About Me

Pengajaran Sains Menggunakan Pendekatan IBSE (Inquiry Based Science Education)

Peluang menyertai satu kursus di Langkawi baru-baru ini telah membuka satu lagi ruang untuk saya bereksperimentasi dalam menggunakan pendekatan pendidikan terbaru. Terutamanya bagi pengajaran subjek Sains. Pendekatan perlulah sentiasa relevan dan menepati kehendak serta keperluan subjek Sains yang sentiasa bergerak. Maka saya kongsikan sedikit pengetahuan yang telah saya pelajari daripada pengalaman tersebut.



Pengajaran Sains Menggunakan Pendekatan IBSE (Inquiry Based Science Education)


Apa Itu IBSE?
IBSE adalah satu nama pendek bagi pendekatan sains yang menggunakan kaedah pengajaran sains berasaskan inkuiri. Ianya bukanlah sesuatu yang asing bagi pengajaran Sains, sama seperti strategi pdp konstruktivism dan lain-lain. Tetapi mengambil pendekatan sedikit berbeza dengan memanipulasi sifat inkuiri pada murid.


Adakah IBSE berbeza dengan Pembelajaran Abad 21?
Pada pendapat saya, strategi IBSE sebenarnya boleh disekalikan dengan Pembelajaran Abad 21. Terletak pada kreativiti guru dalam memasukkan strategi IBSE di dalam kriteria yang diperlukan oleh Pembelajaran Abad 21, iaitu Creativity, Critical Thinking, Communication dan Collaboration.



Pengajaran Sains Menggunakan Pendekatan IBSE (Inquiry Based Science Education)



Jenis-jenis Inquiry Based Science Education (IBSE)
1. Open Inquiry
2. Guided Inquiry
3. Structured Inquiry
4. Confirmation Inquiry


IBSE Model 'La Main a la Pate'
Bagi strategi IBSE yang kami pelajari sepanjang berkursus pada minggu lepas adalah menggunakan model 'La Main a la Pate'. Bagi model IBSE jenis ini, ianya melibatkan 4 fasa dalam pengajaran dan pembelajaran, iaitu :


1. Questioning
Memulakan kelas dengan peristiwa yang boleh menggalakkan murid bertanya, sehingga murid mampu memberi soalan. Daripada semangat ingin tahu ini (inquiry) ini, guru boleh memanipulasi murid untuk berfikir dan mencari penyelesaian kepada persoalan mereka tadi. Bagi memudahkan pengajaran, guru digalakkan untuk catatkan soalan-soalan yang dikemukakan oleh murid dan kemudiannya memilih persoalan yang boleh diselidik lebih lanjut.


Pengajaran Sains Menggunakan Pendekatan IBSE (Inquiry Based Science Education)



2. Hypothesising
Selepas memilih persoalan murid yang ingin diselidik, guru memainkan peranan untuk menggalakkan murid membina hipotesis. Teknik penyoalan juga memainkan peranan penting kepada guru dalam membimbing murid membina hipotesis tersebut.


3. Investigating
Sesudah murid mula mendapat idea mengenai perkaitan perkara tertentu dengan persoalan mereka, maka kita teruskan dengan biarkan mereka fikirkan penyelesaian terbaik untuk menyiasat perkara tersebut. Dalam erti kata lain, biar murid menjalankan eksperimen dan ujikaji kepada perkara yang mereka fikirkan berkait dengan persoalan mereka tadi. 



Pengajaran Sains Menggunakan Pendekatan IBSE (Inquiry Based Science Education)


Di sini guru perlu berhati-hati dengan kawalan masa. Kerana penyiasatan murid kadang-kadang boleh menyebabkan masa berlangsung dengan lebih panjang daripada yang diharapkan.


4. Communicating
Fasa akhir ini menggalakkan murid untuk berkomunikasi, menyampaikan ilmu kepada rakan mereka dengan cara yang tersendiri dan kreatif. Proses ini penting, kerana memberi petunjuk sama ada pelajar tersebut mendapat kefahaman yang mendalam atau tidak dalam pdp tadi. Pelajar juga digalakkan untuk membuat kesimpulan terhadap hipotesis yang dinyatakan tadi, sama ada boleh diterima, atau pun ditolak. 



Pengajaran Sains Menggunakan Pendekatan IBSE (Inquiry Based Science Education)


Pendekatan IBSE ini merupakan satu pendekatan baru yang mampu menarik minat pelajar untuk meminati Sains. Walaubagaimanapun masih terdapat beberapa peluang dan cabaran yang perlu diatasi. Antara cabarannya adalah untuk menghasilkan aktiviti yang sesuai, mencabar, kreatif serta menyeronokkan bagi menggalakkan murid untuk mula bertanya.


Semoga perkongsian ini mampu memberi sedikit pendedahan kepada para guru Sains mengenai strategi alternatif yang boleh digunakan dalam pengajaran Sains. Sekiranya ada maklumat yang masih boleh ditambahbaik daripada artikel saya ini, mohon juga dinyatakan dalam komen di bawah. Saya sentiasa bersedia untuk menerima sebarang pandangan baru yang boleh membantu lebih ramai guru Malaysia untuk memahami mengenai pendekatan IBSE ini. 


Boleh sambung baca artikel mengenai "Pengalaman Menyertai Bengkel IBSE Duta Sains 2016" untuk maklumat lanjut. Untuk yang mahu mencuba pendekatan ini, saya ucapkan "Selamat Maju Jaya!"




Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Macam modul pedagogi hikmah je...

    BalasPadam
  2. Very best along with Lowest priced Jabodetabek Exclusive Coaching, our staff members along with teachers come to your dwelling, fixed your individual research timetable and may pick out any kind of arena connected with analyze ... click https://kursus-ekonomi.netlify.app/les-privat-ekonomi-jakarta-barat.html for more details

    BalasPadam
  3. You will find a cheaper fee as opposed to table above, ensure again with regards to the qualifications on the teacher / Kindergarten teacher recommended to you personally ... for more information https://kimia-exed.blogspot.com/2022/04/les-privat-kimia-di-jakarta-barat_12.html

    BalasPadam