About Me

Idea P&P Sains - Pengenalan Kepada Sains

Hari nih saya cuba uji pelajar Tingkatan 1 saya dengan pelaksanaan KSSM untuk subjek Sains. Walaupun terlalu awal dengan mood baru buka sekolah, tapi saya gagahkan juga sebab nak tengok kemampuan mereka dalam berkomunikasi, berkolaboratif, berfikiran kreatif dan juga berkreativiti. Ala-ala Pembelajaran Abad 21 lah katakan.


Idea P&P Sains - Pengenalan Kepada Sains


Jadi, selepas jalankan aktiviti, lebih mudahlah untuk saya memikirkan dan merancang apa strategi yang lebih baik untuk saya gunakan bersama mereka nanti. 

Maka bagi Bab 1, dengan subtopik Pengenalan kepada Sains, saya mulakan bahagi kepada 5 kumpulan. Kumpulan dibahagikan secara rawak, supaya lebih banyak bertukar kawan dan bergaul dengan kawan baru. Dalam satu kumpulan, ada 6 pelajar, menjadikan semuanya 30 orang. Setiap kumpulan dibahagikan mengikut topik berikut:

1. Fenomena Sains
2. Kepentingan Sains dalam kehidupan seharian
3. Bidang Sains
4. Kerjaya Sains
5. Inovasi dan Teknologi 


Idea P&P Sains - Pengenalan Kepada Sains


Setiap kumpulan dibekalkan separuh kertas mahjong dan bekalan alatulis. Macam biasa. Cuma untuk pelajar Tingkatan 1 nih mungkin sebab diorang tak biasa dengan style pembelajaran macam nih, maka saya kena selalu ingatkan beberapa perkara, macam:

a. Masa
Masa yang terhad. Takut mereka seronok melukis dan mewarna, sampai terlupa nak fokuskan pada isi penting pada kertas. 

Cara atasi adalah dengan sentiasa mengingatkan mereka berapa masa lagi yang tinggal. Dan biasanya saya akan cepatkan sket beberapa minit supaya mereka boleh siapkan lebih awal. Kena ada spare time!

b. Lukis
Budak-budak nih bila buat benda camni, mereka suka tulis. Jadi saya ingatkan juga berulangkali bahawa idea mereka tak semestinya disampaikan dalam bentuk tulisan, tetapi boleh juga dalam bentuk LUKISAN.


Idea P&P Sains - Pengenalan Kepada Sains


Ini boleh menjana idea kreatif mereka untuk fikir luar kotak sket. Dalam masa yang sama tak semak mata memandang kat kertas mahjong dengan tulisan yang banyak.

c. Penglibatan
Mereka masih baru dengan rakan-rakan baharu. Ada yang malu-malu. Ada yang tak kenal dan tak dapat nak blend in dalam kumpulan dengan baik. 

Cara atasi, saya lantik seorang ketua dan mintak ketua agihkan tugasan dengan baik kepada setiap ahli kumpulan. Ada yang menulis, ada yang melukis, ada yang bahagian bentang. Jadi mengurangkan risiko ada ahli tidur.

Nak tambahbaik adalah dengan cara kecilkan lagi kumpulan kepada mungkin 4 orang dalam satu kumpulan, untuk masa akan datang.


Idea P&P Sains - Pengenalan Kepada Sains


Selesai hasilkan bahan, mereka membentangkan mengikut giliran subtopik. Hanya seorang pelajar dipilih untuk membentangkan mewakili setiap kumpulan. Boleh saksikan aksi-aksi mereka dalam video di bawah.




Semasa sesi pembentangan, beberapa soalan dilontarkan juga bagi menguji kefahaman mereka selain memberikan beberapa situasi bagi menguji teknik berfikir mereka. Kemudian, saya minta mereka salin nota berdasarkan bahan yang disediakan dan tambahbaik.


Idea P&P Sains - Pengenalan Kepada Sains


Kesimpulannya, saya rasakan pelajar-pelajar ini sudah ada kemahiran berkolaboratif yang baik, cuma kemahiran berkomunikasi menyampaikan idea mereka adalah sangat lemah. Sangat tidak yakin diri dan juga pemalu ketika membentangkan bahan mereka. Perkara yang saya perlu beri perhatian selepas ini. 

Dari segi kemahiran berfikir secara kritis dan berkreatif juga dilihat mereka ada potensi yang boleh dioptimumkan lagi selepas ini. InshaAllah selepas beberapa sesi seperti ini, saya yakin mereka akan mampu untuk menunjukkan peningkatan yang lebih baik.




Catat Ulasan

3 Ulasan