.

.

Selasa, 18 April 2017

Seminar Penggunaan Video STEM KPM 2017

Setelah hampir setahun bertungkus lumus menyiapkan Video STEM KPM bersama rakan-rakan, selesai juga. Tapi kali ini misi kami disambung dengan Seminar Kepenggunaan Video STEM KPM yang akan diadakan di Zon Tengah, Utara, Timur, Selatan dan Sabah Sarawak. Beberapa kali sesi pertemuan diadakan, dan akhirnya kemuncak majlis pelancaran adalah di SMAP Kajang.


Seminar Penggunaan Video STEM KPM 2017
Seminar Penggunaan Video STEM KPM 2017

Bagi Seminar Penggunaan Video STEM KPM ini, peserta yang terdiri daripada guru-guru matapelajaran STEM akan diperkenalkan dengan Video STEM KPM. Terdapat sebanyak 18 buah video STEM KPM daripada pelbagai subjek, dengan pelbagai topik yang memfokuskan kepada konsep asas yang menjadi masalah kepada pelajar.


Slot pertama Seminar adalah disampaikan oleh saya sendiri, dengan tajuk "Video STEM KPM dan kaitannya dengan Pembelajaran Abad 21". Antara perkara yang saya sentuh dalam 45 minit tersebut adalah elemen-elemen PA21 yang terdapat dalam video STEM tersebut. 


Seminar Penggunaan Video STEM KPM 2017


Seminar Penggunaan Video STEM KPM 2017


Slot kedua dikongsikan oleh wakil UTM, dengan menceritakan sejarah Video STEM daripada penghasilan video BLOSSOM hasil kerjasama KPM, UTM dan juga MIT. Kemudian Video STEM KPM dikembangkan lagi mengikut format dan cara yang tersendiri.

Sesi ketiga pula adalah lebih berfokuskan kepada tatacara penggunaan Video STEM sebelum, semasa dan selepas sesi pdpc. Guru akan lebih mula memahami bagaimana video STEM KPM tersebut digunakan. 


Seminar Penggunaan Video STEM KPM 2017


Seminar Penggunaan Video STEM KPM 2017


Seminar diteruskan dengan sesi bengkel. Seorang fasilitator, iaitu guru yang berpengalaman yang pernah terlibat dengan pembikinan video BLOSSOM atau Video STEM KPM akan membimbing rakan guru peserta menilai keberkesanan penggunaan video tersebut dalam memperbaiki kualiti pdp seorang guru.


Seminar Penggunaan Video STEM KPM 2017


Seminar Penggunaan Video STEM KPM 2017


Seminar Penggunaan Video STEM KPM 2017


Bengkel kedua pula lebih menjurus kepada peserta menyediakan kerangka awal dan konsep awal video STEM. Buku panduan yang dibekalkan semasa sesi awal pendaftaran juga mengandungi langkah demi langkah bagaimana menghasilkan video STEM yang berjaya. 


Seminar Penggunaan Video STEM KPM 2017
Buku panduan dengan gambar kenangan pasukan school-based saya

Bagi guru yang ada kemahiran membikin video atau ingin mencuba, bolehlah mula menghasilkan video STEM yang lebih kemas, dan menarik lanjutan daripada ilmu bengkel ini. 


Seminar Penggunaan Video STEM KPM 2017


Seharian di SMAP Kajang pada hari ini, sangat memberikan kenangan manis buat saya. Bertemu dengan ramai rakan guru yang hebat dan berkebolehan, memang cukup mengujakan. Bukan senang nak berkumpul macam nih. Kesemua rakan saling bantu membantu, malah menyokong apa yang dilakukan oleh yang lain.

Semoga persahabatan ini terus berkekalan dan memberi inspirasi kepada pasukan guru lain juga. Amin!




0 Kata-kata Bijak Pandai:

Catat Ulasan