About Me

Kem Pembangunan Remaja Kreatif 2015 #KAMERA2015

Kem Pembangunan Remaja Kreatif 2015 kali ini kembali lagi. Diadakan sebagai kem pembangunan yang berterusan bagi remaja kreatif, kem ini menjemput kesemua Johan Negeri bagi Liga Remaja Kreatif 2014 sebagai peserta. Memang best, memang happening bila kesemua juara-juara ini berkumpul. 14 kumpulan Johan dari seluruh Malaysia ada kat sini, menimba ilmu dari pelbagai insan yang terlibat dengan industri kreatif. Tentu best kan?

Kem Pembangunan Remaja Kreatif 2015 #kamera2015
#kamera2015

Walaupun sudah bertukar sekolah, dan dah 2 kali mengikuti kem ini, alhamdulillah saya masih diberi peluang untuk mengikutinya buat kali ketiga. Tak kisahlah sekali pun saya terpaksa mengeluarkan sendiri peruntukan untuk bergerak ke sini, namun ilmu yang diperolehi pastilah tak terbeli. Apatah lagi peluang untuk menambah kenalan baru dalam bidang yang saya minati. Tak lupa juga peluang untuk bertemu dengan kenalan lama dan juga anak-anak murid saya daripada Sarawak! Rindu nya kat mereka!

Hari 01
Maka pada 8 Jun, bergerak semua rombongan ini ke destinasi yang dijanjikan, iaitu Shaftburry Residence, Cyberjaya yang terletak bersebelahan dengan pejabat MCMC yang baru. Kebetulan pula penerbangan saya dari Alor Star adalah juga bersama dengan team yang mewakili Kedah dan Perlis, maka terus kami bergerak sekali ke sana.

Pendaftaran seperti biasa dijaga oleh Cik Anne dan Cik Naemah daripada MCMC. Kedua-dua nya memang terlibat secara langsung menguruskan peserta LRK dan juga peserta Kem Kamera ini. Riuh rendah jugak lah bila dah lama tak bertemu dengan mereka. 

Kem Pembangunan Remaja Kreatif 2015 #KAMERA2015
Peserta dari Pulau Pinang di meja pendaftaran

Bertambah riuh lagi apabila bertemu sekali lagi dengan adik-adik fasilitator dari ASWARA. Rupanya MCMC masih menggunakan khidmat mereka. Memang saya setuju! Pengalaman pada Kem Pembangunan Remaja Kreatif yang lalu, memang membuktikan bahawa mereka cukup layak untuk dipilih sekali lagi sebagai fasilitator. Cukup berkaliber, dan cukup pengalaman. Tahniah ASWARA!

Kem Pembangunan Remaja Kreatif 2015 #KAMERA2015
Barisan fasilitator ASWARA yang best!

Sambil menanti pasukan dari Sarawak, sempat juga saya berbual dengan beberapa lagi kenalan guru saya dari Selangor, Cikgu Azmi dan juga dari Kelantan, Cikgu Faiz. Semakin lama berada di situ, semakin ramai pulak pasukan yang muncul tiba selepas itu. Dan tak lupa juga bila dapat bertemu dengan Cikgu Ramlah, guru pengiring dari Negeri Sembilan yang sememangnya dah lama berkenalan melalui facebook.

Sesi sebelah malam pula diisi dengan sesi berkenalan dan juga ice breaking. Macam biasa, fasilitator dari ASWARA nih memang sempoi habis dalam mengendalikan peserta kem. Memang ketawa dah tak ingat, tak cover langsung. Beberapa aktiviti yang menguji semangat berpasukan, rasanya berjaya membuat sesi suaikenal berlangsung dengan lebih rileks dan berkesan.

Kem Pembangunan Remaja Kreatif 2015 #KAMERA2015
Encik Taher Musa, bos besar LRK dan Kem Kamera

Kem Pembangunan Remaja Kreatif 2015 #KAMERA2015
Masa mula-mula berkumpul untuk sesi ice breaking

Kem Pembangunan Remaja Kreatif 2015 #KAMERA2015
Fokus Cikgu Ramlah Fokus

Kem Pembangunan Remaja Kreatif 2015 #KAMERA2015
Berbincang dengan kak fasi, Farah

Kem Pembangunan Remaja Kreatif 2015 #KAMERA2015
Team yang menang untuk malam ni

Seronok bergelak ketawa, tak sedar plak aktiviti tamat pada jam 11 malam. Lewatnya. Selesai sesi ice breaking, semua pun balik ke bilik masing-masing. Tidur!

Hari 02
Hari kedua lebih memfokuskan kepada perkongsian daripada mereka-mereka yang terlibat terus dengan industri. Sebelah awal pagi menyaksikan Bengkel Penulisan Skrip dan juga Bengkel Pengarahan oleh seorang tenaga pengajar ASWARA iaitu Encik Gulam Shaffi . Banyak juga tips-tips penulisan dan penceritaan yang dikongsikan oleh beliau kepada peserta.

