About Me

Pembelajaran Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham

Model pengajaran dan pembelajaran ini adalah dicadangkan dalam 'Children's Learning in Science Project' oleh Needham pada tahun 1987. Dalam model yang mempunyai 5 fasa ini, ianya menekankan kepada peranan murid dalam pembelajaran. Guru hanya bertindak sebagai fasilitator. 


Pembelajaran Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham
Pembelajaran Konstruktivisme Lima Fasa Needham

Kelebihan pendekatan ini adalah murid berpeluang membina pengetahuan secara aktif. Pembelajaran dahulu dikaitkan dengan pembelajaran terbaharu. Perkaitannya dibina sendiri oleh murid, bukan guru. Konsep-konsep yang dibina pada struktur kognitif seseorang akan berkembang dan berubah apabila ia mendapat pengetahuan atau pengalaman baru.



Fasa 01 : Orientasi
Guru menyediakan suasana pembelajaran bagi merangsang dan menimbulkan minat murid terhadap pelajaran.
Kaedah : tayangan video, keratan akhbar, teka-teki, lakonan, simulasi



Fasa 02 : Pencetusan Idea
Guru merancang aktiviti dengan menghubungkaitkan pengetahuan sedia ada dengan pengetahuan baharu yang akan mereka pelajari. Aktiviti perbincangan berkumpulan adalah sesuai bagi membolehkan pelajar berkongsi pengetahuan. Guru pula bertindak sebagai fasilitator.
Kaedah : Perbincangan kumpulan, Pemetaan konsep dan laporan



Fasa 03 : Penstrukturan Semula Idea
Kemahiran berbahasa akan membantu murid membuat pengubahsuaian atau penyusunan semula idea mengikut turutan. Kesinambungan idea ini akan kelihatan lebih tersusun dan terancang. Guru berperanan bagi mengukuhkan konsep atau idea yang tepat pada muridnya.
Kaedah : Perbincangan dalam kumpulan kecil, pembacaan,  input guru, kerja projek, eksperimen, demonstrasi guru



Fasa 04 : Aplikasi Idea
Murid akan mengaplikasikan pengetahuan baru dengan menyelesaikan masalah dalam situasi baharu. Situasi ini akan dapat mewujudkan kefahaman yang baharu kepada murid dan akan menggalakkan proses inkuiri dalam diri murid.
Kaedah : Penulisan, Kerja projek



Fasa 05 : Refleksi
Murid membandingkan pengetahuan asal dengan pengetahuan baharu dan merenung kembali proses pembelajaran yang merubah idea mereka. Murid boleh membuat refleksi untuk melihat sejauh manakah idea asal mereka telah berubah.
Kaedah : Penulisan, perbincangan kumpulan, catatan peribadi.







Catat Ulasan

1 Ulasan