.

.

KARTiKEL

Selasa, 5 Januari 2016

Gelombang 3 (2021 - 2025) PPPM

Gelombang 3 (2021-2025): Beranjak ke arah kecemerlangan dengan peningkatan keluwesan operasi. Pada permulaan Gelombang 3, semua sekolah, guru dan pengetua/guru besar perlu menunjuk prestasi melebihi standard minimum. Oleh itu, Kementerian akan memberikan tumpuan kepada meningkatkan keluwesan operasi untuk memupuk budaya kepimpinan rakan sejawat bagi pembangunan kecemerlangan profesionalisme. Kementerian juga akan menganjakkan kebanyakan sekolah kepada model pengurusan berasaskan sekolah dan membangunkan model kejayaan sekolah berdasarkan inovasi dalam pengajaran. Matlamat Kementerian adalah untuk membangunkan sistem pengekalan kemajuan kendiri yang mampu untuk mencetuskan inovasi dan meningkatkan pencapaian ke tahap yang lebih cemerlang.


Gelombang 3 (2021 - 2025) Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
Gelombang 3 (2021 - 2025) PPPM


Gelombang 3 (2021 - 2025)
Menganjak ke arah kecemerlangan melalui peningkatan tadbir-urus kendiri


Membenarkan pengurusan berasaskan sekolah dan autonomi dengan lebih meluas dari segi pelaksanaan kurikulum dan peruntukkan belanjawan bagi sekolah yang layak 

Meneruskan budaya kecemerlangan profesionalisme dibimbing rakan sejawat, iaitu guru dan pemimpin sekolah saling membimbing, berkongsi amalan terbaik dan memastikan rakan sejawat mempunyai kebertanggungjawaban memenuhi standard profesionalisme

Meningkatkan inovasi dan pilihan bagi meningkatkan kemahiran berbahasa dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dan menyediakan lebih pilihan untuk mempelajarai bahasa tambahan 

Melaksanaan program dan inovasi ICT bagi kumpulan berkeperluan khusus di seluruh negara untuk meningkatkan standard pembelajaran 

Mengukuh dan mentransformasi Kementerian melalui pengukuhan kemajuan kerjaya bagi pegawai pada peringkat Kementerian 

Mengkaji semula struktur sekolah untuk menentukan keperluan bagi mengoptimumkan laluan dan pilihan persekolahan


Gelombang 1 (2012 - 2015)

Gelombang 2 (2016 - 2020)

Gelombang 3 (2021 - 2025)

0 Kata-kata Bijak Pandai:

Catat Ulasan