.

.

KARTiKEL

Ahad, 17 Julai 2016

Ceramah Sains PT3 di SABK Maahad Al-Ummah, Chemor Perak

Untuk tahun nih slow sket saya dalam nak keluar bagi ceramah kepada pelajar Tingkatan 3. Bukan sebab apa. Sebab sibuk dengan undangan aktiviti ceramah dan perkongsian untuk rakan guru pula. Namun pelawaan daripada SABK Maahad Al Ummah, Chemor Perak ini tak dapat saya tolak. Sebab jemputannya dah sekian lama. Maka saya ambil ruang dan peluang kali ini untuk pastikan saya boleh ke sini.


Ceramah Sains PT3 di SABK Maahad Al-Ummah, Chemor Perak


Memandangkan ini juga kali pertama saya ke area Chemor sana, maka saya bertolak awal dari Perlis. Sempat nak berehat apatah lagi hari ceramah adalah pada hari Jumaat. Tak sangka pula, rupanya sesat sehingga 10km gara-gara mengikut haluan Waze. Tak boleh pakai betul! Terpaksa mohon bantuan Cikgu Hanis, guru yang berurusan dengan saya untuk menghantar location sebenar sekolah. 

Kemudian, ada lagi drama. Kabel yang menyambungkan laptop saya ke LCD projektor tidak dapat berfungsi dengan baik. Sehingga terpaksa tukar laptop. Dan tak dapat pula nak mainkan slideshow presentation saya yang menggunakan Prezi. Hmm.. boleh bayangkan tak betapa nervousnya tu.

Ceramah Sains PT3 di SABK Maahad Al-Ummah, Chemor Perak


Ceramah Sains PT3 di SABK Maahad Al-Ummah, Chemor Perak


Ceramah Sains PT3 di SABK Maahad Al-Ummah, Chemor Perak


Ceramah Sains PT3 di SABK Maahad Al-Ummah, Chemor Perak


Ceramah Sains PT3 di SABK Maahad Al-Ummah, Chemor Perak


Tapi alhamdulillah, segala permasalahan dapat diselesaikan dengan baik. Selepas hampir setengah jam, semuanya dapat berjalan dengan lancar. 


Respon adik-adik di SABK Maahad Al Ummah Chemor nih sangat best. Walaupun malu pada mulanya, namun lepas dah beberapa ketika, masing-masing tak sabar nak berikan jawapan. Dah makin berani angkat tangan tanya soalan dan memberikan jawapan mereka. Hmm.. baru happening kan.


Ceramah Sains PT3 di SABK Maahad Al-Ummah, Chemor Perak


Ceramah Sains PT3 di SABK Maahad Al-Ummah, Chemor Perak


Ceramah Sains PT3 di SABK Maahad Al-Ummah, Chemor Perak


Ceramah Sains PT3 di SABK Maahad Al-Ummah, Chemor Perak


Ceramah Sains PT3 di SABK Maahad Al-Ummah, Chemor Perak


Ceramah Sains PT3 di SABK Maahad Al-Ummah, Chemor Perak


Mungkin sebab dah mula lewat, maka terasa cepat pulak masa berlalu. Sekejap saja dah nak sampai kol 5. Cam rasa tak puas pulak nak bercakap-cakap dan berkongsi pengetahuan dengan adik-adik dan guru-guru di SABK Maahad Al Ummah Chemor nih. Semoga ada rezeki untuk kita berjumpa lagi nanti.


Ceramah Sains PT3 di SABK Maahad Al-Ummah, Chemor Perak


Ceramah Sains PT3 di SABK Maahad Al-Ummah, Chemor Perak


Ceramah Sains PT3 di SABK Maahad Al-Ummah, Chemor Perak


Ceramah Sains PT3 di SABK Maahad Al-Ummah, Chemor Perak


Apa pun saya nak ucapkan jutaan terima kasih kepada pihak sekolah SABK Maahad Al Ummah Chemor, terutamanya Cikgu Hanis yang banyak berurusan dengan saya bagi jemputan ini. Terima kasih sebab sudi menjemput saya ke sekolah anda yang best nih. 

Kepada adik-adik PT3 di SABK Maahad Al Ummah, Chemor Perak pula saya ucapkan Selamat Maju Jaya. Pastikan dapat keputusan yang cemerlang, terutamanya bagi subjek Sains. Wajib A ok. Semoga Allah merahmati anda semua. Amin!



0 Kata-kata Bijak Pandai:

Catat Ulasan