.

.

KARTiKEL

Isnin, 22 Februari 2016

Bengkel IBSE Duta Sains 2016

Baru-baru ini saya berkesempatan mengikuti satu bengkel IBSE (Inquiry Based Science Education) yang dianjurkan oleh Akademi Sains Malaysia dengan kerjasama IPGM Perlis di bawah program Duta Sains. Bengkel 5 hari 4 malam ini dijalankan di De Baron Resort, Langkawi membabitkan 8 guru Sains dari Parlimen  Jerlun dan 12 guru Sains dari Parlimen Setiu.



Bengkel IBSE Duta Sains 2016


Untuk pengetahuan semua, Program Duta Sains ini merupakan program pendidikan yang dijalankan oleh Akademi Sains Malaysia membabitkan 4 Parlimen di seluruh Malaysia. Antara Parlimen yang terpilih untuk mengikuti program ini adalah Parlimen Jerlun di Kedah, Parlimen Setiu di Terengganu, Parlimen Tangga Batu di Melaka dan Parlimen Tuaran di Sabah.

Walaubagaimanapun, hanya Parlimen Jerlun dan Parlimen Setiu sahaja yang memilih untuk diadakan bengkel IBSE. Manakala Parlimen lain memilih inisiatif karnival dan komuniti sebagai program pendidikan mereka.

Pada awalnya terdapat sedikit kekalutan dan kesulitan yang berpunca daripada salahfaham. Hampir-hampir sahaja kami tak jadi pergi. Walaubagaimanapun, ternyata rezeki Allah untuk kami menimba ilmu itu masih tetap ada. Kesukaran dan kekacauan dipermudahkanNya. Alhamdulillah untuk ilmuNya! Maka pada tarikh yang dijanjikan, bergeraklah semua kami ke Langkawi. 



Bengkel IBSE Duta Sains 2016


Bagi bengkel IBSE di Langkawi ini, urusetia dari Akademi Sains Malaysia adalah Encik Amirul. Manakala tenaga pengajar pula adalah pensyarah IPGM Perlis yang berpengalaman dengan pengajaran yang berkaitan dengan IBSE, iaitu Encik Muhaimin dan juga Encik Abdul Aziz.



Bengkel IBSE Duta Sains 2016


Untuk 4 hari ini, antara jadual yang perlu kami penuhi adalah 3 aktiviti demonstrasi mengenai Pembelajaran Kaedah IBSE (gerakan bola jatuh, kompas magnet dan rotokopter). Secara jujurnya, memang saya tak faham pun apa benda arahan yang diberi. Beberapa kali juga tugasan yang dikehendaki, macam tersalah arah jer saya bila bentangkan. Hahahaha. Terlajak berpikir agaknya...



Bengkel IBSE Duta Sains 2016


Bengkel IBSE Duta Sains 2016


Selesai sesi demonstrasi ini, bengkel diteruskan dengan microteaching. Pengajaran suasana sebenarnya dengan rakan-rakan berlakon sebagai murid selama 15 minit. Daripada 3 kumpulan kecil, hanya satu kumpulan terbaik dipilih bagi pengajaran macroteaching esok hari. 


Macam biasa, kumpulan saya tak terpilih pun. Tapi tak kisah, memang terbaik pun microteaching kumpulan yang dipilih tersebut. Sebelah malam pula, semua bertungkus lumus tolong sediakan bahan yang diperlukan untuk macroteaching esok harinya.


Pada hari esoknya, sesi macroteaching berlangsung di SK Padang Matsirat. Best jugak perasaannya. Sebab ini pertama kali, saya masuk dan lihat pembelajaran murid-murid sekolah rendah. Kebetulan pula ramai juga guru-guru dari Parlimen Setiu yang datang adalah guru Sains sekolah rendah. Maka banyak jugaklah maklumat yang diperolehi mengenai teknik mengajar murid sekolah rendah. Dah tentu pendekatan yang berbeza perlu diambil.



