bersesuaian dengan zamannya. 






0 Kata-kata Bijak Pandai:

Catat Ulasan