Kem Pembangunan Remaja Kreatif 2015 #KAMERA2015 Gulam Shafii

Kem Pembangunan Remaja Kreatif 2015 #KAMERA2015 Gulam Shafii

Kem Pembangunan Remaja Kreatif 2015 #KAMERA2015 Gulam Shafii

Sesi sebelah petang pula dikendalikan oleh Puan Juhara Ayob. Seorang pelakon teater dan juga kini merupakan juga tenaga pengajar di ASWARA. Bagi slot beliau pula, Bengkel Lakonan. Beberapa aktiviti yang dikongsikan semasa bengkel beliau, rasanya memang berguna kepada peserta dalam membantu menghasilkan hasil yang lebih berkualiti semasa membikin video.

Kem Pembangunan Remaja Kreatif 2015 #KAMERA2015 Juhara Ayob

Sesi sebelah malam pula jauh lebih menarik. Seperti juga tahun sebelumnya, beberapa orang Pengarah terkenal dijemput bagi berkongsikan pengalaman  dan buah fikiran dengan adik-adik peserta. Jika tahun lepas kita ada Melissa Saila dan beberapa nama lain lagi, tahun nih kita ada Rahila, Heykal Hanifah, Wan Hafiz dan Zulhuzaimi yang juga pelakon terkenal.

Kem Pembangunan Remaja Kreatif 2015 #KAMERA2015

Wan Hafiz, Heykal Hanifah, Madam Lorraine, Rahila, Zulhuzaimi
Wan Hafiz, Heykal Hanifah, Madam Lorraine, Rahila, Zulhuzaimi

Kem Pembangunan Remaja Kreatif 2015 #KAMERA2015

Kem Pembangunan Remaja Kreatif 2015 #KAMERA2015

Kem Pembangunan Remaja Kreatif 2015 #KAMERA2015 Heykal Hanifah Rahila Ali

Kem Pembangunan Remaja Kreatif 2015 #KAMERA2015 Zulhuzaimi

Sesi berlangsung dengan baik. Setiap pengarah ada cara dan penyampaian yang tersendiri. Tapi yang lebih penting adalah ilmu yang disampaikan kepada peserta. Mana tahu dengan sedikit perkongsian ini akan menjadi pendedahan awal kepada mereka untuk bergiat lebih cergas dalam bidang ini. Tahniah!

Hari 03
Hari ini pula lebih memfokuskan kepada kerja berkumpulan, di mana setiap kumpulan perlu menghasilkan satu PSA (mesej khidmat awam) yang bakal ditayangkan di TV. Dengan menggunakan kemahiran yang dipelajari dalam Bengkel Penulisan, Pengarahan dan Lakonan, maka setiap kumpulan perlu bekerja pantas dalam masa sehari ini untuk menghasilkan PSA 2 minit bertemakan Merdeka.

Jom kita tengok sket aksi-aksi peserta semasa melakukan kerja-kerja penggambaran di sekitar Shaftburry Residence.

Kem Pembangunan Remaja Kreatif 2015 #KAMERA2015

Kem Pembangunan Remaja Kreatif 2015 #KAMERA2015

Kem Pembangunan Remaja Kreatif 2015 #KAMERA2015

Kem Pembangunan Remaja Kreatif 2015 #KAMERA2015

Bagi kumpulan yang dah selesai dengan proses penggambaran mereka, maka bolehlah mula membuat proses suntingan atau editing. Inilah penting proses pengurusan semasa awal proses. Agihan kerja yang baik membolehkan kerja-kerja rakaman dan suntingan dilakukan dengan lebih cepat dan teratur. 

Kem Pembangunan Remaja Kreatif 2015 #KAMERA2015

Kem Pembangunan Remaja Kreatif 2015 #KAMERA2015

Kem Pembangunan Remaja Kreatif 2015 #KAMERA2015

Kem Pembangunan Remaja Kreatif 2015 #KAMERA2015

Aktiviti padat pada hari ketiga ini ternyata memberi input tambahan yang lebih baik kepada ramai peserta. Banyak daripada mereka belajar mengenai proses rakaman dan juga suntingan secara perkongsian daripada rakan-rakan mereka yang lain. Aktiviti editing berlangsung sampai ke pagi. Maka adalah yang tak tidur semalam untuk malam ini. Kesian..

Hari 04
Untuk tahun nih #KAMERA2015 ada sedikit kelainan yang dibawakan. Berbanding tahun sebelum ini, peserta akan dibawa melawat beberapa agensi yang berkaitan industri seperti ASTRO, RTM, Media Prima dan juga KRU STUDIO, kali ini semua peserta dibawa ke Johor bagi menyertai Festival Filem JB 2015 di MMU Kampus Nusajaya dan juga lawatan ke Pinewood Studio.

Maka seawal pagi kami dah bergerak ke Johor Bahru, dan terus menuju ke MMU Kampus Nusajaya. Di sana kami terus bergerak ke dewan kuliah bagi mendengar ceramah daripada penceramah jemputan. Tak sangka pula boleh jumpa Datuk Rahim Razali yang juga datang untuk mendengar perkongsian tersebut. Keluar dewan, terus mintak bergambar. Sporting orangnya.

