About Me

Pengalaman ke Temuduga KOMTEP 2015 (Pertukaran Guru Malaysia - Korea)

Baru-baru ini saya telah terpilih untuk menghadiri satu temuduga bagi satu program Kementerian Pendidikan Malaysia, iaitu KOMTEP 2015 (Korea-Malaysia Teacher Exchange Program). Program pertukaran guru antara 2 negara ini adalah di bawah usahasama Kementerian Pendidikan Malaysia dan juga Kementerian Pendidikan Korea serta dibantu oleh APCEIU (Asia Pasific Centre of Education for International Understanding).



Pengalaman ke Temuduga KOMTEP 2015 (Pertukaran Guru Malaysia - Korea)


Permohonan
Daripada iklan yang disiarkan melalui Surat edaran dan siaran pada website tertentu, sebenarnya agak kurang jelas juga apa kehendak dan keperluan program KOMTEP 2015 ini. Ada yang kata lebih kepada tujuan kebudayaan. Ada juga yang kata lebih kepada tujuan pendidikan. Tapi yang pasti, memang akan dihantar ke Korea untuk 3 bulan, dan juga perlu mengajar di sana.


Maka saya cuba beranikan diri untuk mencuba nasib. Mulanya agak yakin, sebab saya jangka pasti tak ramai guru-guru yang akan memohon kursus 'aneh' seperti ini. Apatah lagi, ini baru tahun kedua program ini diadakan. Tapi, ternyata jangkaan saya meleset sama sekali. Sewaktu saya menghantar sendiri borang permohonan ke JPN Kedah, sempat juga saya merisik dengan pegawai yang bertugas.


Rupanya saya orang ke-10 yang telah menghantar borang permohonan KOMTEP 2015 ke sana. Oh.. ramai! Tambah pegawai tersebut lagi, bagi permohonan KOMTEP 2014, seramai 15 orang guru di Kedah telah memohon. 5 berjaya dipanggil temuduga, tapi semuanya tidak berjaya ke peringkat akhir. Hu3.. Kelam! Memang terus saya tidak menyimpan apa-apa harapan lagi lepas tu. Pendek kata, redho.



Persediaan
Ditakdirkan cerita, saya mendapat panggilan telefon daripada pihak Bahagian Pendidikan Guru selepas sebulan menghantar permohonan. Alhamdulillah nama saya telah disenarai pendek bagi sesi temuduga di Putrajaya. Memang gembira. Bulan puasa bukan halangan untuk saya menghadiri sesi temuduga di tempat jauh sebegitu. Penilaian saya semasa memohon Guru Cemerlang dulu juga diadakan dalam bulan Ramadhan. Maka saya yakin, ada keberkatannya di situ.


Sebagai persediaan untuk ke sesi temuduga ini, saya membuat beberapa persiapan. Antaranya mencari maklumat mengenai sejarah negara Korea, bahasa, budaya (pakaian, makanan etc), dan juga sistem pendidikan negara Korea. Tak lupa juga menghafal beberapa frasa ayat mudah dalam bahasa Korea. Keh3. Sampai kat Putrajaya, habis lupa semua! Baguih sungguh..


Sekalipun sesi temuduga hanya bermula pada waktu petang, saya tiba lebih awal di lobi Bahagian Pendidikan Guru, Putrajaya. Manalah tahu boleh dapat beberapa tips daripada rakan guru yang lebih awal masuk temuduga. Kalau tak ada pun, sekurang-kurangnya saya dapat bersedia dan lebih rileks sebelum masuk ke bilik temuduga. 



Bertemu dengan rakan sekolah, Ayin yang bekerja di Kementerian Kesihatan
Bertemu dengan rakan sekolah, Ayin yang bekerja di Kementerian Kesihatan

Semasa tempoh menunggu di lobi, sempat juga saya berbual dengan beberapa orang lagi rakan guru yang juga berada dalam sesi sebelah petang. Maka dapatlah sedikit gambaran mengenai proses permohonan KOMTEP 2015 kali ini. 


Seramai 300 lebih orang guru telah memohon bagi mengikuti program ini. 42 orang telah berjaya disenaraipendek bagi sesi temuduga, dengan 30 orang di Putrajaya (15 sesi pagi, 15 sesi petang) dan baki 12 orang lagi adalah calon-calon dari Sabah dan Sarawak. Calon sesi pagi adalah guru-guru yang berada sekitar zon Tengah seperti Selangor, Wilayah Persekutuan dan Negeri Sembilan. Manakala calon sesi petang pula adalah guru-guru yang berada sedikit jauh seperti dari Kedah, Johor, dan Pantai Timur. 


Daripada 42 orang ini, hanya 10 orang yang akan dipilih. 5 orang guru dari sekolah rendah. Dan 5 orang guru dari sekolah menengah. Sengit kan? Walaupun katanya adalah dari pelbagai subjek, tapi kebanyakkan yang saya jumpa adalah guru dari sekolah rendah dan guru Bahasa Inggeris. Bagi sesi petang bersama saya pula, daripada 15 orang guru, hanya saya seorang sahaja merupakan guru lelaki! Hmmm.. 


Tepat jam 2 kami dibawa ke bilik mesyuarat bagi taklimat ringkas. Di sini kami diperkenalkan dengan pegawai yang bertanggungjawab, iaitu Cik Siti Maryam dan juga Encik Azelan. Beberapa maklumat asas mengenai program KOMTEP 2015 dinyatakan dengan lebih jelas. Malah mereka turut berkongsikan sedikit tips semasa menghadapi penemuduga nanti.



