.

.

Ahad, 2 April 2017

Panduan Selesaikan Hutang PTPTN Dengan Potongan Diskaun 15%

Minggu lepas saya berjaya melangsaikan hutang PTPTN saya. Walaupun mengambil masa yang lama untuk menyelesaikan hutang PTPTN, tapi saya rasa sangat lega kerana hutang tersebut dah berjaya dilunaskan lebih awal daripada tempoh yang dijanjikan dalam perjanjian, sejak dari masa zaman belajar tahun 2001 dulu.



Panduan melangsaikan hutang PTPTN dan dapat 15% diskaun potongan 

Saya kongsikan sedikit panduan saya melangsaikan hutang PTPTN saya tersebut, dan cara mendapatkan diskaun 15% potongan hutang PTPTN. Untung weyh!


Panduan Mendapatkan Diskaun 15% Potongan Hutang PTPTN

1. Semak Baki Hutang
Bila saya mendapat tahu bahawa PTPTN menawarkan diskaun sebanyak 15% potongan kepada pembayaran berbentuk lump-sum, maka saya lebih gigih mengumpulkan duit bagi melangsaikan hutang tersebut. 

Ada banyak cara yang anda boleh guna untuk semak baki hutang. Boleh terus ke kaunter pejabat PTPTN, guna sms atau pun guna semakan secara online. Biasanya saya guna semakan secara online. Print satu untuk simpanan.



Penyata baki hutang Pinjaman PTPTN

Tapi sebab kali ini, rasanya macam dah boleh nak selesaikan hutang pinjaman PTPTN, maka saya terus ke kaunter Pejabat PTPTN, semak terus di sana. Lagi mudah, sebab penyata yang dikeluarkan kepada kita dah siap kira baki terkini selepas mendapat 15% diskaun tadi. Terus dah boleh standby duit.


2. Selesaikan Hutang Dengan Bayar
Kemudian anda pegi lah ke kaunter pembayaran. Biasanya pejabat PTPTN akan sediakan kaunter khas bagi tujuan pembayaran sahaja. Maka boleh tunjukkan penyata yang diterima tadi, dan bolehlah buat bayaran.

Bayaran boleh dibuat dalam bentuk tunai, menggunakan kredit kad / debit kad atau juga dalam bentuk cek. 



Bayaran PTPTN boleh dibuat dalam bentuk tunai, menggunakan kredit kad / debit kad atau juga dalam bentuk cek.
Duit tunai boleh, kad kredit / debit pun boleh!

Nak dijadikan cerita, boleh pula saya salah kira duit, bila dah kat depan kaunter. Mujur ada debit kad yang boleh digunakan waktu cemas macam tu. Maka, separuh bayaran saya hari tu menggunakan tunai, manakala separuh lagi menggunakan debit kad. 


3. Potongan Gaji?
Macam kes saya, saya buat potongan gaji pada setiap bulan sejak dari mula saya bekerja. Maka bila hutang PTPTN dapat dijelaskan dengan lebih awal dari tempoh perjanjian, maka dijangka 3 bulan selepas ini gaji saya masih akan dipotong PTPTN. 

Tapi jangan bimbang. Sebaik sahaja slip gaji dah tak ada lagi potongan PTPTN, maka tuan puan boleh lah ke Pejabat PTPTN sekali lagi untuk buat refund. Mudah saja kan?


4. Email 
Selang beberapa hari kemudian, saya terima satu lagi email daripada PTPTN yang menyatakan saya dah melangsaikan hutang tersebut. Untuk selepas ini saya hanya perlu tunggu emel pengesahan bahawa memang hutang PTPTN saya benar-benar selesai.. Lepas tu, saya merdeka! Yeay!

Jangan lupa print untuk buat simpanan dan rujukan di masa depan. 




Panduan Selesaikan Hutang PTPTN Dengan Potongan Diskaun 15%
Jom Bebas PTPTN

Serius seronok rasanya bila dah bebas daripada hutang nih. Apatah lagi hutang PTPTN yang dah lama, macam tak habis-habis saya bayar. Selain daripada potongan gaji yang konsisten setiap bulan, antara tips yang boleh diamalkan adalah seperti: 


TIPS 01
Jika dah berkerjaya tetap, pastikan anda WAJIB buat pembayaran semula pinjaman PTPTN melalui potongan gaji. Kaedah ini lebih menjamin, jimat, selamat dan pasti anda takkan ada hutang tertunggak.


TIPS 02
Gunakan duit bonus / side income untuk bayar hutang dulu. Bukan bazirkan untuk pegi melancong atau lain-lain yang tak perlu. Melancong tanpa hutang tu, jauh menenangkan!


TIPS 03
Walaupun hutang dibuat secara potongan gaji, tetapi cuba amalkan bayar tambah sedikit lagi secara online atau di kaunter (mana lebih mudah) jika ada rezeki lebih. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit


TIPS 04
Rebut peluang diskaun macam nih jika ada peluang untuk mendapat potongan pinjaman yang baik. Sebabnya peluang macam nih kadang-kadang on, kadang-kadang off. Jadi kena pandai rebut peluang berharga.



Panduan Selesaikan Hutang PTPTN Dengan Potongan Diskaun 15%


OK.. kepada semua peminjam PTPTN di luar sana, saya doakan semoga anda terus istiqamah membayar pinjaman, sentiasa murah rezeki dan dipermudahkan segala urusan. Percayalah, menyelesaikan hutang itu sangat menenangkan jiwa! 

Buat PTPTN yang telah meminjamkan RM21,000 untuk tempoh pengajian saya 3 tahun di Universiti Sains Malaysia hampir 12 tahun lalu, terima kasih tak terhingga saya ucapkan!



2 ulasan:

  1. Terima kasih untuk info ini. Ramai yang tengah mencari-cari benda ni... Semoga dipermudahkan bagi mereka yang ada PTPTN.

    BalasPadam
  2. Terima kasih atas perkongsian cikgu. Saya dah kena potong gaji gara-gara PTPTN. Cuma terfikir juga, bagaimana dengan mereka yang tak bekerja tapi mempunyai hutang ptptn...

    BalasPadam