.

.

KARTiKEL

Rabu, 23 Disember 2015

NUCeL 2015 : Karnival e-Learning Universiti Malaysia

Cuti sekolah nih saya berkesempatan untuk ke NUCeL 2015, iaitu Karnival e-Learning Untuk Universiti Malaysia yang berlangsung di UPSI. Jika tahun lepas saya pergi atas tiket penerima anugerah, tahun nih pergi sekadar nak melihat inovasi dan teknologi e-learning yang boleh dipraktikkan pada tahun 2016.



NUCeL 2015 : Karnival e-Learning Universiti Malaysia


Mula masuk ke dewan tempat berlangsungnya karnival e-learning ini, kami dikehendaki mendaftarkan diri. Tak pasti apa tujuan sebenar pendaftaran, tapi setiap yang berdaftar akan diberikan nombor yang akan digunakan bagi cabutan bertuah. Sempat saya beratur seketika dalam barisan yang agak panjang. 

Nampak seperti mendaftar dengan menggunakan komputer yang disediakan. Tapi hanya ada 2 kaunter pendaftaran dibuka. Dan akhirnya give up sebab proses pendaftaran yang ambik masa terlalu lama. Sekadar cadangan, mungkin pihak penganjur boleh adakan pendaftaran sendiri secara online sahaja oleh para pengunjung. Takpun sila sediakan lebih banyak kaunter dengan komputer lengkap berinternet.


Di bahagian luar dewan disediakan booth untuk beberapa syarikat mempamerkan bahan e-learning mereka. Manakala bahagian dalam dewan pula lebih meriah dengan booth yang lebih banyak daripada IPTA yang masuk pameran dan juga pertandingan.



NUCeL 2015 : Karnival e-Learning Universiti Malaysia


Secara jujur, pada saya NUCeL untuk tahun ini agak hambar berbanding tahun sebelumnya. Tak banyak inovasi dan teknologi-teknologi baru yang dapat saya ambil idea dan juga praktikkan di sekolah. Banyak yang lebih tertumpu kepada benda yang lebih kurang sama, tetapi dengan kandungan sahaja yang berbeza. Tak ada inovasi yang kebaboom sangat.

Penyertaan daripada syarikat-syarikat luar juga tak mampu nak menarik perhatian saya. Jika tahun lepas banyak teknologi yang menarik untuk saya cuba dan juga berharap dilaksanakan di peringkat sekolah, tapi untuk tahun ini, saya rasa tak tertarik. Benda yang biasa saya lihat. 


Ataupun mungkin sebab jangkaan saya yang lebih tinggi?


Walabagaimanapun, ada satu inovasi yang saya rasa mampu untuk diketengahkan ke peringkat sekolah dengan lebih baik. Dan saya yakin jika diberi sedikit lagi penambahbaikan mampu memberi impak lebih baik kepada pembelajaran pelajar. 



NUCeL 2015 : Karnival e-Learning Universiti Malaysia



Inovasi yang saya maksudkan adalah hasil ciptaan daripada pensyarah UTM. Tak ingat pula saya nama ciptaan nya, tetapi ianya menggunakan teknologi Augmented Reality (AR). Alah, yang macam scan guna tab/phone, pastu keluar binatang tu. 


Tapi inovasi mereka ini menggunakan subjek Kimia, bab Ikatan Kimia. Saya rasakan pemilihan topik untuk inovasi adalah sangat baik, dan dengan teknologi AR ini mampu memberi lebih kefahaman kepada pelajar. 



NUCeL 2015 : Karnival e-Learning Universiti Malaysia


Apatah lagi, pelajar dapat melihat sendiri bagaimana proses pembentukan ikatan berlaku dengan pergerakan elektron. Best kan? Terus faham melalui pembelajaran yang menyeronokkan macam nih.

Satu lagi inovasi juga dari UTM adalah menggunakan teknologi yang sama, tetapi kali ini mengambil subjek Sains Sekolah Rendah, iaitu mengenai bumi, bulan dan planet. Ini juga bagi saya menarik, sebab model yang dibina dapat menunjukkan kesan yang berbeza jika diletakkan pasangan yang berbeza. Bijak teknologinya!


Untuk yang lain pula, bagi saya sedikit hambar. Tak seperti yang saya harapkan. 


Jika anda terlepas untuk mengikuti kemeriahan NUCeL 2015, boleh tonton video di bawah yang dihasilkan oleh adik Afiq dari SMK Khir Johari, Tanjung Malim. Video ala-ala travelog. Good job!




Walaubagaimanapun, saya berharap melalui penganjuran karnival-karnival e-learning seperti ini mampu menjana lebih banyak idea-idea baharu yang lebih kreatif dan setanding dengan inovasi e-learning negara luar. Sama-sama kita berdoa!






0 Kata-kata Bijak Pandai:

Catat Ulasan