.

.

KARTiKEL

Isnin, 3 Ogos 2015

Ceramah Sains PT3 di SMK Permatang Tok Jaya

Sebenarnya, banyak jemputan ceramah yang saya terpaksa tolak kerana atas faktor masa dan juga atas beberapa sebab yang hanya orang tertentu tahu. Walaubagaimanapun, jemputan ceramah di SMK Permatang Tok Jaya, Pulau Pinang ini tidak dapat saya tolak kerana pihak sekolah, melalui Cikgu Fadzilah telah mula berurusan dengan saya sejak bulan Mei yang lalu. 





Tak sampai hati pula rasanya nak menghampakan permintaan daripada Cikgu Fadzilah yang sentiasa berhubung dengan saya dari masa ke semasa. Rasa bersalah pun ada. Bagi tak menghampakan jemputan beliau, maka saya 'paksa'kan juga diri untuk berkongsi sedikit ilmu saya di sana. Tahniah Cikgu Fadzilah kerana berjaya 'memikat' saya.

Sebenarnya sewaktu awal saya dimaklumkan mengenai sekolah ini, saya rasa sangat familiar dengan namanya. Tak ingat pula kenapa, tapi rasanya macam ada sedikit kenangan.  Rupa-rupanya setelah diingat semula, baru lah saya perasan ini adalah sekolah yang saya akan lewati sekiranya nak menuju ke sekolah tempat saya praktikum, iaitu SMK Seri Muda, Penaga. Perjalanan saya pada hari perkongsian mengimbau kenangan suka duka semasa jadi cikgu praktikum di sekolah berkenaan suatu ketika dahulu... Ha3 tak sangka dah jadi cikgu sebenar dah sekarang!




Setibanya di sana, baru lah saya tahu. Walaupun sekolah kat kampung, tapi sebenarnya sekolah ini adalah sekolah kluster kecemerlangan. Hebat! InshaAllah suatu hari nanti sekolah saya juga mampu untuk menjadi hebat seperti sekolah ini. Amin!

Pelajar-pelajarnya terdiri daripada pelbagai aras. Ada dari kelas rancangan khas, ada dari kelas aliran agama dan juga ada dari kelas aliran sekolah harian biasa. Dah tentu guru terpaksa menyesuaikan teknik pengajaran dengan aras pelajar yang berbeza-beza. Satu cabaran yang perlu disahut dengan teliti dan penuh hati-hati. Tahniah cikgu!










Sesi perkongsian berlangsung di dewan tertutup. Bilangan pelajarnya hampir mencecah 170 orang. Ramai jugak lah kan. Tapi semuanya duduk tertib di dalam dewan. Hampir kesemua guru-guru Sains berada di dewan pada ketika itu. Alhamdulillah. Mudah juga untuk saya mengawal keadaan dalam dewan dengan bantuan guru-guru tersebut. Terima kasih.

Pelajar perempuan agak diam bila ditanyakan soalan. Malu kot barangkali. Pelajar lelaki lebih aktif menjawab dan juga memberikan pertanyaan. Dah lama sikit baru lah mula menjadi lebih meriah dan terkawal. Pembelajaran yang aktif. Saya suka!

Sesi 2 jam tersebut pada saya berjalan dengan lancar dan berjalan seperti yang diharapkan. Terima kasih kepada pihak sekolah yang turut menyediakan jamuan tengahari kepada saya. Memang layanan yang terbaik. Sesi makan-makan juga digunakan untuk perkongsian maklumat dan pertukaran pendapat dalam kalangan guru Sains. InshaAllah pasti ada ilmu bermanfaat yang diperolehi. 








Sekali lagi saya nak ucapkan terima kasih kepada Panitia Sains SMK Permatang Tok Jaya atas jemputan, terutama sekali Cikgu Fadzilah. InshaAllah ada rezeki, saya datang lagi ke sekolah ini di masa akan datang. 

Untuk anak-anak Permatang Tok Jaya pulak, saya ucapkan selamat maju jaya dalam menghadapi PT3 pada bulan Oktober nanti, dan semoga mendapat keputusan yang sangat cemerlang terutamanya bagi subjek Sains. Amin!





0 Kata-kata Bijak Pandai:

Catat Ulasan