Kem Pembangunan Remaja Kreatif 2015 #KAMERA2015 Festival Filem JB 2015

Selesai sesi di MMU Kampus Nusajaya kami ke Sommerset Puteri Harbour Nusajaya. Lawa! Sedap nak berehat kat sini. Tapi sebelah malam nya terpaksa juga bergerak ke MMU Kampus Nusajaya untuk makan malam. Habis makan malam, kami diberi sedikit pendedahan mengenai MMU Kampus Nusajaya dan akhirnya dibawa melawat ke seluruh kawasan kampus.

Kem Pembangunan Remaja Kreatif 2015 #KAMERA2015 Sommerset Putri Harbour

Kem Pembangunan Remaja Kreatif 2015 #KAMERA2015 MMU Nusajaya

Kem Pembangunan Remaja Kreatif 2015 #KAMERA2015 MMU Nusajaya

Kem Pembangunan Remaja Kreatif 2015 #KAMERA2015 MMU Nusajaya

Kawasan kampusnya kecik saja. Tapi kemudahan yang disediakan untuk pembelajaran mengenai bidang perfileman di sini memang agak menakjubkan. Banyak kemudahan-kemudahan terkini yang boleh membantu pelajar mereka untuk bersaing dengan graduan daripada universiti sedia ada. 

Tambahan lagi usahasama erat MMU Kampus Nusajaya dengan Pinewood Studio, rasanya boleh memberi lebih banyak kebaikan kepada graduannya dalam melibatkan diri dengan lebih serius dalam bidang perfileman peringkat antarabangsa.

Hari 05
Hari kelima nih rasanya ramai yang rasa tak sabar. Sebabnya kami akan ke Pinewood Studio! Yeay. Pinewood Studio yang asalnya adalah berlokasi di UK dan menjadi studio terbesar yang telah banyak digunakan bagi filem-filem besar seperti Harry Potter, James Bond dan juga lain-lain. Nusajaya telah berjaya membawa Pinewood Studio ke Malaysia, dan kini sedang giat dipromosikan di peringkat antarabangsa untuk digunakan sebagai kemudahan lakonan. 

Kebetulan pula ada syarikat antarabangsa yang tengah shooting di sini untuk cerita terbaru mereka, maka sebagai menjaga privasi klient mereka, maka bergambar tidak dibenarkan. Tapi masih boleh nampak lah set-set yang telah dibina untuk penggambaran filem tersebut. Binatang ternakan juga dipelihara di sini. 

Kem Pembangunan Remaja Kreatif 2015 #KAMERA2015

Kem Pembangunan Remaja Kreatif 2015 #KAMERA2015 Pinewood Studio Nusajaya

Selfie dengan fasilitator ASWARA 
Kem Pembangunan Remaja Kreatif 2015 #KAMERA2015
Selfie dengan team Maokil (Johor)
Kem Pembangunan Remaja Kreatif 2015 #KAMERA2015
Selfie dengan Lilian dan Diana (Sarawak)
Kem Pembangunan Remaja Kreatif 2015 #KAMERA2015
Selfie dengan team SDAR (Negeri Sembilan)

Kemudian kami diberi sedikit penerangan di dalam salah satu studio tertutup yang paling besar dalam kompleks ini. Barulah tahu, rupanya hampir sebahagian besar proses penggambaran siri 'Marco Polo' berlangsung di Pinewood Studio Nusajaya ini. Di akhir sesi, kami dapat juga menyaksikan sedikit sedutan dari siri 'Marco Polo' yang sudah mula ditayangkan di Netflix. 

Satu lagi program TV yang popular yang melakukan proses penggambaran di Pinewood Studio ini adalah 'Asia Got Talent'. Serius tak sangka. Sebab ingatkan proses penggambaran berlangsung di negara lain. Rupanya di Malaysia. Tahniah Pinewood Studio!

Selesai di Pinewood Studio Nusajaya, kami terus bergerak pulang ke Shaftbury Residence, Cyberjaya semula untuk acara penutupan pada hari esok. Hmm.. sambung tidur dalam bas..

Hari 06
Hari terakhir bagi Kem Pembangunan Remaja Kreatif 2015. Memang sedih, sebab rasanya macam dah kamceng plak dengan ramai peserta kat sini. Dengan cikgu-cikgu, dengan anak murid, dengan fasi, dengan semua lah. Kat bawah ini anda boleh tengok hasil-hasil poster dan video para peserta sepanjang kem ini berlangsung. Kreatif kan mereka?

Semoga 6 hari waktu cuti sekolah nih memberi banyak manfaat kepada semua peserta, baik pelajar dan juga cikgu-cikgu yang hadir. Untuk saya yang dah hadir untuk kali ketiga, tetap merasakan sentiasa ada ilmu baru yang boleh dipelajari dari setiap kem. Peluang untuk saya terus  menggali ilmu. 

Dan rasanya selepas nih tentulah semuanya makin tak sabar nak terus bergiat menghasilkan video-video yang lebih berkualiti. Selamat maju jaya saya ucapkan untuk semua. Anda semua pasti dirindui!

Catat Ulasan

1 Ulasan