Pengalaman ke Temuduga KOMTEP 2015 (Pertukaran Guru Malaysia - Korea)
Guru-guru Korea KOMTEP 2015 yang sudah mula ditempatkan di Malaysia sejak Jun 2015

Kami kemudiannya dibahagikan kepada 3 kumpulan kecil. Kebetulan pula saya berada bersama seorang rakan seKPLI semasa di Pulau Pinang dahulu, Cikgu Hasniza dari SM Sains Besut. Berdebar jugak menanti giliran. Nasib baik saya merupakan calon terakhir bagi bilik berkenaan. Sempat lah nak membuang segala keluh kesah sebelum masuk ke bilik temuduga.



Sesi Temuduga
Tiba giliran saya. Saya melangkah masuk ke bilik temuduga beserta fail-fail sijil yang saya bawa bersama. Bagi setiap bilik, ada 2 orang penemuduga yang dah bersedia dengan soalan-soalan mereka. Sesi temuduga dijalankan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Boleh saya katakan 60% BM dan 40% BI. Selesai memperkenalkan diri, saya mula diberi soalan-soalan yang memang menguji pengetahuan saya.


Antara yang ditanya oleh penemuduga adalah mengenai PPPM, apa yang saya tahu pasal Korea, sistem pendidikan Korea serta apa yang dimaksudkan dengan kebudayaan Korea. Selain daripada itu, penemuduga juga bertanyakan mengenai kelebihan diri kita dan apa yang kita boleh sumbangkan dalam membawa balik ilmu dari negara Korea ke Malaysia.


Beberapa soalan provokasi seperti mempersoalkan kebolehan diri, bakat dan juga soalan bagi menguji ketahanan mental jika berhadapan dengan situasi tempat kerja dan keluarga. Harus ada yakin diri dan juga tahan dari segi mental. Penemuduga memang bijak nak menguji.


Alhamdulillah, selesai juga sesi selama hampir 30 minit tersebut. Banyak juga pengalaman baru yang saya perolehi ketika temuduga kali ini. Perkara seperti bukti mengenai keterlibatan saya dalam bidang penulisan blog dan juga penghasilan video, seharusnya mempunyai bukti dalam bentuk bercetak. Itu lebih baik untuk ditunjukkan. Ataupun sebuah tablet bersaiz sederhana yang sedia untuk menunjukkan hasil kerja saya kepada penemuduga. 


Apa pun saya gembira sebab semuanya dah selesai. Sama ada berjaya atau pun tidak saya serahkan pada Yang Maha Kuasa. Kalau ada rezeki saya, alhamdulillah. Tentu banyak pengalaman yang saya akan perolehi. Kalau tak ada rezeki saya, inshaAllah saya akan cuba lagi tahun depan. Keputusan katanya akan diumumkan sebulan selepas tarikh temuduga. Melalui surat faks dan juga panggilan telefon. Lega!



Catat Ulasan

21 Ulasan

  1. Tahniah ckgu sekurang-kurangnya terpilih utk temuduga...smga berjaya..sy pun ada simpan cita2 utk mengikuti program ini tp tak cukup syarat maklum la br dua tahun mengajar....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih.. xpe.. dah cukup tempoh nanti cikgu mohon.. inshaAllah.. ;)

      Padam
  2. Tahniah cikgu_ hmm teringin juga, tapi..... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih cikgu.. ada tapi jugak yer.. cuba je mintak.. mana tau ada rezeki cikgu.. :)

      Padam
  3. Tahniah cikgu semoga berjaya. Setahu saya tak ada sm sains besut di trg ni...yg ada sm sains setiu, sm sains kuala berang, sm sains kuala trg, sm sains sultan mahmud, sm sains dungun...sebab saya mengajar di salah sebuah sekolah sains di sini. Tak pernah dgr lagi sains besut.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih..

      Ha3.. mungkin saya tersilap lah kot dengar arituh.. takpe nanti saya tanya kawan saya tu balik dia sekolah sains yang mana satu.. ;)

      Padam
    2. Sm sains setiu ok...xcited nk interview smpai salah2 dgr...:p

      Padam
    3. Ha3... bukan excited.. time tu nervous giler tu.. tu yg xble ingat tu.. ha ha ha

      Padam
  4. Tahniah. Saya juga mencuba nasib mengisi borang pemohonan. Belum ada rezeki lagi. Insyaallah suatu hari nanti

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih cikgu... Jangan putus asa.. teruskan berusaha.. inshaAllah ada rezeki lain kali

      Padam
  5. Tahniah cikgu, ur hardwork been paid.

    BalasPadam
  6. Tahniah...saya juga ada memohon tetapi belum ada rezeki nampaknya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih cgu. Jangan putus asa yer. Teruskan mencuba.

      Padam
  7. wahhh tahniah cikgu.. semoga dipermudahkan urusan ;)

    BalasPadam
  8. salam cikgu. boleh tnya.sijil transkrip bagai ada sertakan ke masa interview? maaf la sb frst time hehe..tq

    BalasPadam
  9. Cikgu Hailmi. Terima kasih dengan tips tersebut.

    BalasPadam
  10. Salam Cikgu Hailmi, saya ingin mohon APTE tahun ini. Saya ada keliru dalam menyediakan Project Plan. Boleh cikgu hailmi share tip-tip merancang project plan yang merupakan sebagai salah satu kriteria. email saya waichief@gmail.com. 감사 합니다.

    BalasPadam
  11. salam cikgu hailmi kalau pentadbir boleh ke mohon ?

    BalasPadam
  12. Assalamualaikum cikgu hailmi...sy memang dh lama berminat dengan program ni..tp sy juga keliru dengan penyediaan project plan dan sample lesson plan..adakah project plan dan lesson plan itu sbgai persediaan kita untuk mengajar di sana?kalau x keberatan..sy ingin minta tips juga..ni email sy..noly_abd@yahoo.co.uk..terima kasih😊

    BalasPadam