.

.

KARTiKEL

Sabtu, 25 Jun 2016

Anugerah Amalan Terbaik P&P Abad 21 Negeri Kedah

Walaupun dah lama berlalu, tapi rasanya tak terlewat untuk saya kongsikan kisah kejayaan merangkul Anugerah Amalan Terbaik P&P Abad 21 Peringkat Kedah pada 28 Mac lalu. Semua nya berlaku, tanpa saya sendiri sedari, rupanya diri ini sedang dinilai. 


Anugerah Amalan Terbaik P&P Abad 21 Negeri Kedah


3 minggu sebelumnya, saya didatangi oleh 2 orang pegawai JPN Kedah. Seorangnya memang saya sangat kenali kerana merupakan Pegawai Sains JPN. Manakala seorang lagi pegawai belum, mungkin kerana bukan dari bidang Sains. 

Terkejut juga saya dimaklumkan apabila kedua-duanya mahu mencerap saya. Aiyoo! Pukul 9.30 pagi tiba di sekolah, pukul 10 pagi maklumkan kepada saya, dan pukul 10.40, akan mencerap. Perghh... 

Memang bertubi-tubi saya tanya. Sebab sedikit aneh. Kenapa tiba-tiba. Last minute sangat. Tapi, dengan menggunakan ayat, "semua guru perlu bersedia..", maka saya pun 'Yang Menurut Perintah"..


Anugerah Amalan Terbaik P&P Abad 21 Negeri Kedah


Mujur juga pada tahun ini sesi pdp saya memang berlangsung di makmal sahaja kerana satu makmal telah dikhaskan kepada seorang guru. Maka semua peralatan dan bahan-bahan bantu mengajar semua sudah berada di makmal.

Saya teruskan seperti biasa pdp saya. Kebetulan pula pada hari tersebut, sesi Gallery Walk bagi Tajuk Perkumuhan untuk pelajar Tingkatan 3. Alhamdulillah! Pelajar-pelajar nih tak ler banyak sangat perangai. Maka sesi pun berjalan dengan lancar. 

Selesai diobserve, saya terus bertemu dengan kedua-dua pegawai tersebut. Sekali lagi saya tanya, kenapa datang observe saya. Jawab mereka, masih sama. Sengaja nak tengok pdp saya. Aneh jugak saya. Huhuhu. Tanya-tanya lah jugak. Mana tahu ada aduan saya memandai-mandai buat pdp pelik-pelik. Atau pun ada aduan dari mana-mana pihak.


Anugerah Amalan Terbaik P&P Abad 21 Negeri Kedah


Setelah hampir sebulan, maka barulah saya tahu apa ceritanya. Terima kasih saya ucapkan buat JPN Kedah yang proaktif dalam menggerakkan para guru bagi menjalankan Pembelajaran Abad 21. Majlis disampaikan semasa Perhimpunan Bulanan JPN Kedah bagi bulan Mac. Turut bersama saya adalah Cikgu Anita, guru Kimia yang hebat daripada SMK Kuala Nerang bagi anugerah pencapaian subjek SPM terbaik.


Anugerah Amalan Terbaik P&P Abad 21 Negeri Kedah


Saya yakin sebenarnya ramai lagi guru-guru yang turut sama mengamalkan P&P Abad 21 di kelas masing-masing. Teruskan berusaha, InshaAllah suatu hari nanti, akan ada yang mengesan usaha murni anda. Selamat maju jaya!



3 ulasan: