About Me

Program Sarana PIBG SMK Jerlun 2015

SMK Jerlun memang sebuah sekolah yang popular dalam kalangan masyarakatnya. Penglibatan masyarakat kampung nya dapat dilihat dalam pelbagai aktiviti dan program yang dijalankan pada peringkat sekolah. Maka untuk itu, satu program bersama ibubapa telah diadakan yang dinamakan sebagai Program Sarana PIBG SMK Jerlun 2015.



Menteri Besar Kedah, YB Dato Seri Haji Mukhriz bin Tun Mahathir

Dan lebih menarik, program pada kali ini melibatkan kehadiran Menteri Besar Kedah, YB Dato Seri Haji Mukhriz bin Tun Mahathir ke sekolah saya. Orang besar nak datang sekolah baru nih. Tapi tak lah pelik sangat, kerana sekolah saya nih pun memang dalam kawasan Parlimen Jerlun, yang suatu ketika dahulu merupakan kerusi MB Kedah ini.



Pelajar yang menyambut ketibaan MB Kedah

Pengetua SMK Jerlun, Puan Rogayah Talib bersama Pengarah JPN Kedah, Datin Azuyah Hassan

Barisan tetamu semasa program berlangsung

Saya seperti biasa, dilantik sebagai AJK Video bagi mendokumentasikan perjalanan majlis dalam bentuk video. Memang sudah jadi tanggungjawab biasa saya. Cuma sekarang dengan bebanan kerja yang bertimbun, maka saya rasa saya perlu membina team video saya sendiri di sekolah baru ini. Baru senang sket saya nak bergerak.



Bergambar kenangan dengan Dato Seri Haji Mukhriz bin Tun Mahathir

Dalam sibuk merakamkan video, sempat juga saya bergambar sebentar dengan Dato Seri Haji Mukhriz. Ketokohan beliau sebagai seorang pemimpin memang terserlah dengan sikapnya yang bersahaja dan tenang berhadapan dengan rakyat. Saling tak tumpah seperti hebatnya kepimpinan bapanya, Tun Mahathir. Mana tak tumpahnya kuah, kalau tak ke nasi.




Catat Ulasan

0 Ulasan