.

.

KARTiKEL

Khamis, 24 Disember 2015

Sarang Art Hub : Sarang Anak Seni Berkarya

Selesai di NUCeL 2015, saya terus bergerak ke Sarang Art Hub. Juga terletak di Tanjung Malim. Sarang Art Hub ini dicadangkan oleh Afiq yang juga pelajar saya kenali melalui pertandingan video Liga Remaja Kreatif. Katanya, antara tempat menarik dan harus lawat di Tanjung Malim. Maka saya ambil kesempatan untuk luangkan masa ke sini.


Sarang Art Hub : Sarang Anak Seni Berkarya


Sarang Art Hub ini adalah sebuah galeri seni yang digunakan sebagai platform untuk mempamerkan hasil karya. Asalnya daripada sebuah rumah hinggap lama, yang kemudiannya ditransform menjadi galeri seni dengan imej yang tersendiri. Warna putih dan hitam bangunan nya cukup sesuai dengan latar belakang dan persekitarannya. 

Galeri yang masih belum beroperasi sepenuhnya itu terdiri daripada kawasan pameran, cafe, dan juga stage. Cafe sedang diubahsuai dan masih diusahakan. Bilik pameran sudah beroperasi dengan pameran hasil-hasil karya anak seni tempatan. 


Sarang Art Hub : Sarang Anak Seni Berkarya


Sarang Art Hub : Sarang Anak Seni Berkarya


Sarang Art Hub : Sarang Anak Seni Berkarya


Sarang Art Hub : Sarang Anak Seni Berkarya






Sarang Art Hub : Sarang Anak Seni Berkarya




Sarang Art Hub : Sarang Anak Seni Berkarya


Namun yang menarik perhatian saya adalah stage di luar yang dibina tinggi menggunakan kontena. Serius nak tengok kalau ada concert ke performance apa ke. Lagi-lagi kalau waktu malam. Mesti lawa!


Di Sarang Art Hub ini juga saya bertemu dengan salah seorang pengasas dan pemiliknya iaitu Mamat Khalid. Tentu ramai yang dah kenal dengan pengarah tersohor nih kan? Sempoi saja orangnya. Sangat bersahaja. Sempat juga kami berbual-bual mengenai beberapa perkara yang bakal dirancang untuk memperkembangkan lagi aktiviti seni di Sarang Art Hub ini. 


Sarang Art Hub : Sarang Anak Seni Berkarya


Bila dah berbual lama di sini, baru lah saya tahu rupanya Mamat Khalid juga selain daripada terlibat dengan bidang seni filem, beliau juga aktif dengan bidang seni lain seperti lukisan, dan juga muzik. Berbakat sungguh!




Saya harapkan semoga Sarang Art Hub ini dapat berfungsi untuk menaikkan lagi imej seni tokoh-tokoh seni Malaysia. Biarkan Sarang Art Hub ini menjadi satu lagi platform alternatif untuk mereka mengekplorasi jiwa seni mereka. Yang berminat nak merasai sebahagian dunia seni mereka, jom kita pergi Sarang Art HUb!




0 Kata-kata Bijak Pandai:

Catat Ulasan