Bengkel IBSE Duta Sains 2016


Bengkel IBSE Duta Sains 2016


Bengkel IBSE Duta Sains 2016


Bagi kumpulan saya, Cikgu Zakiah dan Cikgu Sharif merupakan guru yang akan mencuba macroteaching. Manakala bagi satu lagi kumpulan adalah akan dikendalikan oleh Cikgu Norseeiah. Tentu pengalaman baru buat mereka, kerana pertama kali berkesempatan untuk mengajar pelajar dari sekolah rendah.


Sesi berlangsung dengan baik sekali. Malah macroteaching yang berlangsung di SK Padang Matsirat itu juga mendapat kerjasama yang baik sekali daripada pihak Guru Besar dan juga murid-murid. Murid-murid pun nampak sangat gembira melakukan aktiviti bersama guru-guru. 


Bengkel IBSE Duta Sains 2016


Bengkel IBSE Duta Sains 2016


Bengkel IBSE Duta Sains 2016


Sekembalinya ke hotel tempat menginap, pada sebelah petangnya kami mengadakan sedikit refleksi melihat kembali kelebihan dan kekurangan semasa sesi pdp berlangsung. Paling penting, adakah sesi pdp yang dijalankan menepati kehendak gaya pengajaran IBSE. Sesi berjalan lancar. Kekurangan dikenalpasti dan difahami. InshaAllah akan dipraktikkan dengan lebih baik pada masa akan datang.


Pada hari terakhir sebelum masing-masing pulang ke rumah, kami sempat untuk mendengar penerangan lebih jelas mengenai program Duta Sains dan apa arah tujunya. Kali ini, turut diperkenalkan adalah mereka yang akan menjadi tonggak kepada Duta Sains di Jerlun dan juga Duta Sains di Setiu.



Bengkel IBSE Duta Sains 2016


Bagi Parlimen Jerlun, Duta Sains akan dikawal oleh Prof Basyarudin daripada UPM. Manakala bagi Parlimen Setiu, Duta Sains akan dikawal oleh bakal Dr Iklima, juga dari UPM. Kedua-duanya hebat dan berpengalaman luas dalam bidang mendidik masyarakat dan komuniti supaya lebih hampir dengan Sains.



Bengkel IBSE Duta Sains 2016


Sesi berakhir dengan refleksi ringkas mengenai bengkel 5 hari ini. Secara jujurnya memang banyak ilmu baru yang saya dapat daripada bengkel ini. Untung sekali rasanya dapat menuntut dan refresh balik ilmu-ilmu pendidikan sekalipun dah 10 tahun mengajar. Apatah lagi pendekatan IBSE ini sangat sesuai dengan tuntutan pembelajaran abad 21, KBAT, PT3 dan lain-lain lagi. Terima kasih untuk ilmunya. InshaAllah akan cuba diamalkan! ;)


Bagi yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Bengkel IBSE Duta Sains 2016 selama 5 hari ini dengan lebih lanjut, maka anda boleh lah menonton video yang saya sertakan di bawah. Semoga ada manfaat yang anda perolehi.





Yang nak tahu lebih lanjut mengenai Apa Itu Pengajaran IBSE? pulak, boleh stay tuned untuk artikel saya yang seterusnya. Mudah-mudahan anda juga beroleh manfaatnya! 






3 ulasan:

  1. Konsep akademi sains ni sama mcm falsafah sy mengajar sains...ee seronoknye..tqvm cg hailmi share..cuma kalu lebih detail ttg mcm conduct pengajaran tu..mesti lg best..

    BalasPadam
  2. Seronoknya menimba ilmu dan berkongsi idea bersama.. Jangan lupa kongsikan input yang Cikgu Hailmi dapat semasa bengkel ni kepada kami ye.. Hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya. Terima kasih.

    BalasPadam
  3. Kalau cikgu dapat kongsikan rph ibse bolehla kita cuba di sekolah. Memang menarik nampaknya IBSE. Rasa teruja sangat nak cuba di sekolah.

    BalasPadam