About Me

Ceramah Sains PT3 di SMKA Maahad Hamidiyah Kajang

Usai sesi perkongsian saya di SMAP Kajang, saya terus bergerak ke SMKA Maahad Hamidiyah Kajang pula yang terletak tak jauh daripada sekolah tersebut. Atas jemputan Cikgu Salina, maka saya terima kerana alang-alang sudah berada di kawasan yang sama pada ketika itu.

Ceramah Sains PT3 di SMKA Maahad Hamidiyah Kajang


Sama seperti di SMAP Kajang, sekolah ini juga sedang menganjurkan Program Kecemerlangan akademik bagi pelajar tingkatan 3 dan 5. Memang meriah sekolah pada ketika itu dengan pelajar-pelajar yang masih belum pulang ke kampung, meskipun dah mula cuti sekolah sebenarnya. Alhamdulillah, sanggup pelajar-pelajar tu korbankan sedikit masa untuk kesempatan mendapatkan ilmu.

Disebabkan saya memang tak biasa dengan jalan-jalan di Kajang ini, maka saya bergerak lebih awal ke SMKA Maahad Hamidiyah. Ditemani 2 orang pelajar saya sebagai penunjuk jalan, iaitu Azhan dan Amin, maka kami tiba 1 jam lebih awal di sana. Sempat lepak dan makan nasi tengahari dulu di Surau sekolah sambil menunggu masa majlis bermula.


Ceramah Sains PT3 di SMKA Maahad Hamidiyah Kajang


Dalam jam 2.30 petang, pelajar tingkatan 3 mula memenuhi surau. Dewan sedang digunakan oleh pelajar tingkatan 5. Agak janggal juga sebenarnya untuk saya berceramah di surau. Rasa macam bagi ceramah agama plak. hu3. Tapi tak menjadi masalah untuk saya. Hanya kekok sket dengan suasana nya saja. ;)

Cabaran berceramah di waktu tengahari nih memang banyak dugaannya. Time mengantuk, bukan setakat pada pelajar, malah dekat penceramahnya sekali. Maka terpaksa saya lebih banyak bergerak untuk mendapatkan perhatian daripada para pelajar. Cuma terbatas sket lah untuk kawasan pelajar perempuan yang berada di saf paling belakang.


Ceramah Sains PT3 di SMKA Maahad Hamidiyah Kajang


Ceramah Sains PT3 di SMKA Maahad Hamidiyah Kajang


Ceramah Sains PT3 di SMKA Maahad Hamidiyah Kajang


Sesi berjalan dengan baik. Walaupun sebenarnya agak kehabisan tenaga untuk aktiviti 4 jam di SMAP Kajang, tetapi saya cuba sebaik mungkin untuk kekalkan momentum untuk adik-adik di Maahad Hamidiyah ini. Mujur juga dengan slaid saya yang lebih banyak dengan video-video motivasi dan hiburan, maka mudah-mudahan, tak mengantuk lah harapnya para audiens saya.

Selesai semuanya, terus rasa lega dalam hati sebab dah berjaya sudahkan misi sebar ilmu ke bumi Kajang ini. InshaAllah jika ada kesempatan, boleh lah bertandang ke sini lagi. Jutaan terima kasih buat para guru SMKA Maahad Hamidiyah yang dihormati, terutamanya buat Cikgu Salina yang sudi memberi peluang kepada saya.


Ceramah Sains PT3 di SMKA Maahad Hamidiyah Kajang


Dan buat adik-adik Maahad Hamidiyah yang bakal menduduki penilaian Tingkatan 3 PT3 pada bulan Oktober nanti, selamat maju jaya cikgu ucapkan! Sila buat yang terbaik yer! :)




Catat Ulasan

0 Ulasan