.

.

KARTiKEL

Selasa, 14 April 2015

Anugerah 1BestariNet Teacher Awards 2015

Bersempena dengan Hari Guru 2015 ini, Kementerian Pelajaran Malaysia bersama-sama FrogAsia dan YTL Foundation ingin meraikan warga pendidik dengan menganjurkan Anugerah 1BestariNet Teacher Awards 2015! Bertemakan "Guru Pencetus Legasi Pendidikan", anugerah ini adalah bagi meraikan warga pendidik yang telah mendedikasikan hidup mereka untuk mendidik generasi masa hadapan.

 
Anugerah 1BestariNet Teacher Awards 2015
Anugerah 1BestariNet Teacher Awards 2015

Berita baiknya, pencalonan ini boleh dilakukan oleh pelajar, ibu bapa malah oleh guru sendiri. Pencalonan adalah sehingga 24 April dan pemenangnya akan diumumkan pada 14 Mei 2015. Best kan? Sambung tengok di bawah untuk senarai kategori dan hadiah yang bakal mereka menangi!



Calonkan guru yang mencetuskan inspirasi kepada anda hari ini




Pelajar dari SMK Bandar Baru Salak Tinggi , Selangor bergambar dengan prop menarik yang direka oleh pasukan 1BestariNet




●     Guru Paling Inovatif
Anugerah untuk guru yang telah menggunakan Frog VLE secara kreatif dan inovatif untuk pengajaran dan pembelajaran. Dapatkan maklumat lanjut di sini!
Hadiah-hadiah termasuklah:
○     YES 4G Chromebook x 1
○     Percuma Karnival Cha-Ching selama 1 hari (Program celik kewangan oleh Prudential)


●     Jurulatih 1BestariNet Terbaik
Anugerah untuk guru yang mempamerkan kesungguhan dalam melatih sekolah lain atau komuniti cara menggunakan Frog VLE,  dan telah menghasilkan impak jangka panjang melalui perkongsian yang diadakan. Dapatkan maklumat lanjut di sini!
Hadiah-hadiah termasuklah:
○     Projektor x 1
○     Percuma Karnival Cha-Ching selama 1 hari  (Program celik kewangan oleh Prudential)


●     Guru Paling Memberi Inspirasi
Pencalonan dari murid untuk guru yang paling banyak memberi inspirasi kepada pelajar. Dapatkan maklumat lanjut di sini!
Hadiah-hadiah termasuklah:
○     YES 4G Chromebook x 1
○     Percuma Karnival Cha-Ching selama 1 hari  (Program celik kewangan oleh Prudential)


●     Kolaborasi Terbaik
Anugerah untuk guru yang telah menggunakan Google Hangouts atau Hangouts on Air secara aktif dan kreatif, sebagai medium untuk berkomunikasi dan berkolaborasi serta sebagai kaedah pengajaran. Dapatkan maklumat lanjut di sini!
Hadiah-hadiah termasuklah:
○     Pakej Classroom Tech x 1
○     Percuma Karnival Cha-Ching selama 1 hari  (Program celik kewangan oleh Prudential)


  



Pasukan 1BestariNet Teacher Awards menerima sambutan hangat daripada pelajar-pelajar comel di  SJK(C) Perak, Ipoh!



Untuk syarat-syarat penyertaan bagi setiap kategori, anda boleh dapatkannya di sini.

Jika anda berminat untuk mengtahui lebih lanjut mengenai Teacher Awards pada tahun lepas, silakan klik di link berikuthttp://blog.frogasia.com/2014/05/frogasia-celebrates-teachers-day-behind.html



Tan Sri Dr. Madinah binti Mohamad, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia dan Dato’ Sri Dr Khair Bin Mohamad Yusof, Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan Malaysia (tengah) bersama para penerima anugerah Frog Teacher Awards 2014 di Konferen Leaps of Knowledge 2014 yang diadakan di Hotel The Majestic, Kuala Lumpur


FrogAsia juga telah melawat sekolah di seluruh Malaysia bagi hebahan Teachers Award ini. Lihat foto-foto menarik di sini!


Foto-foto ini dikumpul menggunakan hashtag #tagyourhero. Pembaca blog ini juga boleh turut serta. Rakamkan foto dengan guru kesayangan anda dan muatkannya di Twitter, Instagram atau Facebook menggunakan hashtag #tagyourhero. Jangan lupa, tag tiga rakan anda supaya mereka pun boleh menghargai hero-hero dunia pendidikan di Malaysia!


Nak lagi gempak, calonkan terus guru anda, atau mereka yang anda kenali sebagai seorang guru untuk anugerah hebat ini. Jom klik www.1bnteacherawards.com


Semoga berjaya!





0 Kata-kata Bijak Pandai:

Catat Ulasan