About Me

80 Hari di Korea : Hari 08 (Hujan, Buang Sampah & Papparich)

Pagi nih dimulakan dengan cuaca yang agak sejuk. Hujan kat luar. Kim Songsaenim yang tolong datang ambik saya dan Hanne, sebab katanya kami belum ada payung dan belum biasa lagi dengan hujan di Korea. Kebiasaannya, hujan akan turun berlarutan sehingga satu atau 2 hari, jika dah mula hujan. Tapi tak lebat. Renyai-renyai saja. Masih boleh redah. 




Sampai di sekolah, Kyo-jang songsaenim (Pengetua) menyambut kami di pejabatnya. Sempat juga beliau bertanyakan perkembangan apa yang kami perhatikan sepanjang 2 3 hari di Daegu Girls Commercial High School. Kami turut kongsikan program Guru Penyayang di Malaysia yang konsepnya hampir sama dengan Campaign 'Love Day' semalam

Beliau turut berkongsikan perkembangan aktiviti sekolah untuk hari esok, iaitu khidmat masyrakat. Program sekolah ini merupakan salah satu aktiviti ko-kurikulum yang diadakan 2 kali untuk setiap semester. Pelajar akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan melakukan kerja-kerja amal yang berbeza. Cerita panjang, esok saya update.




Kim Songsaenim kemudiannya membawa kami ke bank bagi menguruskan segala urusan dan hal yang berkaitan dengan kewangan. Turut diajar adalah cara menggunakan pengangkutan awam bagi memudahkan pergerakan kami nanti. Dan tak lupa juga, perkara penting dalam menjalani kehidupan di Korea, iaitu mengasingkan sampah.

Menjadi amalan rakyat Korea untuk mengasingkan sampah dan bahan buangan mereka. Kategori sampah ini dibahagikan kepada sampah organik, sampah kitar semula dan sampah lain-lain. 




Bagi sampah organik, ada bekas khas yang perlu dibeli dan digunakan ketika membuang sampah. Bagi sampah kitar semula pula, boleh gunakan bekas hijau yang disediakan di kawasan kediaman masing-masing. Manakala bagi sampah selain daripada yang dinyatakan boleh dimasukkan dalam beg plastik khas yang perlu dibeli di kedai, dan diletakkan dalam bekas yang disediakan.

Sebelah petangnya pula, diajak oleh Kyo-jang songsaenim untuk menjamu selera di kedai makanan Malaysia, Papparich yang merupakan satu-satunya kedai Malaysia di Daegu. Hu3.. mesti nampak sangat tak bermaya, sampaikan dia ajak pegi makan kat sana.




Apa pun, memang terbaik lah pengetua nih. Sangat baik. Sangat penyayang, kepada guru dan pelajar-pelajarnya. Malah lepas menjamu selera di sini, beliau akan balik ke sekolah semula untuk bertugas, kerana masih ada pelajar dan guru di sekolah sekalipun jam dah menunjukkan jam 9 malam! 

So, jemput tonton video hari ke-8! 







Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. salam...duk korea 80 hari...baru 8 hari sana..
    banyak lagi citer bole kongsi
    jgn lupa citer pasal team sofbol sana...ada apa2 alatan sofbol yg menarik?

    BalasPadam
  2. Emmm...bersihnya bandar dia..
    mesti civic minded depa bagus...
    yang tu susah nak amalkan tempat kita...

    BalasPadam