About Me

80 Hari di Korea : Hari 40 (Test Pentas Muzikal)

Bermula minggu ini, saya dah mula kena mengajar Sains sepatutnya. Jadual dah diberi minggu lepas. Tapi sampai ke hari nih masih blom ada guru Sains yang datang berjumpa saya untuk sesi perbincangan. Tambah lagi parah, kedua-dua orang cikgu Sains yang ada, boleh dikatakan langsung tak mampu untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris. Lagik lah jammed!



Hari nih mereka datang jumpa saya. Nak berbincang apa pun susah giler. Main tunjuk-tunjuk kat dalam buku saja. Sedangkan banyak giler kot soalan saya nak tanya kat diorang. Terutamanya bila datang bab sukatan pelajaran. Nak menelaah sendiri pun ambik masa, sebab sepenuhnya guna Bahasa Korea buku teks mereka. Pendek kata, langsung tak boleh dibaca.


Maka perbincangan jadi macam tak berapa nak rancak dan sangat terganggu. Sesekali datang menjenguk cikgu Bahasa Inggeris. Tapi itu pun beliau tak dapat nak menterjemahkan dengan baik istilah-istilah Sains yang digunakan. 

Ada juga saya cadangkan nak jalankan eksperimen pentitratan, tapi katanya tak boleh memandangkan pelajar tak pandai nak control radas. Dan lagi alasan nya budak tak belajar sampai sedetail itu. Pelik juga, sampai ke mana sangat lah detailnya tu kalau setakat buat eksperimen pentitratan. Maka, pendek kata semua jammed!

Cadangan saya kepada mereka, untuk minggu ini, saya hanya akan masuk dan observe kelas mereka dahulu. Mereka pun setuju. Tapi saya masih pening nak fikirkan apa yang nak dibincangkan lagi dengan mereka nih.


Sebelah malam pula kami bergerak untuk latihan muzikal. Kali ini latihan diadakan di pentas sebenar. Pentas yang akan digunakan untuk persembahan pembukaan bagi Festival Seni dalam Pendidikan.










Tak ler besar mana dewannya. Tapi mampu memuatkan sehingga lebih kurang 500 orang penonton jugak dalam tu. Kemudahan dalam dewan memang tiptop. Lengkap macam dewan yang boleh digunakan bagi persembahan teater muzikal. 

Di sini baru lah kami mula mengatur setting sebenar untuk kedudukan berdiri di atas pentas nanti. Buat pelakon-pelakon yang ada banyak watak tu, lebih banyak tempat yang perlu mereka atur semasa latihan. Kami-kami yang pegang watak picisan nih hanya lebih kepada part yang ada nampak muka kami sahaja. Selebihnya banyak menyorok kat belakang tabir.






Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Nanti CH mengajar dlm bi ke dlm bahasa Korea?

    Bila nk rekod video CH ckp Korea? Xsabo nk tgk ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya ngajar dalam bahasa inggeris ler.. blom pandai bahasa Korea inih.. hahaha.. nak saya cakap korea yer?. :D

      Padam