About Me

Ceramah Sains PT3 di SMK Pulau Nyior

Misi sebar ilmu untuk musim cuti sekolah juga kemudiannya bersambung di SMK Pulau Nyior. Kali ini saya ke sana adalah atas jemputan dari Cikgu Nafiza, Ketua Panitia Sains SMK Pulau Nyior. SMK Pulau Nyior ini adalah sekolah sukan bagi daerah Kubang Pasu. Hebat kan budak-budak sukan dia..


Ceramah Sains PT3 Cikgu Hailmi di SMK Pulau Nyior


Walaupun ada dewan sekolah yang besar, tetapi sesi berlangsung di Dewan Asrama. Ini kerana dewan sekolah sedang digunakan bagi latihan gimnastik kalau tak salah saya. Mengkagumkan juga sebab bilang murid yang hadir, hampir memenuhi dewan makan tersebut. Sedangkan sesi diadakan pada waktu cuti sekolah, tetapi tetap mendapat sambutan daripada pelajar. Tahniah!

Selain daripada pelajar juga, rupa-rupanya sesi perkongsian ini turut dijadikan Latihan Dalam Perkhidmatan buat guru dan staf dalam Jabatan Sains. Maka ramai lah rakan guru dan staf yang turut meluangkan masa berada di dewan bersama pelajar. 



Ceramah Sains PT3 Cikgu Hailmi di SMK Pulau Nyior


Sesi berjalan seperti biasa. Mungkin dah lama cuti sekolah kot, maka nampak pelajar bersemangat juga nak belajar dan mendengar apa yang saya cuba sampaikan. Beberapa orang daripada mereka, memang sangat aktif bertanya. Cuma kedudukan susunan kerusi dan meja agak membataskan pergerakan saya untuk mendekati semua pelajar. Tapi saya cuba jugak lah sebaik mungkin.



Ceramah Sains PT3 Cikgu Hailmi di SMK Pulau Nyior


Ceramah Sains PT3 Cikgu Hailmi di SMK Pulau Nyior


Ceramah Sains PT3 Cikgu Hailmi di SMK Pulau Nyior


Ceramah Sains PT3 Cikgu Hailmi di SMK Pulau Nyior


Dalam pada tu, sempat juga saya berkenalan dengan seorang cikgu di sekolah ini. Katanya, video-video Sains saya digunakan oleh anaknya untuk belajar di rumah, terutama sekali yang berkaitan dengan eksperimen Sains. Sebab kadang-kadang pelajar nih, sekalipun dah buat sendiri eksperimen di sekolah, masih boleh kurang faham dan terlupa isi kandungannya. Maka anak cikgu nih menggunakan video-video saya sebagai bahan untuk ulangkaji di rumah. 

Wah! Rasa bersemangat pulak saya nak hasilkan lebih banyak video eksperimen Sains selepas ini setelah mendapat maklumbalas positif dari pelajar dan cikgu tu sendiri. Walaupun, kadang-kadang saya rasa macam buat video syok sendiri, tapi inshaAllah mungkin ada pihak yang mendapat manfaat daripadanya. Doakan saya terus dikurniakan kekuatan dan juga kelapangan masa untuk terus menyumbang kepada dunia pendidikan kita.



Ceramah Sains PT3 Cikgu Hailmi di SMK Pulau Nyior


Apa-apa pun, saya nak ucapkan jutaan terima kasih kepada pihak sekolah SMK Pulau Nyior yang sudi menjemput saya untuk berkongsi sedikit ilmu yang saya ada. Jutaan terima kasih juga kepada Cikgu Nafiza, Ketua Panitia Sains;  rakan guru serta staf di SMK Pulau Nyior  dengan layanan yang terbaik. Siap ada makan-makan lagi. 

Tak lupa kepada adik-adik calon PT3 di SMK Pulau Nyior, sila buat yang terbaik untuk PT3 anda nanti. Cikgu doakan semoga anda dapat keputusan yang paling cemerlang! Semoga berjaya!




Catat Ulasan

0 Ulasan