.

.

KARTiKEL

Rabu, 16 September 2015

80 Hari di Korea : Hari 07 (Love Day, Adab Makan)

Hari nih kami dikehendaki ke sekolah sebelum 8.10 pagi. Oleh sebab Hanne, partner sekolah saya sedikit terseliuh sebab berjalan laju semalam, maka hari nih saya pegi sekolah lambat sket. Hanne dah keluar jam 7.30 pagi, manakala saya sarapan dulu, kemudian tapau sket makanan untuk makan tengahari di sekolah. Bawak makanan paling sedap dalam dunia waktu nih, iaitu nasi putih dan serunding!




Sampai saja di sekolah lagi satu kejutan. Ada hari LOVE DAY rupanya hari ini. Kami disambut oleh pelajar dan guru-guru, serta seorang polis wanita yang cantik sambil bertepuk tangan 'high five' serta mengucapkan selamat antara satu sama lain. Bagus sungguh budaya nih. Rasanya kalau kat Malaysia, mungkin boleh jadikan sebagai salah satu aktiviti dalam program Guru Penyayang.

Kami ke bilik Kyo-Jang Songsaenim (Pengetua) dan beliau mengajak kami bersama-sama untuk berada di pagar sekolah menyambut pelajar. Excited juga sebab diajak bersama-sama guru lain untuk turut serta dalam program sekolah yang macam nih.


Ucap selamat yang disebut oleh guru-guru kepada pelajar adalah "Anyeong hassemika" iaitu Selamat pagi. Kalau pelajar atau guru yang dengar, balasnya adalah "Annyeong hassemida" pula. 

Manakala kalau ucapan "Annyeong hassemika" ini jika diucapkan oleh pelajar kepada guru, maka guru hanya perlu jawab 'annyeong'. Sesama guru pula lebih baik jika diucapkan "Annyeonghaseyo" yang bermaksud 'hello'.





Selain daripada itu, mereka juga menyebut "Sarang hamnida". So saya pun bantai ler sebut sebab semua guru pun sebut camtu. Pengetua datang dan bagitahu rupanya maksudnya adalah "Saya sayang kamu". Bermaksud sangat-sangat mengalu-alukan kedatangan pelajar ke sekolah. Usaha kecil, tapi sangat bermakna untuk pelajar rasa disayangi setiap kali datang sekolah. He3..


Kim Songsaenim juga membincangkan jadual untuk sepanjang 3 bulan di sini termasuk cuti sekolah dan aktiviti-aktiviti lain. Saya juga mungkin diberi kelas Sains untuk diajar, selain satu waktu bersama Hanne untuk subjek memperkenalkan Kebudayaan Malaysia.

Selain itu, Guru Mentor turut mengajar membaca dan menulis tulisan Hangul (Korea). Modul yang disediakan beliau adalah modul mengajar Bahasa Korea semasa beliau mengikuti Program Pertukaran Guru Korea - Indonesia pada tahun lepas. Dimulakan dengan menulis vokal Hangul, kemudian kepada konsonan dan akhirnya latihan menulis dan membaca.





Agak mencabar pada mulanya. Tapi lepas dah faham apa dan di mana sistem tulisan Hangul, rasanya mudah pula. Saya dah boleh faham sikit camana nak menulis dan membaca. Tapi perlukan sedikit masa untuk menghafal abjad-abjadnya. Ada 26 semuanya. Tu blom kira dengan abjad berganda. Doakan saya berjaya menguasai tulisan Hangul yer untuk 3 bulan nih! ;)


Waktu rehat saya ke kantin bagi merakamkan budaya dan adab pelajar Korea di sekolah saya ketika makan. Bermula dengan beratur sehingga ke luar kafetaria, setiap pelajar akan mencuci tangan di sinki yang disediakan siap dengan sabun antibakteria. Kemudian akan mengambil tray makanan dan juga mengambil setiap menu yang disediakan. Untuk hari ini, menunya adalah nasi goreng, telur dadar kosong, sup cendawan, sayur jeruk apa ntah dan seperti biasa, makanan wajib kimchi. Sehat kan?




Dan semua pelajar akan makan makanan yang sama. Begitu juga dengan guru yang akan berada di meja paling hadapan sekali. Termasuk barisan pentadbir serta staf kakitangan sekolah.

Menariknya, mereka bagai sudah dilatih untuk memenuhkan meja satu persatu tanpa perlu diberi arahan. Tiada pun satu tempat yang kosong antara meja makan. Sangat berdisiplin. Sesekali ada juga beberapa orang guru yang memberikan arahan untuk duduk di tempat yang betul. Hasilnya, boleh dilihat kepada sikap dan perbuatan guru mereka. Mereka pun buat perkara yang sama, ketika duduk untuk makan. Penuhkan meja satu persatu. Sangat berdisiplin!

Ok, so jom jemput tonton video untuk hari ini!







0 Kata-kata Bijak Pandai:

Catat Ulasan