.

.

KARTiKEL

Sabtu, 2 Januari 2016

Ubah Cara Mengajar Sains

Untuk tahun 2016 nih rasanya saya nak ubah sket cara pengajaran saya sebelum ini. Tuntutan kemahiran seperti KBAT dan juga penilaian seperti PT3, dan dengan sedikit pengalaman di Korea, saya memang yakin, kita kena ubah. Bukan pelajar saja yang kena ubah cara belajar, tetapi kita guru juga perlu ubah cara mengajar. Kan?

Pelajar ubah cara belajar, Guru ubah cara mengajar

Jika dulu, biasanya kita akan ajar teori, buat eksperimen, pastu terang balik teori.

Kesan yang saya nampak, budak kurang nak belajar. Budak kurang nak teruja. Sebab semuanya cikgu dah ajar. Semuanya cikgu dah sebut sebelum sempat mereka discover benda tu sendiri.

Akhirnya, pelajar hilang minat. Hilang keterujaan diorang. Hilang semangat nak tahu diorang. Ilmu pun jadi kurang ler nak melekat. Keluar exam pelajar tak dapat buat,

Tapi kita tak sedar. Kita sendiri yang 'ragut' kemahiran berfikir diorang!

Kemudian kita akan mengeluh tak cukup masa sebab banyak sangat buat eksperimen. Pelajar masih tak dapat jawab soalan walaupun banyak buat eksperimen. Sedangkan part awal (terang teori) tu sepatutnya dapat skip. Ada subtopik / aktiviti / eksperimen yang dapat digabungkan dan sebenarnya juga dapat menjimatkan masa.

.

Jadi untuk kali ini, saya ubah sket. Cikgu dah tak perlu terangkan teori. Teruskan dengan pelajar buat eksperimen / aktiviti, belajar sendiri, explore sendiri, dapat ilmu sendiri, kemudian baru kita kukuhkan content mereka.

Inquiry-discovery, teacher as facilitator dan sangat student-centered!

Biar datang minat diorang nak tahu sesuatu tu. Biar diorang sendiri yang gali ilmu. Biar sampai diorang cakap, "oooooh.. ini rupanya..."

Kita guru hanya perlu fikirkan pasal aktiviti yang menarik dan kreatif, supaya pelajar terus berminat nak cari ilmu tu. Provoke mereka dengan semangat ingin tahu. Sumbat dengan segala macam pertanyaan, dan biar mereka sendiri yang cari jawapan untuk setiap satunya.

.

Semoga 'misi' 2016 ini membuahkan hasil! Amin.


Artikel asal : http://www.cikguhailmi.com/2016/01/ubah-cara-mengajar-sains.html

Himpunan koleksi idea kreatif Sains : http://www.cikguhailmi.com/2015/02/koleksi-idea-pdp-sains.html


0 Kata-kata Bijak Pandai:

Catat Ulasan