.

.

KARTiKEL

Sabtu, 22 Oktober 2016

Perkongsian Pembelajaran Abad 21 di Manjung, Perak

Kali ini saya berbesar hati menerima satu undangan jemputan daripada sebuah sekolah menengah di daerah Manjung, Perak. Sekolah yang saya maksudkan adalah SMK Kampung Dato' Seri Kamarudin, iaitu sebuah sekolah yang juga baharu beroperasi selama lebih kurang 5 tahun di daerah ini. 



Perkongsian Pembelajaran Abad 21 di SMK Kampung Dato Seri Kamarudin Manjung, Perak


Undangan ini mesti saya hadiri memandangkan ini adalah jemputan yang datangnya daripada rakan seuniversiti saya sendiri, iaitu Cikgu Shahrir, guru Bahasa Melayu di sekolah ini. 

Tambahan lagi, tindakan proaktif Pengetua sekolah, Puan Hajah Kamaliah Ali yang sentiasa berhubung dengan saya bagi urusan ini, membuatkan saya rasa sangat berbesar hati untuk memenuhi jemputan ke sekolah ini. 

Atas pertimbangan dan jasa baik daripada pihak sekolah, saya juga diberikan penginapan yang sangat selesa di Ritz Garden Hotel, bersebelahan dengan Pasaraya Billion. Sarapan pagi disediakan, dan boleh lah masuk tekak ini.



Perkongsian Pembelajaran Abad 21 di SMK Kampung Dato Seri Kamarudin Manjung, Perak


Seawal pagi saya sudah berada di SMK Kampung Dato Seri Kamarudin, yang letaknya hanya beberapa kilometer daripada hotel penginapan. Kedatangan saya disambut oleh rakan lama saya, Cikgu Shahrir. Kemudian kami bergerak ke War Room yang terletak bersebelahan dengan laluan utama.


Sesi 1 : Ceramah Pembelajaran Abad 21
Saya memulakan perkongsian ini dengan persoalan, "Kenapa kita perlu berubah?". Pada amatan saya, kebanyakan guru-guru tidak mahu berubah daripada zon selesa kerana, mereka tidak faham kenapa mereka perlu berubah. Dari isu tersebut, maka lahirlah kelompok yang tidak mahu turut serta dalam setiap transformasi yang cuba kita lakukan.

Saya tunjukkan juga beberapa video saya semasa 80 Hari di Korea, bagi tujuan supaya guru dapat membandingkan pdp yang berlangsung di sana, beserta fasiliti yang ada. Ini adalah untuk membuka minda para guru bahawa, jika kita tidak berubah, maka kita yang akan ditinggalkan lebih jauh lagi dalam persaingan dunia.



Perkongsian Pembelajaran Abad 21 di SMK Kampung Dato Seri Kamarudin Manjung, Perak


Dan fokus saya pada Pembelajaran Abad 21 adalah mengenai kualiti yang perlu ada pada sesi pdp guru. Saya tunjukkan juga video pdp saya sendiri yang saya kongsikan dalam channel youtube saya, https://www.youtube.com/user/miecaprio bagi memberi lebih penjelasan kepada rakan guru. 

Feedback rakan guru di SMK Kampung Dato Seri Kamarudin ini adalah sangat baik. Malah mereka tidak segan silu untuk bertanya sepanjang sesi perkongsian berlangsung. Saya menganggap ini adalah sesi yang santai, dan sangat baik untuk para guru mendapatkan sebanyak mungkin maklumat daripada pengalaman saya mengamalkan Pembelajaran Abad 21 dalam kelas.

Sesi  : Bengkel Pembelajaran Abad 21 
Sesi bersambung di sebelah petang, dengan adanya bengkel untuk Pembelajaran Abad 21. Guru dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut subjek masing-masing. Tugasan mereka adalah berbincang dan membina idea pdp dalam kelas yang mengandungi ciri Pembelajaran Abad 21. 



Perkongsian Pembelajaran Abad 21 di SMK Kampung Dato Seri Kamarudin Manjung, Perak


Perkongsian Pembelajaran Abad 21 di SMK Kampung Dato Seri Kamarudin Manjung, Perak


Tidak menjadi satu hal yang besar untuk para guru di sini bagi merancang pdp Abad 21. Masing-masing tampil dengan idea yang tersendiri dan juga sangat kreatif. 


Saya bergerak ke setiap stesyen dan cuba mendapatkan sebaik mungkin maklumbalas daripada para guru. Beberapa kekangan nya adalah mengenai pelaksanaan di dalam kelas, terutamanya bagi kelas belakang. 



Perkongsian Pembelajaran Abad 21 di SMK Kampung Dato Seri Kamarudin Manjung, Perak


Perkongsian Pembelajaran Abad 21 di SMK Kampung Dato Seri Kamarudin Manjung, Perak


Maka tips yang dapat saya kongsikan adalah:
1. Biar mereka lakukan aktiviti yang sama dengan kawan mereka di kelas hadapan, tetapi dengan tahap pencapaian yang direndahkan sedikit mengikut kemampuan mereka.
2. Sediakan sebanyak mungkin peralatan bagi mengelakkan mereka daripada memberi sebarang alasan untuk tidak menyiapkan tugasan
3. 

Bagi yang nak melihat pelaksanaan Bengkel Pembelajaran Abad 21 di SMK Dato Seri Kamarudin, Manjung Perak ini boleh lah juga menonton di Youtube.




Selesai berbincang dan menghasilkan bahan pembentangan, setiap kumpulan akan pamerkan hasil kerja mereka di dinding yang berdekatan. Sekurang-kurangnya seorang guru perlu menunggu di stesyen masing-masing bagi berkongsi apa idea pdp yang mereka bincangkan tadi.



Perkongsian Pembelajaran Abad 21 di SMK Kampung Dato Seri Kamarudin Manjung, Perak


Perkongsian Pembelajaran Abad 21 di SMK Kampung Dato Seri Kamarudin Manjung, Perak


Perkongsian Pembelajaran Abad 21 di SMK Kampung Dato Seri Kamarudin Manjung, Perak


Beberapa kumpulan menunjukkan idea pdp yang sangat kreatif. Saya sendiri tekun mendengar cadangan idea daripada guru tersebut. Walaupun berbeza subjek, tetapi saya rasa strategi yang digunakan dapat juga diaplikasikan kepada subjek Sains yang saya ajar. Tahniah cikgu!

Sesi dua jam tersebut tamat pada jam 430 petang. Alhamdulillah, kerana sesi perkongsian menjadi sangat lancar dan sesi yang berinput. Semoga Allah memudahkan segala urusan kita untuk mendidik anak bangsa. AMin!



0 Kata-kata Bijak Pandai:

Catat Ulasan