About Me

Pentingnya Ketua Sekolah Yang Hebat

Saya baru 10 tahun berkhidmat sebagai seorang guru. Baru 2 buah sekolah, dengan 3 orang Pengetua. Dua yang pertama adalah lelaki. Dan yang ketiga adalah pengetua perempuan. Tapi tanpa sedikit ragu pun saya katakan, ini PENGETUA TERBAIK yang saya pernah ada.


Pentingnya Ketua Sekolah Yang Hebat
Kenangan bersama Puan Rogayah Talib sewaktu majlis 'send off' ke SMK Tun Sharifah Rodziah

Beliau seorang 'kakak' yang sentiasa sudi mendengar setiap permasalahan. Boleh dibawa berbincang dan suka bergurau. Prinsipnya, tiada masalah yang tak boleh diselesaikan.

Tak pernah sekali pun saya lihat beliau gunakan emosi ketika berurusan dan menyelesaikan masalah. Baik dengan pelajar, mahu pun dengan guru. Part paling susah sesiapa pun nak buat.


Boleh bayang Pengetua yang datang sekolah seawal 6.30 pagi untuk bersenamrobik dengan guru-gurunya?


Kenangan berFIT JER, program senamrobik setiap 6.30 pagi Selasa khas untuk cikgu-cikgu
Kenangan berFIT JER, program senamrobik setiap 6.30 pagi Selasa khas untuk cikgu-cikgu

Boleh bayang Pengetua yang datang hujung minggu untuk kelas tambahan dengan pelajar Tingkatan 3 nya? (ajar kelas exam ok..)


Beliau bukan sekadar cakap, tapi beliau buat.

Beliau bukan sekadar suruh, tapi beliau kerja bersama-sama.


Ini kualiti yang kita nak cari pada ketua sekolah.

Angkat mereka yang benar-benar layak. Bukan yang sekadar tahu suruh dan lihat. Bukan yang sekadar naik kerana bodek.


Saat paling terkesan adalah ketika saya hulurkan borang permohonan pertukaran guru untuk ke Korea pada tahun lepas.

Tanpa banyak soal, borang saya ditandatangan sehingga saya pula naik musykil. Saya ingatkan beliau bahawa saya ajar kelas exam. Bimbang jika beliau terlupa.

"Demi ilmu, Hailmi pergi lah cari pengalaman... balik nanti jangan lupa curahkan semula untuk anak murid di sini..."

Ya Allah..

Kata-kata yang cukup menyentuh hati sedalam-dalamnya, hinggakan saya berazam untuk pasti kembali berkhidmat  untuk beliau di SMK Jerlun sekembalinya dari Korea nanti. Padahal, awalnya ada juga niat berpindah ke sekolah lain.


Namun rezeki saya bekerja dengan beliau tak lama. Beliau kini ditukarkan ke sekolah yang lebih baik, SMK Tun Sharifah Rodziah.

Serius terasa sangat kehilangan. Bukan sahaja saya, tapi juga semua warga sekolah. Taknak kehilangan beliau. Tapi apa daya kami..


Untuk Puan Rogayah binti Talib,

Jutaan terima kasih tak terhingga untuk setiap pengalaman dan kenangan. Saya hanya mampu doakan puan terus berjaya dan berjaya! 




Catat Ulasan

0 Ulasan