About Me

Idea P&P Sains : Poster Untuk Bahan Cemar Udara dan Penyakit Respirasi

Idea untuk kali ini, saya gabungkan 2 subtopik yang hampir sama. Ini juga adalah antara taktik yang mempercepatkan usaha saya menghabiskan syllabus jika ditanya oleh sebahagian rakan guru. Bagi p&p kali ini, saya gabungkan subtopik bahan cemar udara dan juga penyakit yang berkaitan dengan sistem respirasi manusia.

Jadi apa yang saya buat?. 


Langkah 1
Saya kumpulkan kesemua tajuk bagi bahan cemar udara dan juga penyakit yang berkaitan dengan sistem respirasi. Ada 13 kesemuanya.






Langkah 2
Kemudiannya, saya bahagikan kelas kepada 13 kumpulan kecil, dengan setiap kumpulan mengandungi 2 hingga 3 orang pelajar. Setiap satu kumpulan mendapat tajuk yang berbeza.










Langkah 3
Pelajar dibenarkan untuk berbincang mengenai maklumat apa yang perlu dimasukkan dalam poster. Sebarang rujukan daripada selain buku teks adalah sangat digalakkan. Di sini boleh menguji kesungguhan pelajar dalam menjalankan tugas terhadap amanah yang diberikan.



Langkah 4
Pelajar diberi masa untuk menyiapkan poster secara berkumpulan ini di rumah dalam tempoh 4 - 5 hari. 



Langkah 5
Pelajar menghantar hasil kerja mereka. Beberapa hasil kerja yang kurang memuaskan dikembalikan semula untuk ditambahbaik.














Langkah 6
Hasil kerja pelajar dilekatkan di dinding dewan terbuka sebagai pameran untuk semua pelajar. Bagi pelajar kelas yang terlibat pula, mereka dikehendaki menyalin nota penting yang terdapat daripada poster-poster berkenaan. 










Catat Ulasan

0 Ulasan